28 : TRUTH OR FIGHT

192 31 1
                                    

      Setelah selesai kami makan bersama, aku pun mengajak Jaemin untuk membawa aku berjalan-jalan mengelilingi rumah ini.

      Disaat kami berdua berjalan di salah satu lorong yang panjang, kami terdengar suara pertengkaran dari jauh. Dan suara itu membawa kami ke sebuah bilik yang tertutup rapat pintunya.

      Aku yang tidak tahu ketika itu tetapi Jaemin seperti tahu apa yang berlaku di dalam bilik itu kerana dia sudah menahan aku untuk menarik tangan ini pergi. Aku yang degil tetap sahaja mahu tahu apa yang berlaku di dalam sana.

      Apabila aku menghampiri pintu bilik itu untuk mendengarnya lebih dekat, tiba-tiba, sesuatu merempuhi dinding bilik sehingga pecah. Aku yang berada dekat dengan situasi ketika itu pun terkejut, melihat Taeyong dan Doyoung sedang berkelahi.

       Aku hanya terkejut membulatkan mata dan terkebil-kebil melihat mereka bukan seperti rupa mereka atau mungkin itulah wajah asli vampire. Jaemin yang berada dibelakang aku pun memaksa aku pergi dari situ tetapi aku tidak mampu bergerak kerana terkejut.

      Kalini betul-betul takut melihat Taeyong bukan seperti dirinya. Apakah semua ini kerana aku? Tapi kenapa dia... Kenapa Taeyong?

      Serentak Taeyong dan Doyoung memandang ke arah aku yang terdiam bisu. Aku yang takut menutup mulut agar tidak mengeluarkan suara mahupun menangis disebabkan ketakutan. Jaemin pula tidak tahu harus melakukan apa dengan aku yang degil tidak mahu pergi.

      Demikian itu, aku tidak dapat mengawal penafasan, aku sangat takut dan jauh lebih menakutkan daripada trauma seolah ia kekal difikiran.

      "Bawa dia pergi! " jerit Taeyong kepada Jaemin dengan suara seperti raksasa yang menakutkan. Tiada pilihan Jaemin fikirkan selain menarik aku pergi jauh dari tempat itu. 

       Namun, mata aku tidak boleh beralih arah kerana entah hati aku ini takut atau risau melihat Taeyong, satu-satunya yang aku anggap lelaki yang berlagak di depan mata aku selama ini. 

       Kemudian, keluarlah Johnny dan Taeil menghalang mereka dari terus berlawan begitu juga saudaranya yang berada disitu cuba untuk menghentikan mereka. "Taeyong, hentikannya! Berhenti! " tegas Taeil sambil menarik badan Taeyong manakala Doyoung mampu lagi untuk tersengih bod*h.

       Bila aku melepaskan perasaan aku, badan aku lemah seperti penat berlari marathon. Jaemin pula hanya tahu menarik aku pergi tapi aku menghentikan langkah. Jaemin menegur dan aku tidak dengarnya dengan jelas.

       Apa yang aku tahu, perasaan takut masih melekat di dalam hati sambil pandang wajah Jaemin untuk sampaikan perasaan ini.

       Tiba-tiba, seseorang dari belakang, memeluk aku sambil berbisikan nama aku, "Cassey.. " dengan senang aku menoleh melihat dia kerana aku tahu siapa dia. Jaemin yang berada di depan aku pun minta diri untuk tinggalkan kami berdua.

       Dia ialah Taeyong yang telah kembalikan wajah seperti sebelum ini dan dia mengelapkan air mata ketakutan aku dari terus menitis membuatkan aku ingin dipeluk dan menangis sepuas hati. Dia membalas dengan caranya dengan mengangkat aku pergi kembali ke bilik tapi aku masih tidak tahu, apa yang difikirnya lagi.

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

🍂

      Setengah jam kemudian, aku dapat menenangkan semula perasaan sebelum ini. Bahkan Taeyong memberi peluang kepada aku untuk terus kuat, "Usah kau risau. Selepas ini tiada sesiapa boleh lakukan begitu kepada kau kecuali aku. "

      Dia terus menyakini aku walaupun untuk susah aku percayakan.

      "Selagi dinamakan vampire pasti mereka tidak kemana dan selagi aku disini pasti mereka kembali. " bisik isi hati.

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now