'Huarghhhh ngantuknya, harini weekend. Dah seminggu jadi tunangan orang batang hidung tunang sendiri pon aku tak kenal. Hmm, nak pegi mana ek?'
"Hello, hoiii minah anak dara ape ni baru bangun !!" Aira menjauhkan telefon bimbitnya setelah mendengar jerkahan dari sahabat baiknya Bella.
"Jangan laa jerit macam tu, aku tak pekak lagi laa wehh.. Ni aku tidur balik lepas subuh tadi penat laa, pehal ni call aku pagi buta", haishh pompuan ni nak kena ape ke paginya kul 11 ni.
" Heyy gile, pagi buta apenya dah jam 11 ni. Kau bangun sekarang ikut aku keluar. Jam 12 aq depan blok kau !" Selepas menamatkan bicaranya Bella mematikan taluan membiarkan Aira terpinga-pinga.
Perlahan-lahan Aira bangkit dan menuju ke tandas. Hishh tak suke laa orang ganggu weekend aku ni bukan suka sangat keluar bersesak kat jalan raya tu. Baik tidur lagi best. Gumamnya.
Bella baru sahaja pulang semalam dari Queensland dan dia dijemput oleh keluarganya. Aira sudah menawarkan diri untuk menjemput Bella namun ditolaknya atas alasan dia sampai lewat malam dan risau akan keselamatan Aira. Yelah tu Bella oiiiii...
"Amboii lawa cincin? Mahal tu", usik Bella setelah Aira membolos masuk ke keretanya. Ya, Bella adalah tempat Aira meluah rase, banyak dia terhutang budi dengan Bella meskipun dari keluarga jutawan namun Bella tidak pernah sombong.
"Ye la. Lawa tu lawa tu cincin tapi tuannya batang hidung pon belum tentu lawa lagi", tutur Aira dengan satu keluhan. Ye, dia pun nak juga tahu henswm ke tunangnya. Ibu dengan ayah kata hensem. Tapi tu kata mereka la.
" Ish kau ni jangan celupar sangat mulut tu eh", marah Bella ngade. Haha.. "Anyway kau ada istikharah ke belum pasal hubungan korang ni?" Pertanyaan Bella itu membuatkan Aira terharu. Ya, itulah fungsi S.A.H.A.B.A.T adalah saling mengingati.
"Woi pompuan !! Berangan pulak kau", dan itulahh Bella tak habis-habis masuk air.
"Ye ada Bella sayangku oiii.. Hampir tiap malam aku istikharah selepas aku tahu yang aku ni bakal bertunang.
"So?? You've got it?" Tanya Bella sambil matanya fokus mengendalikan Mazda CX3 miliknya yang dihadiahkan oleh ayahnya.
"Hmm.. Macam mana ea, susah la nak cakap, dapat tu dapat tapi kan macam muka dia tu aku tak jelas sangat just can see yang laki tu kulit putih, tall macam tu je", terang Aira sambil memandang sahabatnya yang sedang memandu itu.
"It's okay Yaya ucuk ucukkkk... Keep praying, solat hajat, doa supaya jodoh kau tu orang baik-baik. Aku yakin laki tu baik sebab kau pun baik. Ye lah dalam Al-Quran pon ada menyatakan yang lelaki baik itu hanya untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik", ujar Bella kemudian memarkirkan keretanya .
"Kau rase aku ni baik ke Bella?" Pertanyaan Aira itu sedikit menaikkan amarah Bella.
"Bella, see kau baik la. Kalau tak macam mana kau buat aku macam ni?" Ujar Bella. Ya betul, Bella dahulunya tidak bertudung dan sedikit seksi. Namun setelah mengenali Aira di fakulti undang-undang universiti dia lebih dekat dengan agama. Sebelum ini dia juga ingin berhijrah kerana mamanya juga seorang wanita bertudung tetapi dia segan untuk bertanya. Dengan kehadiran Aira akhirnya membawanya mendekati agama yang lurus ini.
Aira memeluk Bella dan mencium kedua-dua belah pipi sahabtnya itu. Ya, hanya Bella yang tahu kejerihan Aira untuk berjaya. Hanya Bella satu-satunya yang sentiasa berada di sisi Aira untuk menjadi tulang belakangnya sepanjang dia berada di tempat orang itu.
"Dah lah, nak berpeluk kat sini sampai kesudahnya laa kita tak turun Cik Yaya oiii", hanya Bella sahaja yang memanggilnya dengan gelaran itu. Mereka beriringan turun memasuki pusat beli-belah One Utama itu.
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang wanita bernama Aira Fateema dan bekerjaya sebagai seorang pengamal undang-undang di sebuah mahkamah di ibu kota. Beliau merupakan seorang yang sangat komited terhadap pelajaran begitu juga dengan kerjayanya. Se...