Tangan yang tadi ligat melipat kain kain baju terhenti nafas berat dihela sebelum punggung diangkat, pintu sliding yang memang sengaja ditutup dibuka perlahan. Sedar tidak sedar dia hanya tinggal 2 hari sahaja lagi di negara indah ini. Mengingati memori memori yang dapat dia kumpulan selama berada di negara indah ini, senyum di bibir terbentuk perlahan lahan menjadi lebar.
Terlalu banyak memori manis dan pahit di tanah ini, daripada renggang menjadi erat. Daripada sunyi menjadi riang. Terlepas sedikit tawa kecilnya mengingatkan memori di tanah ini. Siapa sangka selepas kejadian Luhh ditumbuk Haris beberapa hari yang lalu,hubungan dia dengan Luth semakin mesra. Jangan salah sangka! mereka hanya kawan terlalu cepat untuk menjadi kekasih. Sikap Luth yang tidak pernah penat untuk mengenalinya buatkan Naura berasa kagum.
Tok!
Tok!
"Naura"
Putar tubuh, melihat pintu bilik yang diketuk sekali menyeru namanya. Tidak perlu dia bertanya siapa. Hanya seorang sahaja manusia yang tinggal bersamanya.
"Jom"
Berkerut keningnya sebaik buka pintu, atas bawah ditiliknya Sara. 'Jom? pergi mana?'. Sudahlah tiba-tiba sahaja.
"Pergi mana?"
"Picnic!"
Putar mata kepala menggeleng. Namun, belum sempat dia menutup pintu Sara sudah menerjah masuk terlebih dahulu.
"No excuse, pergi mandi aku pilihan baju"
"Tengah kemaslah"
Naura masih berdiri tegak,dia tengah kemas baju untuk masuk dalam luggage, mata memerhati Sara yang sudah membuka closet pakaian dia.
"Last day babe. Come on"
"Fine"
Mahu tidak mahu, dia pergi juga bersih kan diri. Ada benar juga kata Sara, mungkin ini kali terakhir mereka bersiar di tanah ini. Picnic? menarik juga dapat juga dia habiskan masa dengan Sara. Baru sahaja air di bathtub mahu penuh, Sara sudah menjerit.
"Cepat sikit"
NAURA hanya melirikkan matanya di sekitar taman ini, .Mujur harini tak ramai orang.
"Babe,sini pulak"
Jerit Sara yang sudah berposing di depannya.Dia hanya tertawa kecil melihat Sara posing dengan dress satin putihnya. Sara memang pandai kalau bab bergambar semua gaya dia pandai. Sebab itu, dia jadi model part time di sini. Baju! sebut pasal baju dia masih geram dengan Sara yang memaksanya tadi.
Selesai sahaja mandi tadi, alangkah terkejut dia lihat baju yang Sara pilih untuk dia. Bukan baju dia! bertikam lidah dia dan Sara. Sara memaksa dia atas alasan kali terakhir bersiar. Malas mahu panjang cerita dia pakai juga. Nasib baik baju ini tidak terlalu terdedah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.