3

382 42 2
                                    

Sebuah rumah yang besar, tidak pernah diketahui keberadaannya, ia selalu muncul di dalam mimpi dan beberapa orang mengelilingi seolah mereka sedang perhatikan aku.

Kejadian begitu mengambil belasan tahun aku rasai. Kini kembali aku membuka mata, tubuhku sudah meningkat dewasa dan satu sahaja impian aku adalah keluar bebas dari rumah ini.

Kakak lebih tua dari aku 3 tahun yang sudah bekerja di sebuah kedai kain di pekan manakala Papa mula berdagang luar dari pekan dan kadang-kalanya dia akan pulang 3 hari selepas itu.

Tapi bagaimana pula dengan diri aku yang masih dirumah yang besar ini tiada kebebasan. Aku juga mahu tahu apa yang ada diluar itu.

Semua aktiviti yang sama, menabur dedak pada ayam, menyiram pokok bunga, dan tersenyum sendiri melihat rama-rama di taman. Itu sahaja kerjaan aku setiap hari bersama Bibi yang menjaga aku yang sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri walaupun dia belum berkahwin.

 Itu sahaja kerjaan aku setiap hari bersama Bibi yang menjaga aku yang sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri walaupun dia belum berkahwin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MALAM

Kebahagia keluarga ini tidak pernah bosan tanpa ada waktu makan malam bersama hinggalah waktu yang berjalan, Papa masih tidak berubah seperti dahulu. "Papa, saya sudah besarlah. Tidak perlu lagi nak dengar cerita dongeng Papa lagi."

"Apa yang kamu katakan? Dimata papa, kamu itu masih kecil lagi."

"Papa! Saya sudah hampir 20 tahun, apa Papa masih mahu mengatakan kecilkah? Papa tahu tidak yang saya inginkan hanya keluar dari rumah ini? "

Aku terpaksa untuk berkeras hati untuk berkata terus terang didepan Papa, "Saya tiada kawan, tiada persekolahan seperti kakak dan tidak pernah tahu keadaan di pekan."

Semenjak aku berumur 10 tahun dan aku mulai termimpi-mimpi perkara aneh dari itulah Papa terus tidak benarkan aku keluar dari rumah tanpa sebab.

Mungkin aku masih kecil yang tidak mengerti apa-apa tapi sekarang, aku tidak tahan untuk terus dikawal disini. "Papa, tolonglah izinkan saya keluar ke pekan sekejap esok hari. " mohon aku yang beriya-iya di depannya.

Pada mulanya, Papa tidak izinkan tapi melihat kesungguhan aku, akhirnya, "Kamu diizinkan keluar pada esok hari tapi sekejap sahaja, pastikan sebelum masuk senja kamu perlu pulang semula. Faham?! "

Mungkin kedengar pelik bagi aku, cuma aku tahu aku dapat keluar ke pekan dan mengenepikan kata-kata Papa.

Disaat itulah aku melihat riak wajah Papa yang kecewa keluar dari bilik aku ini tapi aku tidak mengambil berat langsung.

Adakah aku sudah melakukan derhaka dengannya? Itu tidak mungkinkan...

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now