17 : CURIOUS

225 33 0
                                    

JAEMINNN-aaaaa!!!!

      Aku tidak tahu siapa yang perlu aku panggil selain dia. "Tolonglah Jaemin, aku tidak tahu apa yang berlaku ini? " entah apa yang sedang bermain difikiran aku.

      Pada waktu itu, perasaan gelabah tidak tahu mahu kemana telah membawa aku bertemu dengan Jaemin yang sedang berlari mencari aku yang ketakutan ini. "Cik Putri tidak apa-apa? Kenapa wajah Cik..." soal Jaemin yang memerhatikan wajah aku yang penuh gelisah.

      "Apa nampak aku ini baik sahajakah? Lihat, aku tidak tahu kemana harus aku pergi... " cuak aku lalu dia mengelakkan aku, sedangkan aku tidak tahu apa yang dia fikirkan. "Itu sahaja sudah mahu menangis... " sindir Jaemin dengan nada perlahan yang mungkin aku tidak akan dengar malah aku mendengarkannya, "Apa?", "Tiada apa-apa Cik Putri. Mari kita jalan. " balas Jaemin menutup katanya tadi.

      Ternyata bilik aku tidaklah sejauh yang aku bayangkan. Ini hanya aku yang tidak biasa dengan selok-belok di rumah ini, jadi haruslah aku sendiri yang memening-peningkan kepala.

      Tiba kami di hadapan pintu bilik, aku sedar kemunculan satu bayang-bayang mengikuti kami sepanjang lorong ini lalu aku menegur Jaemin, "Jaemin, lihat ini! " Ketika itu, Jaemin yang melihatnya terus tergelak tapi cuba menahannya. "Kenapa? " soalku, "Sudahlah Mark. Jangan takuti dia, nanti dia menangis.. " perli Jaemin yang berani kata depan aku.

      Tapi selepas Jaemin berkata begitu, aku memang berasa heran, jadi aku melihat semula ke bayang-bayang itu yang mula berubah rupa asalnya sebagai seorang lelaki yang kelihatan dingin.

      "Ha! " terkejut aku melihatnya, "Hihi... Maaf, Cantik. Hai, saya Mark, adik pertama sebelum Haechan dan Jisung. Oh iya, Jaemin! Apa kau mahu bersama kami bermain permainan baru? "

      Melihat dia sahaja aku teringat beberapa wajah di meja makan malam waktu itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Melihat dia sahaja aku teringat beberapa wajah di meja makan malam waktu itu. Nama yang dia sebutkan tadi, Jisung sememang ada menegur aku manakala Haechan, aku masih tidak tahu siapa dia.

      "Hari ini tidak boleh. Aku ada urusan bersama Cik Putri. " balas Jaemin kepada Mark. "Baiklah, kau berhutang dengan aku benda ini. Selamat tinggal, Cantik! " kata Mark yang terus pergi meninggalkan kami yang masih berdiri di depan pintu bilik.

       "Baiklah, Cik Putri. Nampaknya ada hal lagi yang belum kita selesaikan, bukan? " soal Jaemin sambil mengukir senyuman melihat aku yang berkerut dahi. "Apa dia mahu menakutkan aku lagi? " bisik hati aku. "Saya tahu, Cik Putri masih banyak benda mahu ditanyakan?" soal Jaemin sambil memutar tombol pintu dan menjemput aku masuk ke dalam bilik.

      "Bagaimana kau tahu jika aku ada soalan yang perlu aku tanyakan? " jawab aku lalu Jaemin hanya menggelengkan kepala dan berkata, "Lihat wajah Cik Putri sahaja sudah saya tahu? " gelaknya pula.

      Seperti yang diinginkan oleh Jaemin untuk aku bertanya lagi soalan yang ada difikiran, aku pun mengeluarkannya, "Kenapa kau memanggil aku dengan panggilan 'Cik Putri' manakala yang lain memanggil suka hati mereka? ". "Kerna saya cumalah pembantu rumah dan juga penjaga Cik Putri sepanjang berada disini manakala mereka ada ahli keluarga milik rumah ini maka mereka bebas memanggil begitu. " jelas Jaemin dengan yakin.

      Dan soal aku lagi, "Tapikan aku bukannya siapa-siapa disini, kenapa kalian mahu layan aku? ", "Mungkin suatu harii nanti... Baiklah, Cik Putri berehat dahulu. Nanti saya akan panggil untuk turun makan, ya. " kata Jaemin yang hanya menghentikan persoalan aku.

       Memang tidak kemana, aku ini. Jikalau keluar masuk bilik hanya untuk makan, harus aku gemuk begini. Tapi aku masih pelik dengan jendela di bilik ini. Setiap kali aku menyelak langsir, pasti tiada apa-apa yang dapat aku lihat, gelap dan kosong. Dibandingkan jendela di ruangan Yuta, dapat pula aku melihatnya.

        Pelik!

       Benarkan... Jika tadi pun aku sudah heran dengan Mark, bagaimana dia menjadi bayang-bayang dan berubah ke rupa asal, Yuta yang  bermain difikiran aku dan Jaemin yang mudah sahaja datang apabila menyebut namanya sahaja.

      Jadi persoalan ini, adakah akan terjawab nanti?

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now