04 : accident

142 41 2
                                    

Changmin rasa mahu menangis, tetapi ditahan, tak jauh di belakangnya, Yojung masih bergelut, minta Seon melepaskannya.

"Changmin—"

Yojung menghela nafas, "Ada apa tu?" langkahnya dilajukan apabila terlihat orang ramai berkumpul di tengah jalan, seolah-olah ada kemalangan. "A-ada apa jadi?" soal Yojung.

"Ada lelaki dilanggar kereta tadi." Yojung terdiam, Changminlah satu-satunya yang dilihat lalu di jalan ni, siapa lagi kalau bukan dia? Yojung terus berlari ke kerumunan orang ramai itu, tetapi tidak terlihat sesiapa pun yang cedera. Pemandu kereta itu menggaru kepalanya, "Memang ada yang dilanggar, tetapi... Orangnya lari."

Changmin berjalan dengan lemah, kakinya betul-betu sakit ketika itu, lengan kirinya luka terseret jalan. Dia memang dilanggar kereta, tetapi dia masih berdaya melarikan diri. Hujan mula turun membasahi bumi. Changmin berhenti seketika di hadapan kedai serbaneka.

Menangis, ditemani hujan deras, darah yang keluar dari lengan dan kakinya turun lalu dibawa air hujan. Dia mahu keseorangan, hatinya sakit melihat Yojung dengan orang lain. Dia letih, tetapi dia masih mahukan Yojung.

"Changmin.. Saya jumpa awak,"

"Kenapa awak di sini?"

"Kenapa awak lari daripada saya.."

Hujan semakin lebat, Changmin mengangkat kepalanya, memabdang Yojung yang mendekati, menunduk dan turut menangis memandang Changmin.

"Saya tak boleh tengok awak sakit, Changmin."

"Saya minta maaf sebab awak terpaksa lihat dia."

"Saya janji dia bukan sesiapa, saya cuma sayangkan awak."

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now