25 : SLEEPING TIME

208 26 0
                                    

      Kembalilah aku ke bilik yang sunyi ini. Hari yang semakin lewat dan sudah masuk waktu tidur tetapi rasa awal bagi aku. Jadi aku memilih untuk melihat bintang-bintang dari jendela. Mengeluh dibuatnya, tiada satu cahaya yang dapat masuk ke dalam bilik gelap ini.

      Aku bagaikan hidup di penjara vampire. 

      Sememangnya aku sudah merasakan ngatuk itu tetapi entah apa yang berbisik dihati untuk aku berjaga. Melabuhkan punggung dan berbaring diatas katil memikirkan sejenak. "Waktu begini, masih bolehkah aku berjalan-jalan di kaki lima rumah ini? "

      Tiba-tiba, aku terdengar 2 perbualan lelaki di depan ruang bilik ini. Aku memasang telinga  dengan menyandar kepala pada pintu. "Boleh saya tahu, dimanakah bilik Rose? "

      "Maaf, tiada sesiapa yang boleh berjumpa dengannya tanpa izin. "

      "Begitu ya... Taeyong pasti sudah memperketatkan undang-undang di rumah ini. Tidak mengapa, terima kasih. "

      Terkejut mendengarnya, aku menutup mulut dengan tanganku sendiri. Tidak mungkin itu Sungchan yang merayau mencari aku. Bagaimana sekarang, harus aku bersembunyi atau tidak?

      Tidak tahu pilihan sendiri, aku lebih memilih untuk keluar dari bilik ini. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan mengintainya dari dalam. Bernasib baik, Sungchan tidak berada lagi disitu.

      Segera aku keluar dan berlari anak lalu terdengar semula suara Sungchan dari jauh. Apa lagi, aku terus berlari dan menghampiri pintu bilik yang berdekatan iaitu bilik yang dipenuhi buku-buku.

      Tidak menunggu masa, aku memutar tombol pintu dan melangkah masuk seperti sebelum ini, aku perlu menundukkan diri agar tiada sesiapa yang perasan kehadiran aku. Tapi ini satu kebetulan aku disini, teringat kembali buku penanda emas itu membuat aku ingin mengambil kesempatan mencari buku itu semula.

      Kembali ke rak yang menyimpan buku itu tetapi sudah tiada dan aku mengeluhnya. Melihat ke kiri dan kanan yang kononnya berhati-hati dengan kehadiran seseorang malah gagal disebabkan muncul lelaki yang berlagak itu lalu menegur. "Apa yang kau cari? "

       Pada saat itu, aku yang terkejut ingin melarikan diri kearah bertentangan tetapi Taeyong lebih pantas menghalang ke hadapan aku. "Kau masih mahukan buku ini? Apa yang kau fikirkan tentangnya? " terus aku membantah, "Tidak, aku cuma kesini kerana takut Sungchan mencari aku tadi. " jawab aku sambil menggelengkan kepala.

       Kemudian, dia hanya menjelingkan anak mata dan membuka mulut, "Kau sudah bersembunyi bukan? " aku pun mengangguk, "Jadi keluarlah... " tambah lelaki ini dengan wajah berlagaknya menghalau aku.

      Kenapa aku rasa hanya dia yang melayan aku begini? Lihatlah seperti Jaemin, Jisung, Mark, Chenle dan juga Renjun, semuanya sangat ramah dengan aku. Apa kerna dia ketua di dalam rumah ini?

      "Aku tidak boleh tidur! Jadi aku berjalan-jalan hingga kesini. " jawab sengaja aku yang mahu perhatian darinya. Taeyong menoleh memandang aku semula dengan pandangan yang membuatkan aku rasa geram.

      "Kau sudah ada bilik sendiri. Pergi sana! " balas dia yang tidak baik manakala aku menunjukkan wajah tidak puas hati di depannya seperti dia lakukan kepada aku.

      Sehentak kakinya melangkah ke hadapan aku dan cuba mendekati wajahnya ke wajah aku sambil perlahan-lahan tangannya merayap naik memegang lengan aku dengan sentuhan yang lembut. 

      Tidak seperti yang aku sangkakan. Bukan itu yang dimaksudkan, ia satu permainan di fikiran aku sahaja. Ternyata Taeyong hanya mahu menarik aku keluar dari bilik ini.

      "Kemana kau mahu membawaku? Bagaimana jika Sungchan kembali mencari aku? " cemas aku apabila melihat caranya menghalau begitu. Pandangan yang berlagak dia tidak menoleh sedikit pun tetapi dia menjawab, "Tidak usah kau risau. "

      Dia mengheret tangan aku hingga ke bilik aku semula. "Jangan risau, dia tidak akan datang kesini. Naiklah, tidur. " jelas lelaki ini sambil mendudukkan aku di hujung katil.

      Entah kenapa pada saat itu, hati aku mahu berkata jika dia tidak seperti yang aku sangkakan. Dia seperti orang yang baik... Bukan dia cumalah vampire yang menculik aku.

      "Apa pun kau kata, aku tidak boleh tidur. " degil aku masih cuba mengujinya sambil menarik selimut menutupi kaki. Tidak aku sedari, Taeyong melompat ke atas katil dan terus berbaring disebelah aku sambil menarik aku untuk turut baring sekali. 

      "Jika begitu, biar aku bercerita sebuah kisah... "

      "Berhenti! Aku bukan budak yang masih menangis untuk diceritakan sebelum tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Berhenti! Aku bukan budak yang masih menangis untuk diceritakan sebelum tidur. " jelas aku lalu teringatkan Papa yang selalu menemani aku sebelum tidur.

      Tidak dapat aku berbuat apa-apa, aku cuba mengelak darinya tetapi dia tetap memaksa aku untuk terus mendengarnya. Dirinya sendiri yang meletakkan kepala aku berada diatas lengannya sambil memeluk aku.

      Dia mulakan cerita dan aku memejamkan mata. Ketika itu, aku terasa tanganya yang berada dibelakang aku perlahan-lahan bergerak untuk mengusap dan menepuk seperti memujuk bayi yang sedang menangis.

      Benar, aku ialah bayi itu. Cara dia menyampaikan cerita sama seperti Papa. Aku menangis kerana rindu dan aku juga menyesal apabila berdegil untuk keluar rumah tanpa pengetahuan dia.

      Tangisan aku tidak dapat ditahan maka aku mengiringkan badan aku untuk merasakan pelukan dia. Aku mahu satu pelukan untuk aku rasa nyaman. Aku takut untuk menangis berseorangan dan aku perlukan seseorang untuk memujuk.

      Semua air mata keluar, menangis sepuas-puas hati di dalam pelukan dia dan dia sudah mengubah jalan cerita ini...

[C] EVOL LOVE S1 + NCT23 ❣Where stories live. Discover now