10

285 25 1
                                    

      Aku tersedar semula dengan rasa tercungap-cungap seperti kepenatan lalu segera aku membangunkan diri memerhatikan sekeliling yoang sangat asing buat aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tersedar semula dengan rasa tercungap-cungap seperti kepenatan lalu segera aku membangunkan diri memerhatikan sekeliling yoang sangat asing buat aku. "Ini bukan bilik aku? " soal didalam hati apabila melihat setiap sudut bilik itu jauh lebih beza dari bilik sendiri.

Kecanggungan di dalam bilik itu membuatkan aku mula rasa gelabah untuk keluar dari situ. Aku pun turunkan diri dari katil yang besar ini dan melangkah kaki ke jendela tapi heran pula apabila aku menyelak langsir itu, pandangan di luar sangatlah gelap dan tidak boleh lihat apa-apa walaupun sudah aku gosoknya, "Apa yang sudah berlaku? Tidakkan, ini bukan mimpi? " cuak aku.

Sumpah ketika itu, aku tidak boleh bertenang melihatnya lalu aku pun menoleh kebelakang, ada sebuah pintu utama bilik dan menganggapnya adalah pintu keluar. Melulur aku membuka pintu itu tanpa berfikir untuk berjaga-jaga. "...mungkin ni jalan keluar."

Keluar sahaja diri aku dari bilik itu, ternyata lebih banyak pintu yang ada. Aku yang tidak berhati-hati hanya berjalan terus di lorong bilik itu walaupun bulu roma aku meremang.

Tiba-tiba, aku terdengar seseorang sedang berjalan mendekati aku dari belakang dan tiada pilihan lain ketika itu yang hanya ada sebuah pintu didepan aku, segera aku membukanya dan masuk ke dalam.

Seketika aku menghembuskan nafas perlahan-lahan sambil melihat kiri dan kanan ruang itu sementara diri aku masih bersandar pada pintu. Ternyata, aku telah masuk salah satu bilik yang dipenuhi buku diatas rak yang tersusun rapi. Aku pun membangunkan diri dan berjalan mendekati salah satu rak di situ, melihat buku-buku itu nampak seperti sudah lama ditinggalkan kerana kesemuanya berdebu membuatkan aku ingin terbatuk. Tiada aku sangkakan, dari awal aku keluar bilik itu melihat setiap sudut semuanya berhabuk seolah telah ditinggal lama.

Lagi sekali, aku terdengar seseorang sedang berjalan di dalam bilik ini. Segera aku mencari ruang untuk aku bersembunyi disebalik rak-rak itu. Dalam aku mendiamkan diri, aku mendongak sedikit keatas dan mendapati ada sebuah buku yang tidak ada sedikit debu diatasnya dan kulit buku itu lebih berbeza dari yang lain malah ia mempunyai tali penanda buku berwarna emas.

Oleh kerana rasa ingin tahu tentang buku itu, aku cuba untuk mengambilnya tapi tidak sempat aku menyentuh buku itu, aku disergah dengan seseorang lelaki yang berambut biru dari belakang, "Jangan sentuh! ".

Terkejut dibuatnya, aku terus tertunduk ketakutan sambil memejamkan mata untuk tidak melihat lelaki itu. Sangatlah takut waktu itu, aku tidak mahu tunggu lama maka aku berlari keluar dari bilik hingga aku menjumpai sebuah pintu besar dihadapan selepas aku menuruni tangga yang lebar.

"Aku tidak rasa ini mimpi... "

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now