Aira telah tiba di kampungnya tepat jam 12 tengah hari kerana jalan agak sesak hujung minggu begini. Kepulangannya disambut dengan meriah oleh ibu dan ayahnya. Merka makan tengah hari bersama-sama dan solat zuhur berjemaah. Kemudian Aira turun ke halaman rumahnya dan duduk di pangkin bawah pokok mengahdap sawah padi yang terbentang luas. Itulah port kegemarannya sejak rumah dan halaman itu diubah suai lagu. Haihh, rindunya suasana kampung ni. Tenang je.
Tiba-tiba mindanya dipenuhi dengan wajah doktor Eric Zaheem, entah mengapa dia merasakan setiap pertemuannya dengan jejaka itu seperti telah ditakdirkan. Adakah ini dinamakan cinta? Oh no! Jangan berangan Aira kau bukan taraf perempuan idaman doktor kacak jutawan tu. Pantas hati kecilnya mengingatkan kedudukan Aira.
"Aira, ape yang dimenungkan tu?" Tanya ayah Aira sambil melabubkan punggungnya di pangkin sebelah anak gadis kesayangannya itu. Kemudia dilihatnya ibunya mentang dulang berisi minumam dan kuih.
"Eh ibu, kenapa tak panggil Aira tolong? Susahkan ibu je la", persoalan ayahnya hanya dibalas gelengan.
"Takde ape lahh nak. Ibu siapkan untuk anak ibu sorang ni je, tak susah pun",
"Aikk anak ibu je? Ayah takde?", Kata-kata ayah itu membuatkan kami ketawa. Ya begitu lah ayah dan ibu. Mereka sentiasa sweet walaupun berusia. Ya Allah, kurniakanlahh aku lelaki seperti ayah.
"Ade lah abang, takkan laa nah nak lupa suami kesayangan nah ni", tutur ibu sambil tersenyum. Kami minum sambil berborak.
"Ayah, ibu ape yang nak dibincangkan tu?" Tanya Aira yang tidak sabar. Ibunya hanya tersenyum memandang ke arah ayahnya dan ayahnya memulakan bicara.
"Macam ni Aira, ayah nak tanya kamu dah ada kawan lelaki istimewa?" Soalan ayah itu membuatkan aku tersedak. Lantas ibu mengusap belakangku sementara ayah menggeleng.
"Takde ayah. Mana lahh Aira suka nak ada kawan istimewa ape ni. Kenapa ayah tetiba tanya soalan tu?"
"Macam la nak, senag ayah cakap. Ayah dah tua nak, ibu kamu pon. Kami mungkin dah tak lama nak jaga dan tengokkan kamu kat sini. Ayah harap sangat sebelum kami tutup mata, kami nak tengok satu-satunya anak gadis kesayangan kami ni bahagia dengan lelaki yang boleh gantikan tempat ayah", kata-kata ayahnya itu membuatkan air mata Aira mengalir laju pantas dia memeluk tubuh tua itu.
"Tak ayah tak ! Takde lelaki yang mampu jaga Aira macam ayah dan ibu. Ayah jangan la cakap macam ni, ayah ngan ibu nak pegi mana? Tak sayang Aira ke?" Ujar Aira yang tersesak-esak di pelukan ayahnya sambil si ibu mengusap belakang anak gadisnya itu.
"Nak, ajal, maut, jodoh semua tu di tangan ALLAH. Kita tak boleh nak mempertikaikannya. Ayah yakin jejaka hensem ni mampu jaga Aira seperti ayah dan ibu nak", Aira merenggangkan pelukannya sambil mengelap air matanya.
"Ape maksud ayah ni?"
"Macam ni nak ayah berkenan sangat dengan seorang jejaka ni, dia bekerja sebagai doktor dan dialah ya g merawat ayah masa ayah kemalangan dulu. Dia baik sangat ayah berkenan. Kamu ingat tak?"
Aira mengerutkan dahinya sambil menggeleng. Ayah dan ibunya tersenyum.
"Takpelah nanti kamu kenal lah tu. Tiga hari lepas dia ada hantar rombongan untuk meminang kamu nak", sekali lagi Aira bagaikan terkena current high voltan. Terkejut dia dengan perkhabaran itu.
"Ibu dengan ayah setuju?"
"Ayah dengan ibu kamu ni setuju je nak. Sebab kami dah kenal hati budi jejaka tu. Tapi ape pun keputusannya terserah kat kamu lah nak",
"Macam mana kalau Aira tak setuju?" Aira hanya menduga. Jelas riak kecewa terpapar di wajah tua ibu dan ayahnya.
"Macam ni la ibu, ayah bagi Aira ape yang terbaik ibu dan ayah fikirkan untuk Aira itulah yang terbaik juga Aira terima. Janji ibu dengan ayah sentiasa ada dengan Aira ye", tutur Aira itu jelas membuatkan wajah milik Pak Samad dan Puan Hasnah berseri-seri.
Yalah, ibu dan ayahnya telah banyak berkorban untuk dirinya. Biarlah kali ini dia pulak. Kahwin? Bukan perkara main-main. Namun, dia yakin dengan pilihan orang tuanya. Orang tua mana yang ingin lihat anak dia menderita? Semua inginkan yang terbaik untuk anak mereka !!
Setelah tiga hari berada di kampung, harini tibalah masanya Aira untuk berangkat pulang ke ibu kota kerana tanggungjawabnya masih banyak di sana. Selepas membuat keputusan hidupnya, keesokan harinya juga keluarga milik si lelaki itu datang melangsungkan majlis pertunangan mereka secara tertutup. Yang hairannya hanya diwakilkan sahaja, ibu dan ayah si lelaki katanya berada di luar negara namun mereka sudah sedia maklum. Malaslah nak fikir.
Semasa menempuhi jalan kampungnya Aira sempat singgah di sebuah kedai untuk membeli sedikit barangan dan buah tangan. Yelah, sahabat baiknya iaitu Bella akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ni. Aihhh rindunya aku dekat kau Bella. Mesti kau suka kan aku beli something kegemaran kau.
"Hai, awak Aira kan?" Tiba-tiba jejaka di kaunter pembelian itu menegurnya.
"Ye saya. Maaf, siapa awak?"
"Iraa awak tak kenal saya ke? Saya Farhan, kita sekelas masa form 3 dulu", terang jejaka itu.
"Wait wait... Ohhh, haaa Farhan Anaqi. Ingat la ingat, saya ingat awak lagi", Aira sedikit teruja apabila bertemu rakan satu sekolahnya dahulu. "Eh awak ape khabar? Macam mana life awak sekarang?" Tanya Aira straight, almaklum laa peguam kan. Mana pandai berbasa-basi ni.
"Alhamdulillah saya macam ni la Aira. Jaga kedai milik ayah saya ni. Ye laa ayah saya sakit, mak pulak jaga ayah. Adik saya 2 orang lagi nak sekolah", sayu kedengaran suara Farhan.
"Oh maaf Farhan, saya tak tahu",
"Tak pe. No hal laa. Awak pulak? Mesti best kan jadi peguam tersohor pulak tu",
"Alhamdulillah macam ni la Han, takde maknanya tersohor. Stress ada la", kedua-dua mereka tergelak.
"Eh saya minta diri dulu la ye, saya nak balik KL ni esok dah masuk court",
"Laa ye ke? Dah habis beli barang ke?"
"Dah Farhan, saya minta diri dulu. Assalamualaikum".
Aira berlalu pergi menjinjit plastik pada kedua-dua belah tangannya. Dia berasa kurang selesa dengan pandangan Farhan itu. Bukan persan tapi lain macam. Aira meneruskan pemanduannya dengan tenang.
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceKisah ini menceritakan tentang seorang wanita bernama Aira Fateema dan bekerjaya sebagai seorang pengamal undang-undang di sebuah mahkamah di ibu kota. Beliau merupakan seorang yang sangat komited terhadap pelajaran begitu juga dengan kerjayanya. Se...