19 : WHAT'S GOING ON?

214 28 2
                                    

      Kembali aku terjaga dari pengsan. Aku segera membangunkan diri yang entah bagaimana aku boleh terbaring diatas katil yang bukan milik aku. Ruang bilik yang jauh beza dari ruang bilik sendiri dan aku tercengang.

      Aku mencubit pipi kananku untuk mengatakan bahawa ini cuma mimpi tetapi hanya dapat sakit sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Aku mencubit pipi kananku untuk mengatakan bahawa ini cuma mimpi tetapi hanya dapat sakit sahaja. Jadi aku cuba bertenang dengan menarik dan melepaskan nafas perlahan-lahan, tetap diri aku masih didalam ruangan ini lagi. 

      Tiba-tiba, satu suara gelak kecil datang dari kanan katil ini, suara seseorang yang sedang duduk menyilang kakinya sambil membaca buku. "Lena tidur?" soal dia yang menyilaukan mata untuk dipandang kerana cahaya dari jendela dibelakangnya. Aku yang gelabah pada saat itu, terus menuruni katil dan melangkah ke arah pintu dan sepantas itu, badan aku ditolak ke arah lain olehnya hingga aku tersandar pada dinding menghadapnya. 

      "Kemana mahu engkau pergi? Aku masih belum selesai dengan kau... " katanya yang cuba mendekati wajahnya ke wajahku yang ketakutan sampai menelan air liur. 

      Sekuat tenaga yang ada, aku cuba bertahan dan juga menolak bahunya untuk menyelamatkan diri tetapi tidak berkesan sedikit pun malah tagan aku pula yang dipegangnya dengan kuat.

      "Silap kau kemari... Yang engkau perlu tahu, ini adalah sarapan aku. " katanya sambil menggigit bahuku seperti orang yang dahagakan sesuatu dan sambungnya, "tidak sangka, ini rasanya yang sedap itu! " 

      Kesakitan yang aku merasai ketika itu, hanyalah letih apabila sesuatu yang tajam memasuki daging badan ini. "Siapakah engkau... dan apa kau sebenarnya? " soal aku yang lemah melihat dirinya yang menjilat taring pun berhenti selepas mendengar soalanku.

      Selepas itu, hanya yang aku dapat dengar adalah, "Doyoung, saudara ketiga Evanil." lalu diri aku yang tidak sedar pun jatuh rebah ke lantai sementara dia hanya pandang begitu sahaja. 

      "Ternyata tidak sia-sia menikmati Rose ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Ternyata tidak sia-sia menikmati Rose ini... " kata Doyoung sebelum aku hilang pendengaran dan saat yang sama, aku tersebut nama Jaemin yang sekejapan angin lalu Jaemin tiba tepat pada masanya. 

      "Tidak sangka, dia percayakan budak mentah ini. " kata Doyoung yang tersengih apabila dia menyedari Jaemin berada dibelakangnya.

      Ketika itu, Jaemin yang tidak teragak-agak pun menarik lengan Doyoung dan membawanya menjauhi dari aku sambil menyekak kolar baju Doyoung, "Apa yang kau sudah lakukan padanya! " tegas Jaemin buat kali pertama dia menunjukkan dirinya yang bukan dirinya saat memarahi Doyoung yang tidak kesal perbuatan. 

      "Apa perempuan ini, percaya pada kau, Jaemin... " jawab Doyoung sambil gelak kecil, "Tolong, jangan sakiti dia... " kata Jaemin yang tidak tahu mengajarnya sedangkan dia hanya seorang pembantu rumah sahaja dan tidak berani mengangkat wajah kepada saudara Evanil Empire.

      "Hey, budak. Jangan menipu diri sendiri, engkau sama sahaja seperti aku yang tidak akan bertahan jika mendekati dia. " psiko Doyoung yang masih tidak akui kesalahannya.

       Walaubagaimana, Jaemin tiada hak untuk mengawal saudara Evanil Empire ini. Jadi dia terpaksa melepaskan Doyoung yang masih tersengih-sengih bod*h lalu bergegas Jaemin berlari anak mengangkat aku.

      Sempat sahaja, dia menyelak helaian rambutku dan terlihat  kesan gigitan pada bahu tadi masih berbekas. Segera dia membawa aku keluar dari ruang bilik itu dan pulang kebilik aku semula dengan wajahnya yang ketakutan seperti aku.

      "Jangan biarkan Tuan Muda tahu perkara ini.. " luahnya kerisauan.

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now