Part 5 : ARTIFICIAL INTELLIGENCE

42 7 12
                                    

Mata Fared terbeliak. Banyak komponen-komponen, alatan-alatan, robot-robot yang tidak pernah dilihat oleh Fared. Terdapat suatu teknologi yang berbentuk seperti otak dan terdapat wayar-wayar padanya dan juga wayar-wayar tersebut bersambung pada pelbagai komputer canggih serta supercomputer. Fared memegang kepalanya. Terkejut. Sungguh terkejut. Fared ambil salah satu kerusi dan duduk pada kerusi tersebut. Fared segera membuka telefon pintarnya. Dia ingin memeriksa kamera CCTV namun tiada talian atau sambungan wi-fi melainkan wi-fi untuk tingkat di mana Fared berada. Fared membuka almari besi satu persatu. Terjumpa beberapa blueprints lalu Fared membacanya. Fail diambil dan dibuka satu persatu. Kesemua bahan kajian makmal robotik syarikat itu Fared membacanya dengan laju sekali.



Fared menghidupkan salah satu komputer yang ada di dalam makmal tersebut. Pemacu kilat dicucuk pada dekstop komputer yang Fared telah hidupkan. Kata laluan berjaya dilangkaukan. Fared mencari fail-fail yang penting. Blueprints digital telah dijumpai namun semua fail berkunci. Fared install salah satu perisian yang ada dari pemacu kilat hitamnya menggunakan komputer itu. Fail berjaya digodam oleh Fared. Fared membaca blueprints yang ada di dalam fail. Maklumat lengkap mengenai Artificial Intelligence. Siap tertulis dan memaparkan building maps. Sangat membantu Fared. Fared mengambil komputer riba dari troli lalu menyambungkan wayar pada supercomputer. Sambungan tidak berjaya. Kesemua perisian menggodam diaktifkan. Kesemua perisian gagal menggodam supercomputer tersebut.



Fared terkejut dan mula risau. Fared mendapat akal lalu terus mencucuk hard disk pada komputer makmal tersebut. Kesemua perisian diinstall oleh Fared. Fared menggodam komputer makmal tersebut lalu berjaya memasuki supercomputer.


Supercomputer tidak membenarkan sebarang gajet menyambung kepada supercomputer tersebut melainkan melalui komputer makmal tersebut yang sedia ada. Fared cuba mengaktifkan sambungan supercomputer dengan internet. Sambungan berjaya. Fared cuba menggodam supercomputer agar supercomputer sentiasa bersambungan dengan komputer peribadi Fared yang berada di rumah untuk mendapatkan maklumat pada setiap masa. Godaman berjaya.



Fared menyelam supercomputer itu melalui komputer makmal tersebut. Supercomputer tersebut bersambungan dengan robot-robot yang ada di dalam makmal. Fared melangkau kata laluan lalu menguasai robot-robot tersebut. Robot-robot tersebut tidak aktif namun sistem mindanya aktif di dalam supercomputer. Fared duduk diam dan tenang. Fared bangun lalu pergi komputer yang bersambungan dengan mesin seakan seperti otak manusia namun dalam bentuk besi dan berwayar.



Komputer dihidupkan. Fared mencucuk pemacu kilat berwarna hitam. Hard disk disambungkan menggunakan wayar. Kesemua maklumat yang ada di dalam komputer itu disalin dan dipindahkan ke dalam Hard Disk Fared. Fared menyambungkan komputer itu dengan wi-fi makmal itu. Terpapar amaran pada skrin. Tertulis amaran bahawa internet memberi kesan kepada Artificial Intelligence dan berkemungkinan akan rosak akibat dijangkiti virus komputer.



Fared menyambungkan supercomputer tersebut dengan internet. Secara automatik, pelbagai perisian keselamatan diaktifkan. Terpapar pada skrin Monitor menunjukkan tertulis 'MOD MENYELAM'. Fared memasuki server yang dibina sendiri. 'Mod pembersihan' terpapar pada skrin. Fared memasukkan kata laluan dan email. Sambungan berjaya. Langkah terakhir, Fared menyalin kesemua maklumat yang ada lalu dipindahkan ke dalam server milik Fared. Maklumat disimpan dalam server atau erti kata lain 'cloud' memudahkan Fared menyimpan maklumat tanpa menggunakan Hard Disk. Fared berehat seketika dna melihat telefon pintar miliknya. Dia tersenyum kecil.






Setelah mengendalikan supercomputer, Fared menangkap gambar makmal tersebut. Blueprints, hasil kajian, robot-robot dan fail-fail yang terdapat dalam almari dan di atas meja kerja makmal tersebut ditangkap gambar oleh Fared menggunakan telefon pintarnya. Fared mematikan komputer tersebut dan seterusnya memasuki elevator dan menekan butang elevator yang menunjukkan naik ke atas. Sekali lagi, telefon pintar diperiksa oleh Fared. Rakaman lama kamera CCTV dimainkan. Tiada apa apa kata laluan yang diperlukan untuk pergi ke tingkat 22. Tingkat 23 memerlukan kata laluan. Namun tingkat 23 berlainan dengan tingkat yang lain.

RED STEELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang