30 : FROM HOME

194 24 1
                                    

      Mengenai Taeyong yang pernah aku menganggapnya berlagak seperti raja yang perlu semua patuh dengannya membuatkan aku rasa ingin tarik semula kata-kata itu.

      "Nampak sahaja dia tegas dan berlagak seperti itu tapi dia sebenarnya vampire yang baik. Dia mahu saudaranya takut kepada dia agar makhluk diluar sana juga takutinya. " jelas Jaemin sambil menyilang tangan.

      Hal ini sudah buat aku cukup jelas tentang mereka semua, saudara vampire yang hidup bersama di Fernyard ini. Aku percaya suatu hari nanti pasti aku akan dapat jawab teka-tekinya.

      "Apa-apa pun, saya percaya Tuan Muda antara yang terhebat dari yang lain. Kuasa api dia sahaja, sudah buat vampire tidak boleh mendekatinya. " tambah Jaemin.

      Sepanjang hari, Jaemin berkongsikan hal yang mungkin berguna kepada aku menyelesaian teka-teki ini. Dan aku juga ingin tahu sejarah  yang pernah menimpa di Ulunada Kingdom iaitu tempat tinggalku sejak lahir.

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

🍁

The Truth Of Ulunada Kingdom :

      Di sebuah desa terpencil terdapat satu keluarga miskin. Mereka ialah seorang bapa terpaksa memburu haiwan, seorang ibu sanggup bercucuk tanam dan seorang budak lelaki yang kesunyian iaitu anak mereka.

      Mereka menjalani kehidupan yang sukar tetapi tetap berusaha untuk mencari rezeki setiap hari. Malangnya, kemiskinan mereka membuatkan penduduk desa tidak senang duduk melihatnya.

      Pada suatu hari, desa itu menjadi kacau-bilau dengan kehadiran puak vampire liar dan tiada sesiapa pun yang tahu cara mengatasinya.

      Kemudian, keluarga miskin ini pun bersuara, "Jika kita bersatu pasti kita dapat cari cara untuk tangkap dan bunuh mereka."

      Tidak disangkakan, penduduk desa sama sekali tidak setuju, "Kami tidak mahu bekerjasama dengan engkau disebabkan keluarga kau adalah pembawa nasib malang kepada kami semua." kata salah seorang penduduk yang menjadi kepala keji.

      Begitu juga, semua yang berada disitu sangat kecoh dan terus mempersalahkan lagi keluarga miskin ini. "Kami mahu engkau dan keluarga kau, semua keluar dari desa ini!" kata salah seorang dari mereka membuatkan yang lain juga paksa keluarga miskin ini segera pergi .

      Nasib malang ini membuatkan keluarga miskin terlalu sedih dan anak lelaki mereka yang tidak tahu apa-apa juga jadi mangsa keadaan.

      Kemudian, keluarga miskin ini dengan rela keluar dari rumah seperti yang diminta oleh penduduk desa itu. Sebegitu rupa penduduk desa berfikiran cetek masih kecoh menghalau keluarga tersebut.

      Ketika dalam perjalanan, puak vampire liar yang dikenali sebagai 'The Bloody Horde' telah kembali ke desa membuat kacau. Tidak sempat keluarga miskin ini keluar dari desa, vampire liar sudah menyerang mereka sekali.

      Pengakhiran yang mudah, hampir kesemuanya penduduk desa mati akibat diserang tanpa henti, namun keluarga miskin tadi mengalami cedera teruk kerana cuba melindungi anak mereka.

      Tiba-tiba, salah satu vampire betina datang kearah mereka dengan sombong. "Tolong jangan apa-apakan anak kami." kata ibu si keluarga miskin ini. Vampire itu pun melutut sedikit dan menarik budak itu, "Kau pasti?" katanya tetapi ibu budak itu menangis sambil merayu.

      Vampire betina tidak layan dan hanya ketawakan lagi melihatnya begitu, "Dia anak yang baik, lihat dia tidak takut sama aku.", "Tolonglah... Jangan apa-apakan dia." rayu ibubapa budak itu. Siapa sangka, vampire itu terus mengigit budak itu sehingga tidak bernafas lagi.

      Ibubapa budak itu menangis merana dengan harapan tinggi anaknya masih hidup tapi vampire itu hanya tersenyum, "Jangan risau, kamu berdua boleh mati dengan tenang. Akan aku ambil dia dan jaga dia seperti anak sendiri, hahaha."

      Ibubapa budak itu terpaksa rela dengan kata-kata vampire itu demi anaknya lalu budak itu yang tidak bernafas tadi tersedar semula dalam keadaan pucat. Ibubapa tadi memanggil anaknya tetapi tiada balasan, "Mungkin dia tidak ingat ibubapanya lagi," sengih kata vampire betina itu.

      Disebabkan kerelaan yang dipilih, mereka pun disembuhkan semula dan diberikan satu harta untuk terus hidup tetapi anak mereka tidak akan dikembalikan. Sebaik sahaja budak itu berada ditangan vampire betina itu, dia pegang janjinya untuk menjaga budak itu sehingga kematiannya.

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

      Ternyata budak lelaki yang diceritakan itu ialah Johnny, satu-satunya saudara angkat yang dijaga oleh Puteri Besar III, Evanil Empire. Dia antara separa vampire atau dikenali sebagai Dhampir yang hidup bersama di dalam rumah ini.

      Kejadian yang diceritakan itu, telah berlaku seawal kurun 924-an, dimana aku belum dilahirkan lagi tetapi sejarah hitam di Ulunada Kindom menjadi rahsia sampai hari ini.

TBC....

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now