BAB 10

166 10 3
                                    

RUMAH Ibu seakan hampir menyembah bumi. Papan dinding rumah sudah dimakan anai-anai. Mungkin Ibu membesar di sini, sebaya denganku, tinggal bersama Nenek dan Datuk. Kehidupan Ibu mungkin juga sangat bahagia sebelum kedatangan Ayah. Berkejar-kejaran bersama anak jiran, bermain ting-ting dan menarik daun upih. Alangkah seronok hidup Ibu walaupun tiada gajet moden. Miazara melihat sekitar halaman rumah. Dedaun kering memenuhi laman. Menunjukkan rumah ini tidak bertuan sekian lama.

" Cantik rumah Mak awak. Awak nak cari apa dekat sini?" Terpegun melihat rumah kampung masih teguh berdiri di tengah ladang kelapa sawit. Rizuan mengekori Miazara membuka mangga pintu. Dia tidak boleh lepas tangan membiarkan Miazara jalan bersendirian.

Habuk berterbangan sekilas Miazara menolak dedaun pintu. Perabot rumah dikotori habuk, malah sarang labah-labah melekat sarung kusyen. Miazara paling tak suka ada labah-labah mendarat atasnya. " Kita datang sini... kena bersihkan rumah?". Eh?. Hilang?. Mana budak tu pergi?. Orang alihkan pandangan kejap, dia dah hilang!. Eeeii....

" Mia!. Mia!. Awak pergi mana?!. Awak jangan pergi sorang-sorang!. Bahaya!"

" Rizuan?. Saya dekat sini!" Miazara menjerit memanggil Rizuan, daripada bilik Ibunya.

Gambar-gambar datuk, nenek dan Ibunya tergantung di atas dinding bilik, berhadapan katil bujang. Namun sayang. Gambar-gambar tu dah kotor. Muka datuk dan neneknya dilitupi habuk. Miazara tak dapat melihat wajah mereka. Cermin solek memantulkan imej Rizuan berdiri di belakang Miazara. Miazara sikit lagi terlanggar dada Rizuan kerana dia rendah.

" Awak ni.... jangan berdiri belakang saya" Miazara mengusap dadanya. Terkejut Rizuan boleh berada di belakang secara tiba-tiba. Kalau aku ada sakit jantung, mahu pengsan. Rizuan tersengih. Muka kacak, takkan terkejut?.

" Haih.... ni baru saya muncul. Kalau han---- " Mulut ditekup Miazara. Hushh!. Jangan celupar sangat!. Dia terpaksa mengjengketkan kaki menutup mulut Rizuan. Rizuan tinggi macam tiang elektrik. " Ok diam. Tak payah bagi penerangan. Mak saya pesan, jangan cakap besar. Lagi-lagi dalam hutan".

Rizuan menampar mulutnya setelah Miazara mengalihkan tangannya.

" Awak cari apa, Mia?"

" Saya tak cari apa-apa. Mana tahu ada petunjuk Mak saya tinggalkan" Miazara membuka laci meja solek. Mujur tak ada lipas dalam ni. Kalau tak-----. Menjerit depan laki ni :v

Sekeping gambar Mak masa remaja, gambar ayah pun Mak simpan?. Huhuhu. Jadi Mak memang dah kenal Ayah lama. Sekali lagi Rizuan mengejutkan Miazara.

" Tengok apa?"

Terjerit Miazara Rizuan asyik muncul tiba-tiba.

" Hei.... aku tak buat apa-apa"

" Tak buat apa-apa konon"

" Ada lagi nak tengok?. Kalau tak ada, kita dating?" Melopong Miazara. Dating?.  Tak pernah pula aku berkasih dengan DIA.

" Dating?. Tak nak lah. Saya tak minat"

Miazara menapak keluar. Rizuan mengikutinya ke mana dia pergi.

" Janganlah tinggalkan saya. Awak keras kepala sangat. Cuba buka hati awak tengok siapa dah sayangkan awak"

Miazara menoleh belakang. Siapa sayangkan aku selain ibu bapanya?.

" Awak buat lawak ke?. Kau sayangkan aku?. Sorry ya. Aku tak minat dan aku tak suka lelaki macam kau"

Apa maksud Mia?. Dia dah tahu siapa sebenarnya aku?.

*************

HAZLINDA touch up lagi kah?. Daniel hanya bersabar menunggu teman wanitanya itu bersiap. Tiap kali keluar bersama, Hazlinda akan memakan masa lama untuk mencantikkan diri. Kenapa dia gemar mempermainkan Hazlinda?. Well, well, well . Hazlinda ibarat budak kecil. Senang dipujuk, senang juga merajuk. Benda apa perlu ada kalau Hazlinda merajuk?. Jawapannya......... beg tangan mahal pada luaran. Tapi sebenarnya  dibeli di pasar malam. Bukan serius sangat mahu bercinta dengan Hazlinda. She's not my taste. Lagipun, aku dah nak kahwin dengan perempuan lain. Hazlinda......... cuma alat permainan aku saja. Daniel berhenti mengelamun apabila Hazlinda keluar dari pagar teresnya, sambil berpakaian seksi. You loooked her?. She very sexy.

" Hai, sayang. Sorry sebab tunggu lama. Hurmmm.... anyway..... kita pergi mana hari ni?" Terserlah bibirnya yang merah memungil. Perlu ke pakai alat solek?. Jadi diri sendiri kan bagus. Daniel tidak begitu gemar wanita memakai alat solek, ia menutup wajah sebenar mereka.

" Hari ni abang nak bawa Linda jumpa Mummy dan Daddy . Ada surprise. Mereka tak sabar nak jumpa bakal menantu" Bakal menantu?. Whoaahhh!!!!!!. Syiqin, Zahira. Kau tengok aku. Aku jalan dulu!. Hahahaha!.

Perempuan perasan. Siapa nak ambil kau jadi bini?.

Banglo  3 tingkat bergaya Inggeris tersergam indah. Terukir cantik nama DATO HAZAR, lot rumah A143-67-78 B Kuala Lumpur. Hazlinda begitu teruja. Dia akan dapat tinggal dalam banglo serba mewah itu. Laman rumah luas, berpohon-pohon herba. Gazebo ditengah kolam ikan. Ini rumah impian aku!. Selamat tinggal hidup dalam rumah teres yang buruk!.

" Linda, welcome to my house " Daniel mempersilakan Hazlinda umpama puteri raja turun kereta kuda. Khairul, Haris  turut ada di ruang tamu. Zahira dan Syiqin juga ada?. Muka mereka tak berapa nak gembira apa pasal?. Ibu Bapa masing-masing memandang bakal 'pembantu rumah' mereka sambil mempamer senyuman. Ruang tamu dipenuhi tetamu bukan saja Hazlinda.

Ceh, bukan aku sorang saja rupanya!. Hazlinda duduk antara Zahira dan Syiqin. " Wei, korang sibuk je. Kenapa korang ada dekat sini juga?" Soalnya tak puas hati dalam nada berbisik perlahan.

" Lin, kau macam tak tahu je kan?" Marah Syiqin. Tak tahu apa?.

" Teman lelaki kita bukan ajak kita kahwin!. Diorang nak kita jadi penjaga Mak Bapak diorang!. Diorang akan kahwin dengan orang lain!" Sambung Syiqin. Tiga gadis itu telah ditipu.

" Kami tak mahu kamu bertiga jadi menantu kami. Kami dah bersepakat untuk mengahwinkan Daniel, Khairul dan Haris dengan wanita pilihan masing-masing. Kamu sememangnya budak mentah" Datin Rabiatul, Ibu Daniel menyindir ketiga-tiga gadis itu.
Zahira menarik tangan  Hazlinda dan Syiqin berlari keluar. Tidak mungkin mereka  jadi pembantu rumah!. Jatuh maruah mereka!.

****************

RUMAH INI TELAH DISITA

- PIHAK BANK  -

WHAT?!. Hazlinda terduduk. Syiqin dan Zahira juga mengalami nasib yang sama : rumah disita atas arahan Haris dan Khairul. Oleh itu, Syiqin, Zahira mengambil keputusan mengikut Hazlinda, sebelum mendapat tahu rumah Hazlinda senasib dengan mereka.

" Apa perlu kita buat, Zah?. Kita dah miskin?. Duit pun tak banyak nak makan Starbucks. KFC tak mampu, Pizza hut lagi lah tak mampu!!" Syiqin lebih memikirkan makanan yang mahal tanpa mempedulikan dua kawannya yang runsing. Hazlinda naik pening Syiqin asyik fikir tentang makan!. " Syiqin!. Kau diam boleh?!. Kita kena fikir mana kita nak tidur, whatsapp, mandi!. Kau ada berapa?" Hazlinda menyoal Zahira. Zahira memeriksa tas tangan putihnya.

" RM 300 je "

" Bagi aku semua tu!" Hazlinda cuba merampas duit Zahira.

" Apa?!. No way!. Ni saya punya!"

Krukkk...... mereka berdua berhenti bergaduh. Bergaduh akan membuatkan mereka lebih lapar . Zahira mengagihkan RM 300 setiap sorang. Mereka perlu ikhtiar menjimatkan perbelanjaan mereka selama mereka mampu bertahan.

SAY NO TO BRANDED HANDBAG


KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now