Dua minggu telah berlalu setelah kejadian dia terlambat hari itu. Sedar tak sedar juga Naura hanya tinggal 3 minggu sahaja yang berbaki untuk tamatkan pengajiannya di negara orang ini. Rindunya dia dengan ibu dan ayah tidak terucap. Barangnya juga sudah di kemas awal. Hari ini, merupakan paper terakhir dia. Jadi masih ada masa untuk dia luang kan masa dengan Sara di negara ini. Pasti dia akan rindukan suasana di sini.
"Good luck babe!" Lehernya dipeluk, siapa lagi kalau bukan Sara.
"Kau mesti tak sabar kan nak balik Malaysia" aku hanya senyum. Betullah tu dia sudah tidak sabar mahu rasa masakan ibu. Rindu!.
"Semalam Juju video call, dia dengan yang lain pun dah habis belajar" membulat mata aku.
"Serious?"
"Ya, Dia kata dia dengan yang lain balik kampung weekend ini"
"Wahh, dapat lah kita reunion dekat kampung nanti!" Naura melompat tanpa sedar. Teruja yang dia rasakan tak terucap. Sara yang teruja juga ikut bangun dari bangku sebelum satu kan tangannya dengan Naura dan ikut melompat dan berpusing seperti Naura buat tadi.
***********
"Sampai bila kau nak pendam perasaan kau?"
Pemandangan yang dilihatnya didepan mata itu dikacau apabila Raffie menegurnya.
"Apa yang kau nak cakap ni?" matanya dilirik ke arah tadi. Senyuman yang dia tak pernah lihat sebelum ini. Raffie yang perasan akan apa yang diperhatikan oleh Luth itu hanya menarik senyum sumbing.
"Aku dengar diorang balik Malaysia dalam bulan ini" Luth hanya mengangguk kecil, dia juga tahu akan hal itu. Mana boleh dia tak tahu, semua tentang Naura dia akan tahu.
"Kau nak tunggu apa lagi?, nak tunggu dia jumpa orang lain dekat Malaysia baru bagitahu?". Menyampah dan geram itu yang Raffie rasakan , apa yang susah sangat Luth mahu meluahkan perasaan pada Naura pun dia tak tahu.Melihat jelingan Luth, Raffie lepaskan gelaknya, tahu pula marah bila sebut Naura dengan lelaki lain.
"Belum tiba masanya lagi".
*************
Makanan yang baru siap dimasak itu juga telah siap dihidangkan. Tak banyak pun yang dia masak malam ini. Maklumlah, malam ini giliran Naura pula yang memasak.
"Sedapnya bau!, kau masak apa ni?" Sara yang tiba-tiba muncul terus menarik kerusi di meja makan itu.
"Paprik ayam?!"
"Sambal udang?!"
Belum apa apa lagi Sara sudah mencedok dahulu makanan itu. Rindunya dia dengan masakan melayu.
"Hari tu aku pergi market, kebetulan barang-barang ada, teringat pula Paprik ayam dengan sambal udang itu yang aku beli, rindukan?" Naura juga mencapai Paprik ayam dihadapannya.
"Itulah, nasib baik tinggal lagi berapa minggu, eh itu untuk siapa? " kunyahan Sara terhenti apabila melihat dua tupperware sederhana besar di sebelah Naura.
"Oh iya, nasib baik kau ingatkan, kau makan dulu aku nak bagi jiran sebelah sekejap". Tupperware itu dicapai sebelum dia berlalu keluar dari rumah.
************
"Assalamualaikum"
Senyap. Lampu terbukak, takkan tiada orang?. Naura mengerutkan dahinya. Dia hanya brdiri di tembok yang memisahkan rumah dia dengan jirannya. Malas dia mahu menyarung selipar. Baru sahaja dia ingin memberi salam sekali lagi, pintu sudah terbukak.
"Naura?"
"Luth?,awak buat apa dekat rumah ini?" berdiri kaku Naura apabila melihat Luth yang keluar dari rumah itu. Mana Raffie dengan Eshan? . Setahu dia, Raffie dengan Eshan dan seorang lagi lelaki mat salleh di rumah ini.
"Saya memang tinggal sini, kenapa awak datang?". Jawab Luth sedikit gugup. Dia juga terkedu, nasib baik dia berpakaian seperti manusia sedikit keluar rumah ini, kalau tidak jatuh saham dia di depan Naura.
"Oh, em ni saya ada masak makanan melayu lebih, teringat pula ada jiran melayu sebelah rumah". Tupperware itu Naura hulurkan.
"Awak masak?" Tanya Luth sedikit teruja. Melihat anggukan dari Naura buat hati Luth seperti ada rama-rama yang terbang.
"Em, saya masuk dululah,"
"Naura". Langkah yang belum sempat diatur dihentikan. Mukanya dipalingkan ke arah Luth yang tersenyum.
"Terima kasih". Senyuman Luth Naura balas juga dengan senyuman sebelum teruskan niatnya untuk masuk rumah.
**********
