2

419 43 0
                                    

MALAM

Seperti biasa ketika Bibi ingin pulang, dia akan melambaikan tangannya dan pergi tinggalkan senyuman selepas Papa pulang bersama kakak yang menghadiri kelas di pekan.

"Anak Papa yang cantik, macam mana hari ni?" Soalan yang sama setiap kali Papa pulang dari pekan yang lalu mengangkat diri aku yang kecil. Tidak terlepas dengan pandangan kakak yang membenci aku.

Langit mula gelap yang mungkin sahaja pertanda hujan akan turun dan udara yang sejuk. Sebelum tidur, satu sahaja yang aku doakan agar aku dapat tidur dengan lena malam ini.

"Mari Papa ceritakan sebuah kisah 'Seorang Puteri Di Negeri Awan'. " seperti biasa juga sebelum tidur, Papa akan menceritakan apa sahaja dongengnya kepada aku yang ingin percaya dan mengangan-angankan hingga aku tertidur.

Sebuah cerita yang menarik telah membawa aku terlelap pada malam itu. Tidak, aku masih terjaga dalam mimpi melihat sekeliling aku begitu gelap dan hitam cuma ditempatku sahaja yang disuluh terang.

Ia masih ada.

Aku nampak tempat itu, aku dengar bunyi itu, dan aku rasa seperti barusan ditikam dari belakang. Apa yang peliknya, itu hanyalah permainan mimpi tapi iya seakan-akan benar.

Ya, mimpi...

      Mimpi yang menakutkan aku hampir 20 tahun pun berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mimpi yang menakutkan aku hampir 20 tahun pun berlalu.

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now