Tajuk: Hai Dunia Berbeza
Genre: Short Story
Sub Genre: Drama, Sci-fi, Mystery
AMARAN: Segala pendapat watak yang berunsurkan negatif bukan pendapat penulis itu sendiri, tetapi merupakan pandangan watak di dalam cerita ini.
HAYDAR panik, kerana sebai...
"Maksudnya," bisik Haydar, "kawan Haydar... masih hidup?"
Pemuda itu mengangguk. "Kau mesti tak percaya kalau kau berjumpa dengan dia."
"Kenapa?"
Pemuda itu tergelak, "beberapa bulan selepas itu, dia cuba berlatih bercakap perlahan-lahan. Cuba selalu berfikiran positif, bercakap macam orang menyanyi, ikut pertandingan pidato... aku sendiri pun terkejut.
"Aku selalu nampak dia di depan pagar sana." Pemuda itu tersenyum lemah. "Dia cuma berdiri di sana. Termenung."
Haydar berkelip. Sebelum dia membuka mulut, pemuda itu memotong.
"Makanlah." Pemuda itu mengambil sudu. "Kalau nasi kerabu kau sejuk, tak sedap nanti."
Haydar mengangguk lambat.
Mungkin, suatu masa nanti.
Selepas menghabiskan makanan, pemuda itu membayar harga di kaunter. Hujan sudah berhenti. Hanya titisan air yang jatuh dari bumbung kedai. Mereka berdua keluar ke dalam kesejukan.
Haydar yang sudah lama menahan diri, bertanya, "di mana—"
"Kau pula?" Pemuda itu menoleh, "kau sebenarnya dari mana?"
Haydar mencebik, jengkel, lalu menghembus nafas panjang. "Kenapa kau nak dengar cerita orang tidak waras macam aku?"
Pemuda itu menjongket bahu. "Aku tidak pernah berbual dengan orang macam kau?"
Haydar tersenyum nipis. Selepas beberapa lama, akhirnya dia bersuara.
"Aku tak pasti aku jawab soalan kau, tapi aku kenal seseorang, di sini," kata Haydar sambil menatap pemuda itu. "Tetapi tempatnya di luar negara di dunia ini."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Hari ini hujan!"
Seorang kanak-kanak bersorak sebaik sahaja keluar dari rumah. Dia melompat-lompat di atas lopak, membiarkan bajunya basah. Mulut dinganga, mahu merasa air tawar yang menyentuh lidah.
"Ya Allah... Kamu baru saja mandi tadi!" Ibunya membebel di dapur, tetapi wajahnya dapat dilihat dari pintu yang terbuka.
"Nanti kita mandi lagilah!"
Di dalam dunia ini, untuk orang yang tinggal di kawasan beriklim Khatulistiwa seperti kanak-kanak itu, musim kemarau adalah perkara terburuk baginya. Musim hujan adalah nikmat harinya.
Hakikatnya, dia masih bencikan sejuk.
Setiap kali dia pergi ke rumah rakannya untuk bermain permainan video, rakannya akan menaikkan suhu penghawa dingin. Tiada bantahan.
"K-kau suka hujan," rakannya yang alaminya gagap, pernah menyoal, "ta-tapi... kau tak tahan s-s-sejuk."
"Lutfan, hujan dan sejuk itu dua benda berlainan," dengan selamba dia membalas, "hujan, kau akan tenang. Sejuk, kau tak boleh tidur!"