Bab 3

367 12 0
                                    

Pagi itu, entah bagaimana Naura boleh terlambat. Sudahlah pagi ini kelas dia bersama Prof Jane. Jam ditangannya sahaja sudah jam 8.30.Kelasnya pula mula jam 9.30. Rumah dia dan Sara sahaja mahu ke sini sudah hampir 30 minit. Oh tidak! saat dia sudah sampai di bas stop, bas sudah gerak. Habisla dia pagi ini, bas kemudian akan datang dalam 15 minit. Mahu sahaja dia menangis saat ini.

Baru sahaja dia berpusing mahu duduk, sebuah kereta sudah berhenti di hadapan bas stop. Berkerut seketika dahi Naura. Siapa pula ini? kanan dan kiri Naura perhatikan, Sudahlah boleh tahan sunyi pagi ini. Janganlah apa apa terjadi dekat dirinya.

"Naura?"

Mendengar namanya dipanggil Naura panggungkan kepalanya. Luth??.

"Naura kenapa you masih tak pergi kelas lagi?" Naura yang masih terkejut terkebil kebil seketika matanya.

"Ermm, saya tertinggal bas" Perlahan sahaja suaranya menjawab. Malu mahu menatap wajah Luth yang selama ini dia cuba tidak mahu lihat.

"Oh kalau macam itu tak apa lah, come I tumpangkan you, don't worry I pun ada kelas juga pagi ini"melihat Naura yang seperti serba salah itu membuatkan Luth tersenyum kecil. Bagaimanalah dia tidak terpikat dengan Naura ini?.

" Naura come, nanti you kena marah dengan prof sebab lambat" gamit Luth sekali lagi. Naura yang dari tadi menunduk menganggukkan juga kepalanya, malu sungguh dia dengan Luth sudahlah selama ini dia mengelak bertemu dengan Luth. Tapi kali ini ketika dia susah, Luth masih sudi membantunya.

"Thanks Luth"

***************

"Betulke apa yang aku dengar Naura?"

"Dengar apa?" pelik seketika Naura mendengar soalan Sara.

"Ramai student kecoh cerita pasal kau dengan Luth tengah dalam hubungan" ternganga sedikit mulut Naura. Hubungan? Dengan Luth? huh tidak mungkin. Bukan dia tidak suka Luth, tapi dia mahu berpijak di bumi nyata. Luth itu terlalu ramai peminat, dia tak mahu ambil risiko.

"Mengarutlah semua cerita yang kau dengar tu, takkan lah Luth tu nak ada hubungan dengan aku. Aku ini kenal dia pun tak lagi"

"Kau memang serious tak kenal Luth atau kau pura-pura tak kenal dia Naura?" sekali lagi dah Naura berkerut. Kalini agak banyak.

"Kenapa kau tanya macam itu? kenapa siapa Luth itu sebenarnya?" pelik sangat kah jika dia cakap dia tidak mengenali Luth.

"Betullah orang cakap kau ini kayu, tengokla perkara penting macamni pun kau tak tau" Sara menggeleng kepalanya Perlahan, tak dinafikan ramai yang cakap Naura ini kayu kerana selalu buat halnya sendirian sampai kan apa yang jadi di sekelilingnya juga dia tidak ambil tahu.

"Kenapa? Luth itu siapa yang sebenarnya?" Pertanyaan Naura, Sara hiraukan biarla Naura cari tahu sendiri. Naura yang melihat Sara pergi ke dapur mengabaikan soalannya itu, terus mengangkat kedua bahunya. Dia sudah bertanya, tapi Sara sendiri tidak mahu menjawab. Tentang Luth? Ah biarlah mungkin ramai yang kecoh sebab Luth kan kasanova. Haruslah ramai yang kenal.

"Biarlah malas ambil pusing" Badannya yang tadi disandarkan di sofa dijatuhkan terus mengiring. Baik lah dia menghadap movie di Netflix ini.

Love Of My Life Where stories live. Discover now