ENAM

19 8 0
                                    

Lutfan berkelip.

Tiada lagi jasad Haydar di mana-mana. Dia melilau ke sekitar, berharap kelibatnya muncul. Lantaklah orang itu cuma orang gila, hantu, atau dia yang memang berkhayal. Dia cuma—

Malangnya, Haydar benar-benar pergi.

Seperti dahulu.

Lambat-lambat, kamera kesayangannya, diambil. Sekali lagi, dia berasa lembab. Mengapa dia tidak mengambil gambar Haydar tadi?

Dia mengeluh berat dan mengukirkan senyuman nipis. Kata-kata Haydar bergema di dalam memorinya.

"Aku tidak pernah hilang daripada kau."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"... tak apa?"

Suara sayup-sayup, menerjah pendengarannya. Telinganya berdesing, sebelum satu silauan menyerang retinanya.

Lambat-lambat, kelopak matanya dibuka. Belakang kepalanya mencucuk, seperti terhentak kuat. Badannya digoncang beberapa kali.

"Kau okey?"

Pandangannya jelas.

Haydar merasakan beberapa orang membongkok, merenungnya cemas. Salah seorang daripada mereka mengeluarkan telefon, mendail nombor.

Seorang yang bertubuh kurus, bertanya, "bro, kenapa kau tidur sini? Kau okey tak?"

Haydar menggosok belakang kepalanya yang sakit. Payungnya tergeletak di sebelah. Bungkusan bahan dapur yang sepatutnya diabawa pulang, terjatuh.

Aku pengsan di depan taman permainan?

Haydar menggagahkan diri untuk bangun. Pandangannya berpusing sekejap.

Jadi, betullah.

Haydar menggeleng lalu berkata, "tak apa, tak apa, aku okey."

Dia menyambut huluran orang asing itu, lalu bangkit. Selepas mengambil payung dan bungkusan makanannya, dia tetap menolak untuk hospital dan mengucapkan terima kasih.

Mereka bertiga berpandangan, lalu mengangguk. Selepas kelibat mereka menghilang, Haydar tersentak.

Dia terus berpaling. Badannya terkaku.

Haydar yakin dia melihat seseorang.

Seseorang yang berdiri di sebalik pagar taman permainan, merenung kosong ke hadapan dengan kamera di tangan. Bingung.

Dia.

Kemudian, hilang. Apa yang dilihat hanyalah sebuah taman permainan kecil yang penuh dengan semak-samun. Tidak seperti sebelum ini.

Semua yang berlaku, mimpi?

Haydar terpempan. Dia terus meraba pakaiannya dengan mulut yang digigit. Dadanya berdebar-debar.

Badannya masih disarung jaket 'Auntie Mei'!

Haydar menghela nafas.

"Sudahlah," Haydar tersenyum, "mungkin Auntie Mei pelik kalau aku bagi dia jaket ni."

Dia akhirnya melangkah, berpaling daripada taman permainan, mengikuti jalan yang membawa ke rumahnya. Rumah. Dia sudah kembali akhirnya, ke realiti hidupnya.

Sehelai daun mapel keemasan, melayang jatuh di tempatnya terbaring tadi. Kering.

Haydar mendongak, merenung silauan cahaya matahari di sebalik kepulan awan gelap.

"Hujan sudah berhenti."

Cuma, dia tertanya-tanya satu perkara.

Siapa lelaki tua itu?

355 patah perkataan

Hai Dunia BerbezaWhere stories live. Discover now