BAB 13

147 9 2
                                    

AKU keluar dengan Kak Fatin hari ni.  Sempena aku dah tamat persekolahan dan SPM. Pusing bandar KL saja. Kak Fatin mahu mengajak aku pergi Akuaria KLCC, katanya hadiah untuk aku. Aku  terus " wahhhh....." . Tempat teringin dah lama nak pergi tu. Aku lahir sekitar tahun 2001. Belum dapat merasa pergi tempat-tempat macam tu.

" Mia suka Akuaria?. Tak pernah pergi?" Senyumnya. Miazara menggeleng. Mak ayah Mia mana nak bawa Mia jalan-jalan.

" Kak Fatin, Riz kerja apa?"

" Kenapa Mia tanya?. Dia kerja halal. Bukan macam Mia sangka. Riz kerja yang baik-baik. Riz pindah rumah, sebab nak elak tangkap khalwat. Mia sunyi eh?"

Tersentak. Siapa  yang sunyi bila dia tak ada?. Ok, aku mengaku aku rasa sunyi sikit Rizuan tak ada :v

" Muka Mia blushing!. Heheheh. Mia rindukan Rizuan yaaa?. Bagitau Rizuan!" Acah-acah menelefon Rizuan tengah memandu. Aku mula panik andai Kak Fatin benar-benar menelefon Rizuan dan memberitahunya aku sedang merinduinya.

" Kakak!!!!!"

********************

PUAS. Puas kaki aku berpusing satu Akuaria melihat ikan berenang-renang. Jerung, Obor-obor, tapak Sulaiman. Kehidupan jenis ni semua jarang tengok depan mata kasar. Aku suka tengok ikan berenang ke sana ke mari. Bebas bergerak walaupun mereka hidup dalam lautan buatan manusia. Fatin membeli minuman coklat panas dan jus buah epal di kafe KLCC. Aku menunggunya sementara Kak Fatin selesai membeli. Miazara merasakan seseorang melihatnya dari jauh. Namun, dia buang perasaan curiga itu. Popular sangat kah dia sehingga ada orang mengintai?.

" Maaf kakak beratur panjang tadi. Hot chocolate special untuk Mia. Ganjaran sebab Mia dah berusaha keras menjawab SPM. Apakah perancangan Mia selepas ini?" Sebatang penyedut minuman dijadikan mikrofon menemu bual Miazara. Miazara tersipu malu. Perancangan?. Rumah pusakanya tiada apa-apa perkembangan.... . Pihak peguam bukan ambil kisah. Meskipun Kak Fatin dan Rizuan banyak menolongnya.

" Terima kasih.... . " Senyum pahit disua. Apa nasib rumah aku?. Mana Ibu dan Ayah aku?.

" Kak, Mia nak ke tandas sekejap"

" Kakak teman Mia?" Fatin bangun dari kerusi, mahu menemani Miazara ke tandas. Ya lah. Dia pergi tandas sorang-sorang. Perempuan pula tu. Rizuan dapat tahu aku tak jaga dia, balik kena tarbiah!.

Ptff. Aku dah besar, Kak. Lelaki yang mengintai Miazara, turut mengikutnya ke tandas.

Miazara mencuci tangannya selepas menggunakan bilik air. Menjaga kebersihan tatkala kita tidak tahu berapa juta ekor hinggap di tangan kita. Kebersihan amat dititikberatkan sepanjang hari. Memastikan kesihatan terjaga meskipun amalan mencuci tangan dianggap perkara remeh oleh semua orang. Agak sunyi sedikit keadaan di tandas wanita. Mereka datang ketika waktu persekolahan . Tentulah budak-budak sekolah masih bersekolah lagi. Kecuali sekolah rendah. Sebab apa?. Diorang tak ada SPM atau peperiksaan besar.  Kelas Miazara  habis awal. Kelas atas seperti kelas Sains - Ekonomi, mereka ada peperiksaan lagi. Miazara sudah mengucap selamat tinggal pada sekolahnya. Sob... sedih. Tapi, gembira!!!!. Hahah.

Lelaki misteri itu, mencerobohi tandas wanita. Dia melakukan serangan hendap menculik Miazara dan menekup mulutnya. Miazara agak terkejut dan ketakutan.

" Umphhh!!" Miazara cuba  meronta. Kekuatan lelaki itu melebihi kekuatan Miazara. Miazara tewas dan lelaki misteri tersebut membawanya lari tanpa diperasan sesiapa.

**********************

" KAKAK minta maaf, Riz. Kakak tak tahu dia kena culik!. Semua salah kakak. Kakak patut bertegas temankan Mia!" Fatin terduduk lemah di sofa pejabat ketua polis Daerah, Inspektor Rizuan Haris. Rizuan mengarahkan pasukannya menjejaki lokasi terakhir Miazara, berdasarkan telefon pintar Miazara. Kecanggihan sistem teknologi  ibu pejabat  Putrajaya, paling canggih antara balai-balai polis di Selangor sehingga Kuala Lumpur. Rizuan antara ketua polis paling berjaya dalam usia muda. Sebanyak 300 kes berjaya diselesaikan. Rizuan juga pernah menyelesaikan kes mayat terbakar di Kuala Lumpur. Kepintaran Rizuan menyelesaikan kes pembunuhan menarik perhatian ketua polis Diraja. Dia telah dinaikkan pangkat daripada pegawai polis kepada ketua polis daerah. Satu pencapaian membanggakan.


" Kak, jangan salahkan diri kakak. Riz akan selamatkan Miazara" Rizuan menunjukkan ekspresi kacaknya dalam menyelamatkan Miazara. Fatin menyedari adik lelaki kecilnya sudah menginjak dewasa. Rizuan tak pernah menunjukkan ekspresi kacaknya pada sesiapa.












KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now