BAB 9

157 11 1
                                    

Jambangan mawar merah dan kuning, menarik hati Rizuan di kedai bunga plaza Sunway. Amat cantik jambangan bunga itu. Tapi, nak diberi pada siapa?. Miazara hampir menamatkan zaman persekolahannya. Tidak salah kan kalau aku beli untuk dia sebagai hadiah?.  Rizuan tersenyum kecil.

" Cik, saya nak jambangan bunga tu?" Sepadan dengan Miazara. Mukanya merona merah setiap kali Fatin mengusik.

" Boleh. Nak diberi pada siapa?" Soal pekerja bernama Melia. Melia membawa bunga-bunga itu ke dalam kedai. Bagi hias cantik-cantik. Keutamaan kedai ni, memastikan pelanggan berpuas hati dengan khidmat mereka. Pekerja perempuan paling memahami jiwa perempuan, jika pembelinya seorang lelaki. Melia agak terpesona dengan ketampanan Rizuan. Ala-ala Amar Bahrin!. Aww!.

" Saya... nak beri pada kawan"  Kawan?. Miazara suka tak dengan bunga ni?. Harapnya tak ke tong sampah.

*******************

ESOK peperiksaan terakhir. Dapat aku melepaskan diri dari Hazlinda and the geng!. Laptop pemberian Fatin ditutup. Fikiran ditenangkan setelah 3 jam mengulang kaji di kafe. Miazara agak suka menghabiskan masa terluang dengan perkara berfaedah. Membaca, belajar dan menulis. Sebab tu Miazara kena pulau. Lain daripada lain. Kawan-kawannya sibuk bercinta.  Angkut teman lelaki ke sana ke mari. Entah halal ke tak hubungan yang mengamalkan couple. Single  pun okey apa?. Tenang, tak perlu dok fikir jaga hati orang. Hati sendiri siapa nak jaga?. Hanya Tuhan saja dapat menjaga hati aku.

Hazlinda dan geng jelitawannya, berjalan beriringan dengan pasangan masing-masing. Daniel, pasangan Hazlinda, berumur 28 tahun. Haris, pasangan Syiqin, 26 tahun. Dan Khairul, pasangan Zahira, 30 tahun. Haaa... bukan calang-calang pasangan diorang guys. Semua poket tebal. Hidup mewah lah.

" Tengok tu, korang. Budak gemuk tu makan dekat Starbucks!. Banyak duit betul sejak Mak Bapak dia bercerai. Dia buat kerja haram kot" Hazlinda berhenti, Zahira dan Syiqin turut mengikut mengintai Miazara. Kecuali pasangan mereka yang dalam keadaan bingung. Siapa budak gemuk?. Daniel pandang Haris. Kau budak gemuk ke?. " Hebat betul wei!. Kita sendiri belum pernah jejak Starbucks. Dia yang miskin dapat makan dulu!. Kita serang dia?" Tidak sabar Syiqin nak ajar Miazara kerana dia telah memalukan Hazlinda.

Mereka bertiga pantas ke Miazara. Sudah tentulah nak serang dia. Hazlinda bercekak pinggang. Miazara terkejut tahap nampak pengetua sekolah  Hazlinda dan musuh-musuhnya boleh ada di mana dia pergi. " Ewahhh.... dah jatuh miskin, boleh  kau makan highclass macam gini?" Segelas minuman chocolate milkshake  ditumpahkan. Miazara masih boleh kawal tahap kemarahannya. " Cemburu?. Aku kerja. Mestilah boleh makan. Rezeki aku. Bukan macam kau---" Tidak sempat  menyakiti Hazlinda,  Miazara menjadi mangsa tamparan.

" Kau cakap aku malas, siap kau!. Aku ada teman lelaki!. Aku boleh suruh dia saman kau!. Kau ada apa?!. Single  sampai ke tua!!!" Tudung Miazara ditarik. Namun, ada satu tangan sasa menghalang perbuatan jahat Hazlinda. Kawan-kawan berlagak berani Hazlinda terus kecut, terus keluar dari kafe.

" Lepaskan aku!!"

" Maaf cik. Kau tak tahu ke Miazara Batrisya kekasih aku?. Betul tak, sayang?" Rizuan senyum, sebenarnya dia sedang menahan marah. Miazara takut senyuman 'mesra' Rizuan. Cengkaman Rizuan menyebabkan tangan Hazlinda sakit. Bengkok tangan aku!.

" Riz.... " kau nak lindungi aku ke?.

*******************

MASING-masing diam dikereta. Ini lah yang jadi kalau laki ni sibuk sangat nak ikut kita pergi study. Elok-elok dia pergi pusing satu bangunan, muncul macam hero Hindustan. Mujur Hazlinda angkat kaki tak tanya aku siapa Rizuan.

" Sudah lah buat muka macam tu. Kacau orang drive"

" Siapa?. Saya atau awak?. Nasib  Hazlinda tak saman awak. Boyfriend
dia polis. Takut saya tadi. Awak jangan buat macam tu lagi boleh?. Awak lepas ni hantar saya je. Tak payah ikut. Saya dah biasa sorang-sorang" Memeluk tubuh sambil melihat pemandangan tak berapa jelas kerana asap kenderaan bermaharajalela di jalan.

" Jangan lah..... . Sensitif sangat kenapa?. Saya tak boleh fokus kalau macam ni"

Alang-alang dah keluar, lebih baik aku tanya dia. Miazara menghadap Rizuan yang sedang fokus pada pemanduan.

" Riz... . Saya nak cari Mak Ayah saya... . Saya tak kisah pasal rumah tu. Saya rindu Mak Ayah saya" Pinta Miazara.

" Awak tahu mana nak cari?"

" Saya rasa.... saya tahu....." Kunci rumah kampung dikeluarkan dari kocek baju kurung. Mak pernah beri pada aku. Rumah kampung mak, tempat bermula segala-galanya.














KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now