Segalanya cerah, badan berasa tersangatlah lemah. Hanya kelopak mata mampu dibuka. Fared memandang persekitarannya. Beg air bergantungan pada tiang beroda. Tiub air bersambungan dengan tangan Fared. Persekitaran senyap. Seorang jururawat memeriksa Fared. Fared sudah pun bangun dari tidurnya yang panjang. Entah berapa lama Fared sudah pengsan.
“Sudah bangun. Baring dahulu ya. Saya panggilkan doktor.” Kata puan jururawat tersebut.
Fared tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berbaring sahaja yang mampu dilakukan. Rasa sakit diperut masih dirasai. Perut Fared dibaluti kain khas untuk membalut luka yang dirawat melalui pembedahan.
“Encik Fared. Bagaimana Encik Fared rasa?” Sapa seorang doktor lelaki yang kurus bercermin mata.
“Alhamdulillah, cuma pening-pening dan badan terasa lemah sangat-sangat. Berasa tidak bertenaga.” Jawab Fared.
“Saya beri vitamin nanti. Ada rasa sakit di bahagian perut?” Soal doktor.
“Ada, sakit sangat.”
“Ubat tahan sakit, ubat antibiotik.”
“Terima kasih doktor.”
Doktor membalas ucapan Fared dengan senyuman. Sebelum doktor yang memeriksanya beredar, Fared memanggil doktor tersebut untuk menanyakan suatu soalan.
“Sudah berapa lama saya tidur doktor?”
“Awak tidur selama tiga hari. Perut awak ditikam dengan pisau namun syukur kepada hadrat ilahi, tiada organ dalam yang rosak terkena pisau. Perut dicucuk tapi tidak mengenakan usus.” Terang doktor dengan jelas kepada Fared.
“Alhamdulillah, baiklah terima kasih doktor.”
“Sama-sama.” Balas doktor dengan senyuman.
__________________________________________________________________“Mari melawat Fared. Mana tahu ada apa-apa perubahan.” Ujar Haikal.
“Takut buang masa sahaja pergi hospital, Fared masih tidak bangun. Masih berada dalam koma.” Kata Aizad sambil menundukkan pandangannya ke lantai.
“Tiga hari dah dia dah tidur. Tidur hospital swasta pula. Seronoklah dia.” Kata Hadi.
“Weyh, kena tikam perut dengan pisau, sumpah tidak seronok.” Kata Haziq. Mereka semua tertawa mendengar kata-kata Haziq yang lucu.
__________________________________________________________________Tiga hari kemudian setelah Fared sedar dari koma, dengan tenang Fared berjalan perlahan-lahan sambil memegang tiang berpalang. Palang bertiang dilepaskan. Doktor fisiologi mengangguk. Fared berjalan tanpa memerlukan bantuan tiang berpalang. Fared berjalan keluar dari jalan yang tiang berpalang panjang.
“Encik Fared tidak lagi memerlukan tongkat sokongan untuk berjalan. Encik Fared perlu berjalan perlahan-lahan. Jalan berhati-hati kerana dikhuatiri luka tikaman pada perut Encik Fared akan terbuka semula.”
“Baiklah doktor. Terima kasih.”
Beberapa minit kemudian, Fared berada di katil wadnya. Fared memeriksa telefon pintarnya. Almari kecil yang rendah berada di sebelah katilnya dibuka pintunya lalu diambil makanan ringan yang panjang berjenama ‘Encik Kentang’. Bekas makanan ringan yang panjang itu dibuka penutupnya lalu diambil beberapa keping kentang. Fared makan kepingan kentang yang merupakan makanan ringan itu dengan enak sekali. Bukan selalu makan makanan ringan. Cuma hendak merasa sesekali walaupun mahal RM5.50 sebalang. RM5.50 boleh digunakan untuk makan nasi goreng dan air minuman di kafeteria hospital.
Fared teringat akan wajah budak remaja yang telah menikam perutnya dengan pisau dan mencuri makanan yang dibelinya dari troli berlaku pada enam hari yang lepas. Fared tekad untuk mencari budak remaja lelaki tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
RED STEEL
Science FictionGenre : Drama, Action, Police, Crime, Sci-fi, Mystery, Thriller, Slice of life Entered 2021 Wattys! Semoga kalian terhibur membaca karya pertama saya ini! Highest rank Thriller 8 October 2020 #78 out of 2.36K stories Mystery 5 October 2020 #100 out...