BAB 22 - PENGAKHIRAN TRAGIS

252 11 0
                                    

MAK SENAH dan seangkatan jiran-jiran apartment, menyerbu Mak Cik Nab yang dikhabarkan telah membunuh Miazara, jiran mereka paling dihormati, serta disayangi. Andai Mak cik Nab cuba berdalih, Mak Senah sudah punya bukti kukuh, rakaman CCTV 24 jam, sistem paling canggih di Apartment. Berani dia bunuh Miazara?. Budak tu mengandung!. Lengan baju kurung kedah disingsing, mahu saja kerjakan Che Nab si perempuan sihir!.

" Heiiiii Nab!. Berani kau bunuh Mia?!!!!. Dah tahu anak kau mati sebab mandul, kau buat Mia jadi mangsa kau!" Mak Senah tidak gentar Mak cik Nab memandang tajam muka setiap skuad wanita-wanita kuat Apartment. " Kau ingat aku suka?. Aku tak suka budak tu ada dekat sini!.  Biar Miazara temankan anak aku si Siti Sarah tu!". Mak cik Nab mahu  kembali masuk rumah tinggalan Miazara dan Rizuan. Semenjak pasangan suami isteri itu pergi, Mak cik Nab mengambil alih rumah tersebut. Mak Senah memanggil pegawai polis menahan Mak cik Nab daripada terlepas sia-sia. Sia-sia bazirkan air liur, sia-sia juga masa bertengkar dengan perempuan bermuka dua ni!.

" Hei!, hei!. Aku tak bersalah!" Tangan Mak cik Nab digari. Pegawai polis itu menahan Mak cik Nab, dan dibawa ke balai polis. Skuad wanita-wanita kuat akhirnya berjaya menegakkan keadilan demi Rizuan dan Miazara.

******************

YUSUF mendapati bungkusan dadah berada pada bawah bantal Zahira, lantas menyoalnya tanpa sebarang usul periksa. Umi Rosmahani juga sangat terkejut menantu disangka telah berubah menjadi baik setelah insaf, rupanya masih seperti dulu, menipu ketika baru berjumpa!.

" Umi, Abang!. Sumpah dadah tu bukan Ira punya!. Ira dianaiya!. Ira pergi mengaji dengan Abang Yusuf petang semalam!. Ira yakin ni kerja Hazlinda dengan Syiqin!".

Umi Rosmahani memicit dahi, Yusuf pula mukanya tegang menahan marah. Semulia mana seseorang, jika ada yang mengkhianatinya, orang yang tenang itu juga boleh mengeluarkan kata-kata kesat. Tidak kira baik isteri atau sesiapa saja.

" ZAHIRA BINTI HUSNI, AKU CERAIKAN ENGKAU DENGAN TALAK SATU!"

Yusuf memasuki kamarnya. Zahira menangis teresak-esak terduduk dengan takdirnya ini. Umi Rosmahani meninggalkan bekas menantunya. Hendak kata apa lagi?. Si anak sudah melafaz talak. Tidakkah pula menyuruh Yusuf mahu menarik kembali lafaz talaknya?.

" Umiiiii, maafkan Ira...." Pergelangan kaki Umi Rosmahani dipegang Zahira. Dengarlah penjelasan daripada mulutnya, bukan mulut dua musuhnya itu!.

"Aku bukan Umi kau!. Aku tak ada menantu macam kau!. Berambus daripada rumah aku!. Rumah aku bukan tempat untuk penagih dadah seperti kau!!!" Tubuh Zahira ditolak kasar. Hilaian ketawa Hazlinda dan Syiqin membuatkan Zahira berdendam. Kau berdua dah aku buat menderita!!!!. Aku takkan maafkan semua orang yang ada dalam rumah ni!!!!. Aku tak dapat hidup bahagia, kau semua juga takkan bahagia!!!!.

" Teruknya muka kau, Zahira!. Tinggalkan kawan lagi". Hazlinda menyiku Syiqin. Mereka menyaksikan perceraian Zahira umpama menonton drama Akasia.

" Bertenang lah, Zahira. Kau masih ada kitorang. Kitorang ada untuk kau. Kau tak ada suami, kitorang pun tak ada"

Zahira mencapai gunting jahit. Ketawalah sepuas mana korang nak!.

CHAKK!

******************

" MIKAEL!"

" Janna?. Awak buat apa di sini?". Pelik. Doktor Jannatul tidak pernah turun ke kafetaria.

" Saya nak celebrate ulang tahun pertama kita berjumpa!. Awak tak ingat?. Saya selamatkan awak dari accident tu. Kepala awak terhantuk kuat. Dan awak tak ingat apa-apa. So.... My dad beri awak nama dan identiti yang baru!. A new life is better right?". Dua kek cawan disua di hadapan Mikael. Mikael teragak-agak hendak menerima Doktor Jannatul, sebagai kekasih. Dia mengetahui maksud tersirat di sebalik dua kek cawan berkirim merah jambu itu. Maksudnya, si dia mahu kita jadi kekasihnya.

" I'm sorry, Janna. You masuk Islam, sebab apa?. If you converted as muslim because of me, sorry. I can't accept you!". Mikael terus angkat kaki. Tidak mahu kehadiran Jannatul di kafeteria menimbulkan curiga kalangan staf hospital yang makan di sini.

" But i very love you, Mikael!". Jannatul sudah mencurahkan air mata. Sakit tidak diterima Mikael. Dia cuma terima Jannatul sebagai kawan.

" You love me?"

" Yes, Mikael!". Jannatul mengetahui identiti sebenar Mikael ialah sebenarnya Rizuan Haris, jejaka yang pernah merogolnya dulu ketika di Auckland. Beliau menukarkan identiti Rizuan menjadi Mikael Azhar kerana mahu mendekatinya. Jururawat bernama Siti berlari-lari mendapatkan Mikael dan Jannatul.

" Doktor!. Lily larikan diri!"

MIAZARA hendak melintas jalan raya yang  sibuk dengan kereta dan lori di mana kelajuannya sangat menakutkan. Dia tidak kisah apa berlaku pada dirinya. Apa dia mahu, Miazara cuma hendak melepaskan diri dari pusat rawatan mental itu saja. Tambahan pula, Miazara ingin mencari anaknya semula. Dia berhalusinasi. Anaknya masih hidup dan anak itu memerlukan ibunya.

" Ibu datang ni sayang..... "

" LILY!!!!!!!" Mikael berlari menyelamatkan Miazara. Namun, cubaan itu gagal. Mereka berdua digilis lori tidak sempat brek, lalu meninggal dunia. Jenazah Miazara dan Mikael hancur. Doktor Jannatul menekup mulut. Allahuakbar, Allahuakbar..... . Kematian mereka jelas dilihat depan matanya. Doktor Jannatul menjadi saksi arwah Rizuan dan arwah Miazara.

Jalan raya yang sibuk tadi, mula beransur perlahan dengan kehadiran polis dan ambulans.

Tenanglah kamu berdua di alam sana....

- KEKASIH HATI MISS CHUBBY TAMAT-

KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now