-Author pov -
"Aku kata lepas! lepas! aku nak abang aku! lepaslah!" ronta Taeyeon apabila Jungkook cuba menenangkan dia.
"Yeon tolonglah jangan lah macam ni. Tae-hyung dalam perjalanan. Park Taeyeon jebal bertenang. Aku tak suka tengok kau macam ni." kata Jungkook lembut dan tenang.
"Yeobu. Macam mana ni. Saya teringat waktu Yeon berkelakuan macam ni disebabkan tak boleh terima pemergian unnie dengan oppa. Saya tak nak dia mengamuk macam haritu. Saya tak sanggup nak tengok." kata puan Jeon risau. Risau jika Yeon akan bertindak diluar kawalan seperti yang pernah berlaku semasa hari pengebumian parents dia.
Habis semua pinggan kaca halmeoni dibaling oleh Yeon. Tiada siapa yang mampu menenangkan dia tika itu. Hanya seorang saje yang mampu iaitu abang dia sendiri, Kim Taehyung.
Taehyung dan juga Yoongi yang baru saje pulang terkejut bila tuan Jung memberitahu keadaan adiknya. Hatinya sayu melihat keadaan adiknya yang menangis memeluk lutut. Habis berselerak serpihan-serpihan kaca disekelilingnya.
Taehyung memeluk tubuh adiknya. Dia juga bersedih keatas pemergian kedua ibu bapanya. Tapi demi adik kesayangan dia. Dia harus kuat. Taeyeon menangis sepuasnya didada Taehyung sehingga dia tertidur.
"KIM TAEYEON!' jerit Taehyung yang sudah tiba di rumah tuan Jeon. Dia segera berlari menuju ke bilik Taeyeon. Yoongi dibelakang termengah-mengah mengikuti langkah Taehyung.
Tubuh adiknya dipeluk seerat yang mungkin. Ubun-ubun adiknya dikucup. Dia memandang wajah pucat adiknya.
"Hey hey kenapa mengamuk macam ni herm. Shh shh abang ada ni saeng abang ada. Kenapa ni. Tell me." pujuk Taehyung. Tangannya mengusap lembut kepala adiknya. Yeon memeluk erat badan abngnya.
"Hyung. Kook nak bagi tahu something ni. Kook nak hyung selak baju Yeon. Hyung tengok belakang badan dia." kata Jungkook serta merta membuatkan Yeon menolak Taehyung menjauh.
Taehyung menarik kaki Yeon supaya mendekati dia. Dia menyelak belakang baju adiknya. Matanya membuntang.
Dia menekan kesan birat tersebut dan membuatkan Yeon mendesis sakit.
Hatinya mula mendidih panas.
"Sape yang libas kau sampai berbirat teruk macam ni Kim Taeyeon! Kau bagitahu aku sekarang! aku paling tak suka orang buat kau macam ni! selama aku besarkan kau, jaga kau, tak pernah sekali aku nak cubit atau pukul kau sampai berbekas teruk macam ni! Tell me now!" amuk Taehyung dengan perasaan geram bercampur marah.
Dia mengenggam kuat bahu Taeyeon yang hanya menunduk. Yeon hanya diam. Dia tidak mampu berkata bila dia dapat rasakan kemarahan abangnya akan meningkat bila mengetahui siapa pelakunya.
Yoongi yang disebelah mereka hampir nak terkencing dengan perubahan drastik Taehyung.
Taehyung mengeluh. Gengaman dibahu Yeon dia longgarkan.
"Yeon-ah. Jebal bagi tahu oppa siapa yang berani pukul adik oppa ni. Please tell me." pujuk Taehyung lagi.
"Ji-Jimin. Jimin yang buat." pengakuan Yeon membuatkan mereka semua terkejut.
Taehyung mengeluh kecewa. Tangannya menggempal menjadi penumbuk. Kemarahannya yang kian memuncak dia cuba tahan.
YOU ARE READING
(og) Promise me - PJM
Fanfic*Dikahwinkan atas dasar wasiat parents. Bahagia kah mereka berdua?? •"Janji dengan aku. Bahagiakan adik aku. " - Kim Taehyung •"Aku janji Tae" - Park Jimin ○"Yaish Suami derhaka!" - Kim Taeyeon •"Apa kau panggil aku!" - Park Jimin •"Mana janji kau...