BAB 3

192 11 0
                                    

MIAZARA memulakan rutin seperti biasa. Rumahnya tiada lagi bunyi riuh rendah suara Ibu Ayahnya. Dulu, Ibunya selalu membuat nasi goreng Adabi dan telur mata untuk sarapan. Ayah pula, memberi duit poket RM 5, sebagai duit belanja sekolah.

Ibu, Ayah. Halalkan makan minum Mia. Miazara menarik nafas sebelum membuka kumpulan Whatsapp keluarga Ayahnya. Jika Mak Long sudah dapat tahu perpisahan Ibu dan Ayah, dia tiada jalan selain menyerahkan rumah ini pada Mak Long.

Waris keluarga Haji Uzaifah

67 peserta

Mak Long admin

Pak Su admin

Miazara Batrisya

Azizi Uzaifah

Roziah Latif

Mak Long : Mak bapak kau dah bercerai kan, Miazara?. Rumah tu milik aku. Bapak kau dah wasiatkan pada aku bila dia dah mati. Tapi, dia tak mati lagi, aku tetap nakkan hak aku

Astaghfirullah.... Mak Long terlalu tamak menginginkan harta !. Tidak cukupkah dengan harta datuk dan nenek?. Mereka sudah dapat harta masing-masing yang jauh lebih berharga berjuta-juta ringgit. Mak Long nak juga rumah aku yang buruk ni!. Aku membalas mesej Mak Long ku dengan sebaiknya. Tidak nampak lah aku menentang ibu saudara aku. Aku rasa betul-betul keseorangan. Bila  ada Ibu dan Ayah dulu, aku tak rasa. Namun, bila situasi berubah sekelip mata, aku sedar aku tiada sesiapa...

Miazara : Wa'alaikumussalam, Mak Long. Berita perpisahan Ibu dan Ayah Mia dapat tahu dari internet ke?. Mak Long percaya zaman viral sekarang?. Mak Long kakak kepada Ayah Mia. Lebih arif ilmu agama. Mak Long sebagai pentadbir kumpulan Whatsapp, patut bertindak matang. Bukan membuta-tuli mahukan rumah Mia. Ayah dah tukarkan nama geran tanah atas nama Mia.

Mak Long panas hati anak buahnya melawan cakap depan ahli keluarga mereka dalam kumpulan ini.

Mak Long : Kau apa tahu geran tanah?. Kau budak hingusan!. Aku boleh bayar peguam rampas rumah kau!

Miazara terus menutup telefon. Berterusan melawan api dengan api, Miazara takkan rasa tenteram. Dia meraup muka. Aku perlu tabah!. Masalah sekolah belum selesai, tambah pula perangai Mak Longnya yang gila itu!.

***************

SEBUNGKUS kueh teow goreng, diletakkan atas meja berhadapan Rizuan. Fatin mengeluh melihat Rizuan tidak berhenti menambah harta sedia ada . Rumah kami ni sudah ada berapa?. Banglo tiga tingkat di Johor Bahru, tinggallan arwah Mama. Apartment sebesar padang golf, sudah jadi milik Papa. Encik Razali membeli Aparment agar memudahkan Rizuan serta Fatin pergi kerja. Sementara dia boleh menguruskan perniagaan emas di Dubai.

" Riz, makan!. Kamu tak payah cari duit bergunung!. Harta kita tujuh keturunan tak habis!"

Rizuan berhenti menaip laptop Acer.  Dia tersengih memandang Fatin. Harta-harta ni boleh diwarisi. Kalau tak ada waris, pihak berkenaan akan uruskan. " Ya lah. Riz makan lah. Anyway, kakak hari tu terlanggar budak kan?. Papa marah?"

Fatin turut menarik kerusi meja makan, menikmati makan malam bersama adik lelakinya yang jarang balik makan di rumah. " Papa tak marah, Riz. Papa cuma ingatkan kakak agar berhati-hati. Comel tau budak tu!. Tak sempat kakak nak selfie sikit!"

Rizuan mencembik. Iya ke budak tu comel?. " Comel??. Beritahu Riz. Nanti Riz saman dia"

" Riz, sudah-sudah lah. Sikap baran Riz jadi bencana satu hari nanti. Patutlah girl friend tak lekat sorang!. Perangai Riz kena ubah!" Pinggan sisa kue teow diangkat ke singki. Rizuan merenggangkan tangan sekilas selesai menjamu selera. " Papa tak balik Malaysia?"

Rizuan sengaja mengubah topik. Fatin sering menegur sikap azalinya. Dia bukan panas baran. Namun, cara bekerja dengan tegas disalah erti " baran" atau "mementingkan kesempurnaan" pada pandangan Fatin.

" Rizuannnn.... don't change your topic!. I know  your have a problem about your life!" Fatin memandang tajam. Jangan main-main dengan Fatin Nazira!.

" Masalah?. Hidup Riz okey saja.  Kakak saja yang melebih-lebih. Thank you for dinner"

Fatin mengeluh. Aduh... kenapa lah adik aku tak boleh jadi peramah sikit?. Asyik nak marah orang saja!.

***************

SUDAH LAH lambat pergi sekolah. Aku kena kejar anjing liar satu hal lagi. Aku patutnya naik Grab saja tadi dari rumah!. Tak cukup tanah Miazara lari lintang-pukang seluruh kawasan rumah. Anjing besar berkurap terus mengejar budak besar di depan. Dapat tangkap, makan besar aku malam ni!. Hihihi.

" Tolong!!!!!"

Miazara menemui jalan mati. Anjing itu menghampiri Miazara. Aku takut anjing ni ada rabies!. Rizuan membaling sebiji batu pada anjing tersebut. Anjing itu terasa sakit, dia berlari balik mencari tuannya semula.
Tak ada lah kuat mana anjing tu!. Huh!.

" Cikgu????"

" Apa cikgu-cikgu?. Aku bukan cikgu kau lah, budak besar!" Misi Rizuan dah selesai, apa mahu dia buat lagi di sini?. Tak pasal-pasal kena tangkap basah.

" Awak!" Panggil Miazara pada Rizuan. Rizuan terhenti. Apa budak tu nak lagi?. Aku dah tolong dia halau anjing. Dia nak aku belikan aiskrim?.

" Terima kasih tolong saya. Nama saya Miazara Batrisya!. Selamat berkenalan!" Miazara melempar senyuman. Dan PAP!. Rizuan secara automatiknya terganggu dengan senyuman manis Miazara. Dia menafikan betapa manisnya senyuman milik Miazara.

" Nama awak siapa pula?. Ayah saya pesan, tak baik sombong"

" Siapa sombong?!"

" Saya tak cakap awak sombong. Kenapa naik angin pula?"

Geram betul aku dengan budak besar ni!.

" Aku, Rizuan Haris. Kau tak payah terhutang budi dengan aku. Aku tak suka"

Rizuan terus ke kereta dan pecut meninggalkan Miazara. Cermin sisi memantulkan imej Miazara berdiri tegak sambil melihat keretanya menjauh.

Ingat comel buat muka macam tu?. Rizuan mematah balik ke tempat Miazara berdiri. Cermin tingkap diturunkan separa.

" Kau nak terus berdiri tegak atau aku kena hantarkan kau pergi sekolah?"

" Hah?. Awak nak hantarkan saya?"

" Naik lah cepat. Aku ada kerja"

Miazara membuka pintu duduk tempat belakang. Rizuan mengangkat kening melalui pantulan cermin pandang belakang.

" Tak pakai tali pinggang?'

Miazara tersengih.









KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now