PROLOG

43 10 0
                                    

Titisan hujan menimpa deras di atas payungnya. Sebelah tangan diseluk ke saku seluar. Dia tidak bergerak, hanya merenung tepat ke pintu pagar taman permainan yang dirantai.

Helaan berat dilepaskan.

"Kamu mengingatkan pakcik dengan seseorang, anak muda."

Dia tersentak, lalu berpaling.

Seorang lelaki berjanggut nipis, tersenyum lebar ke arahnya. Kaca mata segi tiga, hijaunya sangat aneh. Tetapi, renungan matanya yang sepet menjernihkan hati. Pakaiannya basah kuyup ditimpa hujan, hanya sebatang tongkat besi yang menjadi peneman.

Dia lantas mendekati lelaki tua itu. Berkongsi payung.

"Pakcik tak sejuk ke?" Tanya pemuda itu sambil melihat ke sekitar.

Lelaki aneh itu berdekah-dekah, membuatkan pemuda itu terkebil-kebil. Dia berjalan melimpasi pemuda itu lalu membalas, "pakcik cuma mahu menikmati alam ini, anak muda."

"Sekarang hujan lebat pakcik," pemuda itu terhegeh-hegeh mengikuti lelaki tua itu. "Mana rumah pakcik? Pakcik ingat nombor telefon kenalan pakcik?"

Langkah lelaki tua itu terhenti.

"Penyesalan itu menyeksakan, betul?"

Pemuda itu terdiam seketika, lalu mengangguk.

Keheningan menjengah. Hanya titisan hujan yang kedengaran bersama siulan angin dingin. Kereta meluncur laju di jalan. Orang yang lalu-lalang tidak diendah.

Lelaki tua itu melangkah perlahan, meninggalkan pemuda itu.

"Jumpa lagi."

Dia berkelip. Buat seketika, badannya terasa tidak berfungsi. Payungnya terlepas. Nafasnya tersekat-sekat.

"Mana pakcik tadi?"

202 patah perkataan (tidak termasuk ayat ini dan di bawah)

Contest:
CikMimpiOfficial

CikMimpiOfficial

Hai Dunia BerbezaWhere stories live. Discover now