05 : with you

130 38 6
                                    

Changmin membuka matanya, dia dimasukkan ke hospital bukan kerana kecederaan yang dihadapi, tetapi suhu badannya meningkat naik kerana di tengah hujan semalam. Luka di tangan dan kakinya sudah dibersihkan, kini dia berada di wad, ditemani Yojung di sampingnya.

"Yojung,"

Gadis itu pantas mengangkat kepalanya, memandang Changmin yang baru sedar. "Saya nak balik," Changmin mengalihkan selimut daripada menutup tubuhnya, sebelum lengannya dicapai Yojung, "Awak balum sihat lagi, Changmin. Tolong jangan buat begini." balas Yojung.

"Awak salah faham tentang semalam."

Changmin yang menunduk mengangkat perlahan kepalanya, memandang Yojung. "Dia, bukan sesiapa. Awak dengar kan apa yang saya beritahu, semalam?"

"HYUNG! CHANGMIN MASIH BELUM ANGKAT TELEFON,"

Younghoon meraup kepalanya, "Mampus," ucapnya perlahan. Gara-gara dia yang meminta Changmin keluar daerah semata-mata untuk memberikan bunga mawar kepada Yojung, dan tindakan itu benar-benar bodoh sekali. "Hyung.. Hyung tahu kenapa sampai sekarang Changmin masih belum balik?"

"Ah aku—"

Telefon Younghoon berbunyi tanda panggilan masuk, tetapi panggilan itu daripada nombor yang tidak dikenali. "H-hello?"

"Hello? Changmin baik-baik saja di sini, ada luka, jadi dia dibawa ke hosp—"

"Kat mana? Alamat hospital? Nombor wad? Luka apa? Serius tak?"

"Err.."

"YAH JI CHANGMIN!"

Changmin memberhentikan gerakannya, berpaling ke arah pintu. Wad yang dikongsi dengan pesakit lebih tua daripadanya itu semua tertumpu ke arah Younghoon dan Chanhee yang baru masuk, "Maaf, maaf," Chanhee dan Younghoon menunduk memohon maaf kerana telah mengganggu keamanan pesakit di wad itu. 

"Kau buat apa sampai cedera, hah?" soal Chanhee, masih berdaya memukul lengan Changmin yang berbalut itu, "Sakitlah!" Changmin menjauhi lengannya daripada Chanhee, "Kau pun, macam mana boleh sampai sini?" soal Chanhee lagi. Pintu wad terbuka, menampakkan Yojung yang baru masuk, "Ah, maaf."

Changmin, Chanhee dan Younghoon memandang ke arah Yojung. "Aku datang sini.. Sebab dia,"

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now