06 : would us?

125 39 3
                                    

"Hyung bawa duit?" soal Changmin. Younghoon mengeluarkan dompetnya, masih ada beberapa keping wang kertas di dalamnya. "Tolong bayar kos rawatan dulu, dah sampai rumah, Changm—"

"Tak perlu Changmin. Saya dah bayar."

Changmin dan Younghoon berpaling ke arah Yojung. "Okay, terima kasih." Changmin mengambil begnya, berjalan keluar wad. "Saya nak cakap dengan awak, sebelum balik." Younghoon dan Chanhee memandang ke arah satu sama lain, mereka bakal berpisah ke?

Mereka bertiga kini di dalam perjalanan pulang ke bandar Seoul, dipandu oleh Yojung. Suasana di dalam kereta tegang sahaja, semua tak berani bersuara lebih-lebih lagi Younghoon dan Chanhee. Selepas dua jam perjalanan, kereta yang dipandu Yojung tiba di kawasan parkir kawasan perumahan Changmin.

"Dah sampai."

Melihat cermin pandang belakang, Yojung menyedari Younghoon dan Chanhee masih tidur, Changmin pula masih tidak bersuara, memandang ke arah luar tingkap. "Changmin—"

"Saya rindu awak, Yojung."

Yojung melepaskan genggamannya pada stereng kereta, memandang Changmin dengan mata berkaca. "Tapi saya tahu, tak mungkin untuk saya berjumpa dengan awak. Ibu bapa awak nak awak jadi orang yang berjaya," Yojung mengetap bibir, ibunya betul-betul menghalang Changmin berhubung dengannya dengan kehadiran Seon.

"Saya minta maaf sebab kembali, semua kerana saya rindu awak." beritahu Changmin. Yojung masih tidak bersuara, mendengar bait-bait perkataan Changmin. "Saya tak minta awak pergi jah daripada saya, Changmin."

"Saya dapat bertahan sampai sekarang sebab awak, awak bantu saya untuk jadi kuat." luah Yojung. "Ham Yojung," panggil Changmin, "Saya rasa kita patut berpisah—"

"Saya harap ini kali terakhir kita bertemu, maaf." ucap Changmin, menolak pintu kereta Yojung dan keluar lalu mengejut Chanhee dan Younghoon. Melihat Changmin menjauhi meluluhkan hatinya, dia masih sayangkan lelaki itu.

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now