BAB 16

145 9 0
                                    

MIAZARA pergi ke pejabat Rizuan bekerja, ibu pejabat polis Putrajaya menaiki Grab. Hati Miazara sedikit gementar kerana menjejaki kaki ke tempat biasanya orang-orang bersalah menerima hukuman. Sendiri tak ada apa-apa kesalahan, mahu ke sana. Hahaha. Demi memujuk Rizuan yang mungkin tengah merajuk sekarang, Miazara mengambil langkah pertama untuk meluahkan rasa cintanya. Miazara telah jatuh hati terhadap Rizuan kerana tidak melihat dirinya daripada paras rupa, bentuk badan. Rizuan ikhlas mahu berkawan. Namun, Miazara awal-awal dulu mudah menolak kasih sayang diberi Rizuan. Pada saat itu, hati Miazara tidak yakin Rizuan sudi menyayanginya sama ada kerana rupa, pangkat atau apa saja bernilai pada dirinya. Setelah hampir 3 bulan duduk satu bumbung bersama arwah Kak Fatin, Miazara telah bersedia membuka hatinya menerima Rizuan. Rizuan sememangnya ikhlas mahu berkawan dengan Miazara. Akan tetapi, Miazara terlebih dahulu jatuh hati terhadap Rizuan. Bagaimana pula dengan Rizuan?. Berbalaskah cintanya?. Atau Rizuan hanya menganggap dia sebagai kawan saja?.

Mata-mata pegawai polis wanita yang menjaga kaunter, hairan melihat kedatangan Miazara. Miazara tidak mempedulikan pandangan itu, kakinya mempercepatkan langkah ke kaunter pertanyaan.

Gugup, takut. Semua ada. Hendak terkucil rasanya. Bukan dia buat kesalahan. Tapi, misi memikat Ketua Polis bukan semudah disangka. Miazara membuang segala perasaan yang mengakibatkan dirinya berfikiran negatif. Semuanya akan okey. Bismillahirrahmanirrahim........

" Hai, saya Miazara Batrisya. Saya nak jumpa.... Rizuan Haris?" Miazara cuba mengawal gugup.

Salah seorang pegawai polis itu mengangkat sebelah kening. Beraninya dia nak jumpa Tuan Rizuan. " Cik ni siapa?. Ada urusan apa ya?"

" Saya kawan dia" a.k.a kekasih.

Polis bernama Dahlia itu mengangguk dan menghubungi nombor sambungan pejabat Rizuan. " Tuan Rizuan, ada kawan Tuan nak berjumpa dengan Tuan. Nama dia Miazara. Tuan kenal ke?". Tuan tak kenal budak ni, aku ambil penyapu. Selang beberapa minit, Dahlia selesai menghubungi Rizuan. Dia membenarkan aku naik ke tingkat 20.

" Sila naik ke tingkat 20. Tuan Rizuan boleh berjumpa dengan Cik Miazara. Naik guna lif menara A ya?"

" Terima kasih...."

PINTU lif dibuka di tingkat aku perlu turun. Cuba teka?. Tingkat 20 tak serupa balai polis. Ruangan di tingkat atas ni sangat mewah. Berkarpet hitam, pasu mahal, lampu chandelier.......... . Wow!!!.

Nama RIZUAN tertera pada pintu berwarna coklat.

TOK! TOK!

" Siapa?"

" Miazara"

" Masuk" Dengar suara dia saja, jantung aku mula beritma. Belum lagi tengok mukanya yang handsome macam Amar Bahrin, pelakon pujaan aku tahun 2014 sebelum berkahwin dengan Amyra Rosli. Rizuan duduk membelakangi Miazara. Seperti tiada apa-apa kes atau tugasan penting, Rizuan tenang menikmati pemandangan tingkap.

" Ri.... Rizuan...." Aduhai hati.... janganlah awak berdebar masa ni!. Muka Miazara berbahang, merah merona menanti Rizuan memusingkan badannya. " Kenapa datang sini?. Puas buat hati saya sakit?".

ZAP!

Belum apa-apa dah kena tikam dulu!.

" Saya datang cari awak. Nak tahu kenapa saya tak balas awak kawan saya ke tak?" Miazara cuba memancing Rizuan supaya memandang ke arahnya. " Kenapa?. Awak cuma nak buat saya sakit hati. Balik lah, Miazara. Awak tak boleh datang sini sesuka hati awak. Orang lain nampak, disangka awak buat jenayah" Tegasnya menyuruh Miazara pulang saja. Miazara masih bertahan di situ. Misinya untuk memenangi cinta Ketua Polis itu dan pulang ke rumah dengan hati berbunga-bunga.

" Saya tak boleh anggap awak kawan sebab saya.... " Miazara tersekat meneruskan ayat seterusnya. Sebab aku cintakan kau. Nafas Rizuan dihela panjang. Buang masa saja Miazara datang. Bukan dia balas perasaannya.

" Sebab apa?!"

Rizuan menapak ke Miazara. Miazara mula takut Rizuan dah mula naik angin. " Sebab saya cintakan awak, Rizuan!. Saya cintakan awak!" Miazara menangis wajahnya tertunduk. Rizuan agak terkejut. Cuba mengingati luahan Miazara.

" Awak cintakan saya??" Gembira. Tapi aku hendak memastikan Mia betul-betul cintakan aku.

" Saya memang cintakan awak, Rizuan.... sob... sob.... urhh... " Air mata membasahi pipinya. Kenapa hati aku sakit walaupun Rizuan belum bagi jawapan?. Rizuan rasa kasihan Miazara bersungguh-sungguh memberitahunya, dia amat cintakan Rizuan. Rizuan tersenyum kecil, jari-jemari mengesat air mata tangisan Miazara. " Saya minta maaf, Mia. Saya bukan sengaja nak takutkan awak. Mia....". Miazara mengangkat muka. Rizuan sedang menatap matanya.

" Bimbing saya untuk jadi umat yang soleh?. Saya tidak sempurna jika mahu menjadi cinta hati Mia. Tapi saya akan berusaha menjadi umat Islam yang baik di sisi Allah"

Miazara tersenyum. Ini kah luahan cintanya?. Kepala diangguk. Miazara akan cuba lakukan yang terbaik, membimbing Rizuan menuju jalan keinsafan. Rizuan berbisik pada sisi telinga Miazara.

" Saya juga cintakan awak, Mia"

Cium?. Nahhh.... nantilah. Jangan gelojoh. Hahah. Tunggu lepas nikah.

*****************

HAZLINDA , Syiqin, Zahira selesai mengaji dan khatam Al-Quran dalam masa beberapa hari saja. Umi Rosmahani banyak mengajar mereka tentang agama, kisah nabi dan cara beramal soleh. Umi Rosmahani juga membenarkan mereka tinggal bersama-samanya sementara menunggu kepulangan anak lelaki tunggalnya, Yusuf. Kehadiran tiga gadis itu menceriakan Umi Rosmahani yang selama ini sunyi ketiadaan Yusuf.

" Anak lelaki Umi handsome tak?" Pinggang Zahira dicuit Syiqin. Baru khatam Al-Quran, datang semula perangai gediknya!. Umi Rosmahani tertawa. " Tampan!, Ira!. Anak Umi tampan. Tak sabar nak tengok?"

Zahira mengangguk. Lagi dua orang tu?. Diam-diam memasang telinga Umi Rosmahani berkata tampan. " Bila dia balik?. Esok?. Kalau gitu, kita masakkan dia makanan kegemaran dia!". Zahira terlebih-lebih gembira kenapa?. Sakit hati Hazlinda dan Syiqin. Ouhh.... nak ambil hati mertua rupanya.

" Benar dikatakan Ira. Anak Umi esok dia balik. Umi nak masak ayam sambal kicap dan sayur kangkung. Anak-anak boleh belikan barang dapur?" Ujian jadi bakal menantu. Siapa boleh buat?. Zahira mengangkat tangannya, menerima cabaran dari bakal mertuanya.

" Saya, Umi!. Saya belikan ya?. Assalamualaikum semua. Saya pergi dulu?" Laju kaki Zahira nak beli barang dapur. Dua sahabat baiknya mengatur rancangan memalukan Zahira depan Yusuf.








KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now