10 ; be strong

120 34 0
                                    

"Y-Yojung.. Bangunlah."

Changmin mengetap bibirnya, menangis bersendirian di samping katil Yojung yang masih belum menyedarkan diri. Selepas dibawa ke unit rawatan rapi beberapa jam lepas, doktor mengesahkan yang Yojung kurang rehat dan tekanan melampau.

Changmin meraup wajahnya, kesal. Dia menyesal meninggalkan Yojung walaupun hatinya keberatan, sekarang dua-dua dah dapat akibatnya. Tangan Yojung digenggam lembut, "Bangun, Yojung. Saya janji untuk ada dengan awak, jadi jangan tinggalkan saya dulu."

Seon melihat keadaan Yojung dan Changmin dari luar, dia baru sahaja menelefon bapa Yojung untuk memaklumkan keadaan gadis itu. "Noona bangun cepat ya? Changmin hyung tunggu noona." keluhnya. Dia tahu rahsia yang disimpan Yojung selama ini. Yojung seorang gadis yang kuat.

"Noona. Seon minta maaf. Kalau Seon tak ada, hubungan noona dan Changmin hyung mesti baik-baik saja, kan?" ucap Seon di hadapan pintu bilik itu. "Noona.. Kuat untuk Changmin hyung, ya? Seon harapkan yang terbaik untuk noona."

Seon membuka langkahnya, menjauhi wad Yojung sebelum langkahnya terhenti apabila pintu itu terbuka. "Tunggu," lelaki itu berpaling, melihat Changmin memandangnya. "Kau, Seon?" lelaki itu mengangguk, "Hyung—"

Changmin menarik tubuh Seon ke dalam pelukan, membuatkan lelaki lebih muda itu tersentak. "Terima kasih," ucap Changmin, mengalirkan air matanya. "H-hyung—" Seon masih statik, perlahan-lahan mengusap belakang tubuh Changmin. 

"Terima kasih sebab jagakan Yojung." ucap Changmin. "S-saya.. Tak patut ada, kan hyung?" soal Seon, meleraikan pelukan. "Kenapa pula?" Seon mengetap bibir, "Seon tak patut suka pada Yojung noona. Hyung, jaga noona baik-baik ya? Seon tak boleh tengok noona sakit lagi."

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now