08 : back to you

125 36 0
                                    

"Yojung, ni penyata bank untuk bulan ni,"

Yojung yang lesu itu mengambil fail tersebut sebelum dibawa ke mejanya. Dia begitu letih kerana tidak cukup tidur, teringatkan Changmin. Sejak kebelakangan ni pun, memang dia selalu jatuh sakit. Demam, batuk dan selesema itu sudah biasa, malah ia berlarutan sehingga hampir sebulan.

"Yojung, kalau awak tak sihat, awak pulanglah." beritahu pekerja seniornya. "Dah sebulan saya tengok awak macam ni, tak elok." sambungnya. Yojung menghela nafas, "Maaf sunbae, saya pulang dulu. Sampaikan maaf saya pada yang lain juga."

Yojung keluar, berjalan ke parkir keretanya, dia tidaklah begitu letih sebenarnya, tetapi mukanya memang terlihat lesu. Dia tidak segera pulang ke rumah tetapi dia membawa diri ke bandar.

Pintu bilik latihan itu dibuka, Yojung melangkah masuk dengan perlahan. Bajunya sudah ditukar menjadi t-shirt polos dan tracksuit. Dia memandang ke arah cermin, wajahnya memang kelihatan seperti panda. Telefonnya dikeluarkan dari poket.

"One two three and four—"

"Five six, seven and eight."

Yojung masih mengingati pergerakan yang diajar Changmin kepadanya, tetapi tarian itu tidak lengkap kerana Changmin tiada bersamanya. Tarian itu diajarkan untuk pasangan dan tiada sesiapa pun tahu gerakan tersebut selain dirinya dan Changmin. "Changmin."

"Saya rindu awak."

"Surat letak jawatan?"

"Ya, Yojung nak letak jawatan."

"Kamu ni kenapa Yojung? Gilakan betul Changmin tu?" Yojung menanggalkan kaca matanya, "Eomma, Yojung penatlah. Semua eomma aturkan. Lebih baik eomma sahaja di tempat Yojung!"

Ibunya menghela nafas panjang, "Yojung minta maaf eomma, tapi Yojung tak dapat teruskan lagi. Yojung nak tinggal dengan appa. Benarkan Yojung, eomma."

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now