02 : choreography

156 45 0
                                    

Changmin mengambil tangan Yojung, gadis itu mendekatinya. Mereka berdua berdiri di hadapan cermin, "Awak dah sedia untuk esok?" soal Changmin. Yojung tersenyum kecil, mengangguk. Esok dia ada temuduga untuk pekerjaannya sebagai pegawai akauntan.

Changmin mengeluarkan telefonnya daripada poket, beberapa ketika sebuah lagu dimainkan, didengari Yojung. Liriknya sedih, seolah-olah bukan Changmin yang dia kenal. "Kenapa awak minta saya dengar lagu ni?" soal Yojung. "Saya dengar pun dah macam lagu perpisahan,"

Changmin tersenyum nipis, i go back to you. "Yojung, kalau awak dah berjaya nanti jangan lupakan saya," Yojung mengerutkan dahinya, "Kenapa awak cakap macam tu, Changmin?" soal Yojung, dahinya berkerut. Changmin menghela nafas, "Yojung. Saya tahu saya bukan lelaki yang terbaik untu awak. Saya—"

Yojung mematikan kata-kata Changmin dengan menariknya ke dalam pelukan. "Changmin, awak jangan tinggalkan saya sebab saya pilih kerjaya pilihan saya," Changmin mendiamkan diri, pelukan dileraikan perlahan-lahan. "Saya tak buat macam tu, Yojung." beritahu Changmin, Yojung mengetap bibir, "okay, Changmin. Hari ni saya ikut awak menari, okay?"

Changmin tersenyum lebar, "Betul?" Gadis itu mengangguk.

Changmin memandang ke arah pantulan pada cermin. Genap dua tahun Yojung tinggalkannya demi kerjaya di pejabat namun Changmin tidak kecewa. Dia cuma rindukan gadis itu.

Yojung tidak berhubung dengannya lagi. Mungkin terlalu sibuk. Itu sahaja yang ada dalam fikiran Changmin. Dia cuba berfikiran positif terhadap kekasihnya. Studio tarian itu digelapkan sebelum dia berjalan keluar.

Helaan nafas dilepaskan, Changmin memandang ke arah padang yang luas, menempatkan beberapa pasangan sedang meluangkan masa bersama di situ. Hari tersebut merupakan hari mawar, pasangan lelaki selalunya akan bagi bunga mawar kepada si gadis, tetapi ada juga sebaliknya.

"Changmin-ah!"

Dance for Two ; Ji ChangminWhere stories live. Discover now