Klik!
Sekeping gambar diambil. Senyuman puas terukir di wajahnya. Matanya bersinar-sinar menatap kamera lama pemberian arwah ayahnya. Masih elok.
Gambar sebuah jalan bercat hijau zamrud, yang dibanjiri dengan dedaun pohon keemasan yang jatuh. Hembusan angin dingin menyapa setiap orang yang lalu-lalang di jalan tersebut. Cantik.
Keningnya berkerut, mengesan sesuatu yang janggal pada gambar tersebut.
"Apa ini?"
Pemuda itu mendongak, cuba melihat ke sekitar. Dahinya digaru-garu, bingung.
Bum!
"Aduh!"
Dia nyaris terjatuh. Kepalanya seperti terhentak sesuatu. Apabila sedar, cepat-cepat dia memeriksa kameranya.
Syukurlah kamera itu masih tergantung di leher.
Pemuda itu bingkas sambil melilau sekeliling. Liurnya diteguk. Dadanya berdebar-debar, cemas.
Tiada sesiapa.
Apabila dia menatap foto yang diambil, keningnya bertaut.
Samar-samar, tetapi wajahnya jelas. Gambar seorang lelaki yang memegang payung, mendongak ke langit.
Siapa?
129 patah perkataan
Jumlah: 4998
YOU ARE READING
Hai Dunia Berbeza
Historia CortaTajuk: Hai Dunia Berbeza Genre: Short Story Sub Genre: Drama, Sci-fi, Mystery AMARAN: Segala pendapat watak yang berunsurkan negatif bukan pendapat penulis itu sendiri, tetapi merupakan pandangan watak di dalam cerita ini. HAYDAR panik, kerana sebai...