Bab 2 : EC PRINCE SPECIALIST

3 0 0
                                    

(Kat atas tu ADELAIDE HOSP. in AUSTRALIA. So I nak you all bayangkan ni lah hospital milik Doctor Eric Zaheem)

                        .................

"Auchhh", Aira menekan-nekan perutnya kerana dia skip lunch setelah lebih 2 jam berbincang dengan kliennya.

Setelah pintu lift terbuka dia terus meloloskan dirinya tanpa melihat gerangan di dalam lift tu. Namun, Aira berpegang pada dinding lift kerana dia kepalanya terasa mahu pitam ditambah pulak perutnya yang terasa sakit yang amat.

Satu...

Dua.....

Tigaa....

Aira rebah tanpa sedarkan diri. Tetapi tanpa sedar seorang jejaka di dalam lift tu memerhatikan pergerakan Aira yang nampak tidak selesa setelah itu tubuh itu kelihatan mahu tumbang namun sempat dipangku olehnya.

Aira mmembuka mata perlahan-lahan sambil memandang sekelilingnya. Dia cuba menghadam apa yang telah terjadi sebentar tadi setelah melihat iv drip di tangan kirinya.

"Cik Aira dah sedar", tegur seorang nurse lembut setelah membuka pintu ward milik Aira. Aira juga berada di wad kelas pertama vvip. Fuhh, sape laa yang selamatkan dia tadi dan sape laa yang tempatkan dia di sini. Akan ku berterima lasih seumur hidupku..

"Cik? Cik okay ke?" Tanya nurse itu lagi sambil malayangkan tangannya ke hadapan muka Aira yang mengelamum itu..

"Aahh ye saye, saya Aira. Kenapa saya ada kat sini ye? Sape yang tolong saya tadi? Macam mana keadaan saya?" Tanya Aira bertalu-talu.

"Woo woo sabar ye Cik Aira saya jawab satu-satu ye", ujar nurse itu sambil tersenyum. Aira diam tersipu malu.

"Hmm, macam ni Cik Aira tadi pengsan kat dalam lift. Lift vvip pulak tu, saya tak tahu macam mana tu then Professor Eric yang bawak Cik Aira ke sini. Pasal sakit Cik Aira tu tak laa serius sangat disebabkan Cik Aira skip makan dan cik gastrik. Selebihnya doktor akan terangkan. Saya tak pasti pulak sama ada cik ni bawah Prof. Eric sendiri ataupun doktor lain", terangguk-angguk Aira mendengar penjelasan panjang lebar daripada nurse kecil molek itu.

"Dan sebelum saya keluar, ni makanan Cik Aira dan ni ubat cik perlu telan supaya cepat sembuh ye. Ini pulak barang-barang peribadi milik Cik Aira, saya letak atas meja ni ya supaya cik senang nak capai", setelah menghabiskan ayatnya nurse itu meminta diri untuk keluar sambil berpesan sekiranya Aira memerlukan bantuannya hanya perlu tekan butang di penjuru katilnya. Sempat juga Aira mengucapkan terima kasih kepada nurse yang bernama 'Sakinah' di tagnya.

Sambil mengunyah makan miliknya Aira berfikir siapakah yang membantunya tadi... Hmm 'Professor Eric? Sape tu? Aishh macam mana la pening sangat aku tadi sampai boleh masuk lift vvip? Habiskan laa malu aku, jatuh berkecai laa maruan dengan karisma aku nii.. Hadoiiiiii, tidakkkkk'

Uhukk uhukkkk

Cepat-cepat Aira mencapai minuman di hadapannya. Itu la akibat bila berangan sambil makan. Setelah menelan ubat seperti yang diarahkan oleh nurse tadi Aira membaringkan tubuhnya yang kepenatan. Ishh nasib laa aq bendera merah, tak pasal-pasal kena mereput kat sini.. Mujurlahh kerje aku untuk 2 3 hari ini dah settle. Tapiiiii....

Aira terus bangun dari pembaringannya setelah terfikirkan sesuatu. Ya, keluqrganya ! Mesti ibunya risaukan dia kerana dia belum menghubungi ibunya untuk harini. Ye, ibunya, Puan Hasnah tinggal di kampung bersama ayahnya, Pak Samad. Puan Hasnah bekerja sebagai pembuat kuih dan suaminya tukang kebun di sebuah sekolah.

Aira pula anak tunggal satu-satunya harapan keluarganya. Dia berat hati semasa mula-mula ingin berjauhan melanjutkan pelajarannya namun setelah dipujuk oleh Puan Hasnah dia bersetuju dan Alhamdulillah kini dia telah memberikan segala kesenangan kepada orang tuanya dan mereka tidak perlu lagi bekerja seperti dahulu tetapi setelah Aira memperbaiki rumahnya dia turut menyediakan halam di belakang rumahnya sebagai medium untuk berkebun. Tak lah bosan sangat orang tuanya itu.

"Assalamualaikum ibu, ape khabar? Sihat?" Talian bersambung pantas menunjukkan  Puan Hasnah memang menunggu panggilan dari Aira. Mana taknya, ni dah jam 10 malam dah berbelas-belas panggilan dah dari Puan Hasnah. Hahahaaa

"Waalaikumussalam anak ibu, ibu dengan ayah Alhamdulillah sihat walafiat je. Yang Aira ni kenapa baru ca ibu? Dah la ibu call tak dijawabnya. Risau ibu nak", tutur Puan Hasnah lembut. Ya, itulaa gaya.ibunya mendidik tidak pernah sesekali meninggikam suara.

"Maaf ibu, Aira sibuk sangat harini banyak kes tadi balik kerja lepas bersihkan diri Aira terus terlelap tak sempat nak call ibu. Nasib baik cuti buu, hahaha. Maafkan Aira ye buat ibu dengan ayah risau", jelas Aira lembut.

"Ye ke, takpelah nak ibu dengan ayah faham. Aira sesibuk macam mana pon jangan lupa makan tau, ibu tak nak anak ibu sakit. Aira kan ada gastrik", kata-kata ibu membuatkan air mataku hampir menitis. Ye, aku kalau sakit sikit je memang manja sangat.

"Ye bu, Aira tahu. Ibu dengan ayah jangan la risau", jawab Aira. Dia tak sanggup nak merisaukan hati orang tuanya. Biarlah dia sakit ataupum susah keseorangan.

"Yelah, ni ayah nak cakap ni", setelah itu telefon beralih tangan.

"Anak ayah buat ape tu? Sihat ke? Ayah rindu dengan baby girl sorang ni" Setelah suara itu sampai ke telingaku air mataku perlahan-lahan gugur. Aku rindu akan ibu dan ayah.

"Ye ayah, Aira sihat je. Aira lagi laa rindu ibu dengan ayah sangat-sangat", jawab Aira menahan sendunya.

"Alhamdulillah nak macam tu. Kuat ye sayang, ayah tahu anak ayah kuat sorang-sorang kat tempat orang. Dah berjaya pon baby kecik tomel² ayah ni. Ayah nak pesan ni nak, jaga diri tau. Ingat ALLAH sentiasa, jangan sombong, jujur dengan diri sendiri. Jangan sesekali lupakan ALLAH tak kira lah kita dalam susah ke senang ye nak. Sebab sebenarnya anak ayah ni tak keseorangan ALLAH ada tau nak. Ayah percayakan anak ayah sorang ni tau",  Aira menekup mulutnya supaya tangisannya tidak terhambur. Dia perlu tunjukkan kepada ayahnnya bahawa Aira seorang anak yang kuat !

"Ye ayah, INSHAA ALLAH Aira akan sentiasa ingat kata-kata ayah ye. Ayah, Aira mintak diri dulu, ada call masuk ni. Ayah dengan ibu jaga diri ye, ape-ape bagitahu Aira", Aira tidak betah lagi, setelah memberi salam dia mematikan talian.

Tanpa bertangguh dia menghamburkan tangisan rindunya semahu-mahunya. Dia sempat mengeluarkan senaskhah Al-Quran tagging miliknya dari beg kerja yang sentiasa dibawanya. Ya, itulah pemberian ayahnya semasa hari pertama dia melanglah ke universiti. Itulah panduan hidup buat semua umat manusia supaya tidam tersesat. Lama kelamaan Aira tertidur  sambil memeluk Al-Quran pemberian ayahnya.

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now