BAB 20

187 9 0
                                    

AKU masih menanti suamiku. Sudah hampir berapa bulan aku tidak menatap wajahnya. Perutnya yang kian membuncit kerana usia kandungnya mencecah 6 bulan, Miazara  terasa sakit. Anak dalam kandungannya bergerak-gerak memberi isyarat buat si ibu, memujuknya agar tidak terlalu tertekan. Anak itu juga sudah bersedia jika lahir tanpa seorang ayah.

Miazara mengandung bersendirian. Dia sakit , tiada siapa tahu. Dia menangis, hanya Allah Maha mendengar rintihannya betapa rindunya Miazara pada Rizuan. Mak cik Nab begitu bimbang keadaan diriku tika aku menyiram anak pokok , lalu dia mempelawa dirinya sendiri tinggal bersamaku, menjadi ibu angkat. Aku tidak boleh menolak ajakannya. Kerana Mak cik Nab lebih makan garam berbandingku.

" Mia tak boleh sorang-sorang. Bahaya!. Biar Mak cik masak untuk Mia!"

Miazara tersenyum. Dia tidak mencurigai apa-apa memandangkan Mak cik Nab terlihat suci pandangannya. Beliau berbaring saja di sofa, menonton drama siaran televisyen Malaysia. Tanpa diduga, Mak Cik Nab secara senyap menolak Miazara jatuh dari sofa. Cemburu. Miazara mengandung sedangkan arwah anak perempuannya dulu mati bunuh diri akibat tidak dapat menerima hakikat bahawa dia mandul.

Ari-ari Miazara mengalir cairan merah, pedih, sakit. Miazara memejam mata. Allahuakbar. Itu saja mampu diucap dalam hati.

" Aku tak berapa suka kau mengandung. Arwah anak aku mati, kau pula seronok dapat anak!. Aku takkan biarkan kau hidup senang!".

Miazara yang mengerang kesakitan, diheret dan sumbat ke dalam beg sampah hitam. Niat Mak cik Nab mahu Miazara menderita, menemui arwah anak perempuannya kini berada di alam barzakh. Mak cik Nab memukul Miazara, menunggunya pengsan. Memudahkan membuang 'mayatnya' di tong sampah tingkat bawah.

****************

MIAZARA menuju ke satu bandar dalam keadaan berkaki empat, bukan lagi di tempat asalnya.

Suasana kota asing, menakutkan Miazara yang tidak ubah seperti pengemis. Dia berjaya keluar dari lori sampah, sebelum beliau dibuang ke pusat pelupusan sisa pepejal. Ingatannya juga hilang akibat tidak dapat terima kenyataan, anak yang dikandung, dibunuh Mak cik Nab. Miazara hanya mengingati rupa Mak cik Nab dalam samar-samar. Tidak jelas siapakah yang membunuh anaknya. Kini Miazara seperti kutu rayau, pengemis jalanan yang tidak waras pandangan masyarakat di kota itu.

Tiada hala tuju. Menyelongkar makanan dalam tong sampah, tidak ubah seperti kucing buangan. Tiap kali bersua anjing liar, kucing liar, Miazara mengherdik mereka mengeluarkan bunyian kucing gaduh.

" Mrrawww!!"

Kucing-kucing itu mencicit lari terdengar 'ngauman Kak Long' kawasan. Apabila keadaan reda, Miazara kembali duduk menikmati sisa makanan : tulang ayam, nugget ayam  separuh dimakan oleh budak-budak kebiasaannya.

" Hubby, tengok tu. Ada kucing gergasi!" Hina si teman wanita berpakaian separuh lutut.

Hahahah!

Miazara yang terdengar hinaan itu, mencakar tangan wanita tersebut dengan perasaan marah. Teman lelaki wanita itu, menelefon pihak hospital pakar sakit jiwa, lalu membawa Miazara pergi dalam keadaannya sebegitu : comot dan berbau.

******************

ZAHIRA tersenyum tatkala Yusuf melingkarkan tangan pada pinggangnya. Pasangan pengantin itu bahagia, namun, Hazlinda, Syiqin membuat perancangan untuk memisahkan Zahira dan Yusuf. Tidak adil jika Zahira saja diulit bahagia.

" Meluat pulak aku tengok si Zahira!!. Kita patut kahwin dulu!. Kenapa dia pula?!" Syiqin yang melihat aksi pengantin baru itu, loya tekak. Berjanji manis kononnya mahu sahabat selamanya, sekali dia kahwin!. Tinggalkan kawan baik sendiri!. Sudah berlaki, lupakan kawan!. " Aku ada rancangan. Kita buat dia menderita!. Kita dapat lah si  Yusuf tu". Cadang Hazlinda. Ouhhh... kau nak kebas Yusuf?. Bijak idea kau, Hazlinda!. Tak rugi aku berkawan sama-sama hati hitam!.

" Awak berdua buat apa tu?. Saya dengan Abang Yusuf nak pergi pasar"

" Pasar?. Ewww!. Kau bukan diri kau, Zahira!. Sejak kau kahwin, kau berubah terus!"

Bukan diri dia?. Apa maksud kawan-kawan si isteri?. Allahuakbar. Jangan-jangan aku kahwin dengan perempuan kaki clubbing!.

" Sayang pernah pergi....." Yusuf pandang kehairanan. Zahira takut-takut jika rahsianya pecah. Hazlinda, Syiqin sinis senyuman mereka.

















KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now