13 : wake up

120 34 0
                                    

"Keadaan Yojung stabil. Jantungnya gagal berfungsi semasa pembedahan, nasibnya baik apabila kami menemui penderma jantung yang sesuai."

Changmin terunduk lemah sebaik sahaja dikhabarkan keadaan Yojung sebegitu. "S-Seon, betul-betul—" Encik Ham menepuk perlahan belakang tubuh Changmin. Dua lelaki itu didekati seorang wanita separuh abad, atau ibu Yojung. 

"Seon—"

Changmin mengetap bibir, menahan air mata, "Seon betul-betul—"

Pintu bilik pembedahan dibuka, memperlihatkan dua katil diusung keluar, Changmin bangun, menerpa ke arah katil Seon. "D-doktor, d-dia masih hidup?" jururawat dan doktor mengganti pandangan. Changmin yang seolah-olah memahami pandangan tersebut membungkam, Seon tak dapat diselamatkan, malah organnya didermakan memandangkan kad penderma organ miliknya ditemui di dalam dompetnya.

"Seon dah buat yang terbaik buat Yojung." ucap ibu Yojung. Encik Ham menghela nafas, "Changmin, bersabar ya? Kita sama-sama tunggu Yojung bangun nanti." Changmin masih menunduk, memandang lantai, tidak berani bertentang mata dengan ibu teman wanitanya (atau lebih tepat bekas teman wanitanya).

Lutut Changmin bertemu lantai, kepala masih tertunduk, "Eomeonim. S-saya minta maaf atas kehilangan Seon. S-saya yang bersalah sebab letak Yojung dalam situasi yang berat." ucap Changmin. Wanita separuh abad itu membantu Changmin bangun semula. "Kamu tak bersalah sebab sayangkan anak saya. Seon juga sayangkan Yojung. Dia mahu kekal berbakti pada Yojung walaupun dia sudah mati. Kamu bersemangatlah, bila Yojung bangun nanti, jumpa dia."

Changmin berusaha menahan air matanya, tubuhnya dipeluk oleh ibu Yojung. "Anak saya betul-betul sayangkan kamu, janganlah sia-siakan dia ya?"

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now