BAB 1

368 13 0
                                    

SETIAP kali aku menuruni tangga, aku pasti akan terdengar pertengkaran Ibu dan Ayah. Mereka  menyalahkan satu sama lain tentang harta pusaka arwah nenek datukku belah Ayah. Keluarga belah Ayah, berpangkat tinggi, kaya-raya. Tidak seperti keluarga kami. Kami duduk di rumah teres yang tidak ada bumbung garaj kereta. Pendek kata, serba tidak sempurna. Walaupun begitu, di rumah aku ada televisyen, perabot, sama seperti rumah orang lain. Cumanya, rumah aku tidak cantik dipandang. Aku bersyukur aku ada tempat tinggal, berpelajaran, dan masih ada saudara mara. Saudara mara aku katakan tadi, kadang-kala saja datang melawat. Maklum lah. Ada harta, duit. Mereka takkan menziarahi kami yang tidak berharta dan berpangkat ini. Mereka akan datang bila Ayah aku meninggal dunia. Ibu saudara aku, kakak kepada Ayah, hanya menunggu masa mengambil rumah kami. Dan buat rumah kami sebagai rumah persinggahan keluarganya.

Pada waktu itu lah, Ibu saudara aku membiarkan aku menjadi gelandangan. Miazara memakai kasut hitamnya tanpa membawa apa-apa bekalan makanan masakan Ibunya mahupun duit poket. Jika diminta, Ibu atau Ayahnya akan memukul Miazara. Miazara terpaksa bergelut dalam krisis kewangan ini. Dia hanya membawa sebungkus nasi goreng, yang diberi percuma oleh penjual gerai kecil menghala persimpangan sekolah.

" Ibu Mia tak masak?. Gaduh lagi?" Soal Mak cik Salbiah, pemilik Gerai Kak Biah. Aku mengangguk. Kisah keluarga aku sudah jadi buah mulut jiran-jiran kawasan perumahan aku. Aku hanya diam jika ada segelintir jiran-jiran aku memburukkan nama Ibu atau Ayah.

" Mia redha, Mak cik. Mia gerak dulu ya?. Assalamu'alaikum"

" Wa'alaikumussalam" Mak cik Salbiah melempar senyuman sambil membungkus nasi lemak untuk pelanggan. Miazara hanya berjalan kaki ke sekolah. Dibandingkan kawan-kawan sekolah lain yang lebih kaya daripadanya, Miazara selalu sangat jadi mangsa. Bak kata pepatah zaman sekarang, hidup umpama drama Akasia. Miazara tidak pasti daripada mana dia dengar perkataan itu.

****************

" DIA datang, dia datang!" Saiful bersiap sedia dengan kedatangan Miazara. Miazara dijadikan pertunjukan percuma bagi kelas tingkatan 5 Dirgahayu. Kerana badannya besar, Miazara tak terlepas dijadikan bahan usikan.

Pelajar 5 Dirgahayu bergoyang-goyang saat Miazara melangkah. Dia orang buat senaman ringan ke?. Malas lah... . Miazara memikirkan kawan-kawan kelasnya ada masalah mental. Tak ada pendidikan Jasmani, dia orang buat. Pendidikan Jasmani berlangsung, mereka ponteng kelas.

" Kau orang dah kenapa?" Beg Anello merah diletak pada kerusi. Sah lah mereka "bergegar" bila aku masuk kelas. Tak sah kalau tak buat!.

" Hei, Mia. Kau tak nak kuruskan badan kau yang macam dah tayar spare tu ke?. Bukan setakat badan besar, kerusi kau pun, tinggal separuh. Lagi separuh beg kau nak pakai" Hazlinda pandang atas bawah Miazara. Dalam kelas 5 Dirgahayu, hanya Miazara tidak begitu menonjol. Prestasi pelajarannya juga tidak begitu hebat. Tercicir jauh daripada orang lain. Miazara memekakkan telinga, buku rujukan Komsas tingkatan 4 dikeluarkan sementara menunggu guru Bahasa Melayunya masuk. Sibuklah, kau. Ini hidup aku. Aku pun tak nak jadi tayar spare!. Aku pernah berazam nak kurus. Tapi, keluarga aku tak sokong aku. Aku kejap boleh diet, lepas seminggu, diet ke mana.

Hazlinda tidak dipedulikan, lalu dia berbisik pada kawan sama cantik, Syiqin dan Zahira. " Tengok tu. Dah tahu badan tak mengancam, buat-buat bisu, buat-buat pekak!. Bukan salah kita kalau suatu hari nanti dia single sampai tua!"

Syiqin dan Zahira ketawa. Adoi... !. Dia sorang saja tak ada teman lelaki!. Tengok kami yang cantik lagi hot ni. Dah ada teman lelaki kacak macam Alvin Chong!. Miazara menghadiahkan pandangan maut pada ketiga-tiga penyibuk perasan cantik tu.

" Pergi... atau saya hempuk buku ni sampai benjol!"

Hazlinda masih tak puas hati. Dia akan kenakan Miazara cukup-cukup. Mereka beredar bukan takut dengan Miazara, tapi guru Bahasa Melayu mereka, Puan Suhana, telah berjalan masuk ke kelas.

****************

RIZUAN Haris, membelokkan kereta Honda Accordnya masuk ke persimpangan SMK Seri Ampang, Kuala Lumpur. Dia amat merindui kehidupan ketika dia belajar di sana. Banyak memori tercipta daripada majlis hari guru, sehingga hari raya, Rizuan amat menghargai kenangan tersebut. Setiap detik, nafas, mindanya kerap kali teringatkan sekolah kesayangannya.

Kaca mata hitam ditanggalkan. Dia mematikan enjin, lalu keluar daripada kereta. Keretanya diparkir di tempat letak kereta kakitangan sekolah. Lalu Rizuan berjalan ke pejabat untuk mendaftar diri sebagai pelawat. kad gantung pelawat berwarna putih dipakai di leher Rizuan, agar tidak tersalah anggap sebagai guru.

" Tak berubah langsung sejak aku tinggalkan sekolah tahun 1995 " Sebelah tangannya dimasukkan dalam kocek seluar sambil melintas pelajar perempuan 5 Dirgahayu  bermain bola beracun. Rizuan jenis tak tengok kiri kanan, dia terus lalu. Bola dibaling Miazara terkena tepat pada muka Rizuan.

PANG!

Rizuan jatuh terduduk terkena balingan bola. Kerana ini kecuaian Miazara, dia sorang saja akan dimarahi Rizuan. Yang lain, buat-buat tidak tahu saja.

" Sorry, Cikgu!. Saya tak perasan Cikgu lalu dekat sini!" Miazara mengambil semula bolanya yang tergolek ke tepi Rizuan.

" Main hati-hati lah lepas ni, dik. Hidung saya kemek, awak nak ganti rugi?. Nak tanggung kos pembedahan?" Seluar ditepuk-tepuk membersihkan kotoran debu simen. Mereka main permainan bola beracun di halaman perhimpunan sekolah. Separuh simen, separuh jalan raya. Miazara tertawa kecil. Banyak bunyi pula cikgu ni!.

" Saya dah minta maaf kan , Cikgu. Cikgu maafkan saya balik" Amboi.... senangnya dia suruh kita maafkan dia?. Dia baling bola tak ingat!. Budak ni makan apa?. Besar betul badan dia. Makan KFC tiga pinggan?. " Kau tersengih-sengih dah kenapa?. Kau sambung lah main. Kecuali kau nak bayar ganti rugi"

" Hah?. Ganti rugi?. Cikgu.... saya tak buat apa-apa !"

Mata Rizuan terjengil. Tak buat apa-apa?.  Hidung aku jadi mangsa, dia  boleh kata tak buat apa-apa?.  Hazlinda berbisik-bisik dengan pemain bola pasukan mereka. Oleh kerana Miazara musuh ketat dia orang, mereka tak suka Miazara dapat perhatian lelaki. Lelaki tu handsome lah!. Rugi bagi dekat Mia!.

" Kau tak nak bayar ganti rugi, aku terpaksalah buat laporan pada pengetua"

Ala.... kena ugut pula!.



KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now