Bab 1 : Pertemuan Pertama

8 0 0
                                    

" Mahkamah memutuskan bahawa A dan B sah bercerai ..............."

Alhamdulillah dah settle satu kes aku harini. Aira Fateema lantas mengemaskan barang-barang miliknya lantas berlalu keluar dari ruang perbicaraan itu.

"Cik Aira! " Panggilan itu membuatkan kaki Aira Fateema terhenti serta-merta.

"Ye saya, ada apa-apa boleh saya bantu puan?" Jawab Aira sopan.

"Terima kasih cik sebab banyak bantu saya untuk selesaikan kes penceraian saya dengan suami saya.

"Ye puan, dah tu memang tanggungjawab saya untuk membela nasib kaum hawa dekat luar sana supaya tidak terus dipijak sewenang-wenangnya oleh sesiapa pun", ujar Aira sopan sambil mengusap tangan anak guamannya.

Setelah berpamitan Aira melangkah ke kereta mini cooper miliknya sambil menanggalkan gaun peguamnya. Nampak sangat elegant.

'Hmm, lepasni aku kena ke hospital EZ Prince Specialist untuk kes langgar lari tuu. Aduuhh dah la lunch pun tak lagi nii' gumam Aira sambil memandu. Yelah, itulah rutinnya demi membela nasib-nasib segelintir manusia yang memerlukannya.

Setelah sejam menempuhi kesesakan trafik akhirnya Aira sampai di parkir EZ Prince Specialist. Entah laa ada EZ kat depan nama tapi ramai yang sebut Prince Specialist. Ahhh, pedulikan laa client tengah tunggu tu. Masyukkk lagi aihh. Aira sempat menggumam di dalam hatinya.

Dengan terkocoh-kocoh dia berjalan setelah melihat jam di pergelangan tangannya menunjukkan angka 3 petang. Aishhh janji 3. Ni sempat ke sampai bilik client tu. Tiba-tiba....

Bukkkkk

"Aduhhh", terjelopok Aira ke lantai sambil memegang fail dan beg tangannya. Aihhh ape ke malang nasib aku ni dah la lambat dah ni.

"Err encik saya mintak maaf saya nak cepat ni", kata Aira dengan hanya memandang sekilas sahaja lelaki yang melanggarnya dan berlalu ke lift. Memang sejenis yang mementingkan wang la Aira ni. Haishhh, money is king laa. Hahaha, nyampah tol.

Tanpa sedar si lelaki tadi terus berdiri di hadapan kaunter memehatikan gadis yang melanggarnya berlalu sehingga kelibatnya tidak kelihatan lagi. Dadanya berdegup kencang namun dia tidak sempat membelek wajah polos si gadis tersebut dek kerana ditutupi oleh kaca mata hitam. 'wait and see, i will find you out' desis lelaki itu sambil meloloslan dirinya ke dalam Ferrari kesayangannya.

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now