BAB 7

171 10 0
                                    

MAK LONG  begitu menikmati rumah Miazara. Mengapa Azizi beriya mahu menyembunyikan rumah sebesar dan semewah ni?. Mak Long umpama ma'am besar rumah. Pak cik-pak cik saudara Miazara juga suka menetap di rumah ini. Barang peribadi ibu bapa dan Miazara diselongkar. Mereka akan ketawa jika terdapat gambar keluarga Miazara tersimpan. Pak cik-pak cik itu mengatakan keluarga Miazara, keluarga buangan arwah ibu  Mak Long, nenek Miazara.

" Besar rumah Aziz!. Dia pura-pura miskin depan kita!" Luah geram Pak Su. Mak long menyilang tangan pada dada. Adiknya tidak boleh lebih kaya daripadanya. Dalam keluarga Haji Uzaifah, hanya Mak Long, anak-anak lelakinya saja boleh kaya. Kecuali Azizi. Azizi mengahwini perempuan bukan dalam golongan keluarga mereka. Dia sanggup mengahwini perempuan kampung, bina keluarga, dapat anak lagi!. Oleh itu, Hajah Zakiah menghalau Azizi dan Roziah keluar dari rumah , sewaktu muda.

........... Imbas kembali ...............

HAJAH Zakiah memandang tajam anak dan menantunya, Roziah. Roziah bukan pilihannya malah, tidak juga pilihan keluarga Haji Uzaifah yang kaya dan berkuasa. Azizi tidak reti memilih isteri!. Perempuan kampung dikutip entah dari mana!. Haji Uzaifah juga begitu. Benci melihat rupa menantu nombor tiganya. Anak-anak lelakinya lain belum berkahwin. Mereka semua masih melanjutkan pelajaran di Melbourne. Seterusnya menggenggam ijazah. Azizi saja gatal nak kahwin cepat!. Tak berfaedah!.

" Ayah, Mak. Izinkan Aziz pindah rumah bina keluarga dengan Roziah. Aziz nanti jenguk Mak dan Ayah" Gerun Azizi berbicara dengan Maknya yang garang itu. Hajah Zakiah bekas pengetua sekolah Agama. Berpesonaliti garang, tegas sering dipraktikkan di sekolah serta di rumah. Anak-anak Haji Uzaifah begitu gerun jika ternampak kelibat Hajah Zakiah lalu di ruang tamu atau muncul mengejut di bilik tidur mereka. Mak Long saja dapat bermanja dengan Hajah Zakiah. Mak Long anak emas Hajah Zakiah dan Haji Uzaifah. Semua kehendaknya dituruti. Sungguhpun begitu, Mak Long tidak gembira Azizi berkahwin. Kalau boleh, dia mahu menghancurkan rumah tangga adiknya. " Kamu dah bersedia hidup miskin, Aziz?. Aku suruh kau kahwin dengan  Zaleha, anak pak su kau, kau lebih suka perempuan kampung ni. Mak dan Ayah takkan restu!".

" Mak, kaya atau miskin takdir Tuhan. Mak tak boleh tentukan kekayaan Aziz!" Azizi sering bertikam lidah dengan Hajah Zakiah tentang Agama. Ibunya dianggap 'Tuhan' dalam keluarga ini. Semua penghuni ikut telunjuk Hajah Zakiah. Walaupun Hajah Zakiah pengetua sekolah Agama, dia mengamalkan ajaran sesat di rumah. Azizi tidak bersetuju malah terasa sangat berdosa. Dia akhirnya dipertemukan  dengan Roziah, anak Imam Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, lalu melamarnya jadi isteri.
Azizi sudah menilai luar dalam Roziah. Roziah seorang wanita yang sangat lemah-lembut, rajin bersedekah dan seorang guru mengaji budak-budak. Itu lah ciri-ciri dia mahukan untuk seorang isteri.

" Hei, perempuan kampung!. Kau jangan mimpi nak rasa harta aku!. Aku takkan anggap anak kau nanti , cucu aku!. Aku malu ada darah daging dari keturunan kampung!"

Roziah beristighfar. Azizi pernah pesan, jangan melawan cakap  Hajah Roziah. Hanya diam saja. Dia tidak kenal lagi sikap Hajah Zakiah.

" Mak, Aziz tahu Roziah seorang wanita dan bakal ibu yang baik. Tidak kesian ke dengan bakal cucu Mak?"

Pewaris?. Tidak boleh jadi!. Aku hanya mahu  Azie jadi pewaris aku!. Anak Aziz tidak boleh jadi pewaris!. Aku malu!. Hajah Zakiah terus saja menghalau Roziah dengan melakukan menolaknya keluar dari rumah banglo Haji Uzaifah. Azizi mengucap panjang. Allahuakbar.... kejam sungguh ibunya. Tidak kesian pada Roziah kah?. Bila Azizi difikirkan kembali, Hajah Zakiah mungkin jelmaan Syaitan?. Lebih mementingkan Azie saja!. Roziah dipahut tanganya.

" Abang.... jangan lah derhaka pada Mak. Rozi redha Rozi bukan menantu pilihan Mak. Kita boleh bina keluarga bahagia jauh daripada sini"

Pandangan kasih menatap Roziah. Azizi tersenyum manis. Ini lah sebab Azizi memperisterikan Roziah. Tidak mengenal dendam pada orang yang tidak menyukainya. " Abang bersyukur Roziah jadi isteri abang. Kita lari jauh hingga ke hujung dunia. Biar semua orang tak boleh jumpa kita".

5 bulan kemudian

ROZIAH selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Apa yang dihairankan, Roziah seperti dapat merasakan sesuatu pada bayinya itu. Dia bertanya pada Ibunya, Marliah. Azizi mengazankan anak perempuannya sambil melihat Roziah yang baru saja bertarung nyawa. Dia tersenyum kecil. Betapa hebatnya Roziah.

" Mak.... Rozi rasa... anak ini akan menentang Azie, kakak ipar Rozi"

Kening Puan Marlia terangkat. Apa maksudnya?. " Mengapa kamu kata begitu, Rozi?. Terangkan pada Mak"

" Anak Rozi... akan tuntut bela untuk Rozi. Dia akan lawan untuk Rozi dan Abang Aziz"

Azizi selesai mengazankan anaknya.

" Amboi.... cakap apa dengan Mak?. Kongsi lah sikit. Abang nak dengar"

" Abang, Rozi nak namakan  anak kita, Miazara Batrisya"

Cepatnya isteri aku dah bagi nama?. Hehehe. " Kenapa Miazara Batrisya?. Nama Nur Mawar lagi sedap didengar".

Roziah menggeleng menandakan tidak setuju.

" Rozi rasa... Miazara Batrisya akan tuntut bela untuk kita suatu hari nanti"






KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now