04

62 14 17
                                    

seperti orang gila minhee dan kyung ree menyelongkar almari makanan. yang tinggal hanyalah habuk dan stok makanan sudah habis. itulah , histeria sangat makan tak ingat dunia.

" seperti sedia maklum , kita kehabisan stok makanan. jadi seperti biasa kyung ree dan aku akan curi " , straight to the point sahaja minhee bercerita.

maera dan hye jin yang minum air sejuk tadi , tersembur pada wajah masing masing. yeona ketawa terbahak bahak melihat wajah masing masing.

" aku dengan wooya ikut lah. aku malas duduk rumah dengan bosannya "

" aku dengan hye jin nak ikut jugak ! takkan nak tinggal kami yang comel dekat rumah besar ni " , maera membulatkan matanya.

" jangan tunjuk muka macam tu depan aku. aku nak termuntah "

senang sahaja wooya berterus terang dan nampaknya hati wooya terlebih kering. yeona mengeleng kepala dan tersenyum memandang kawannya.

____________________________________

kyung ree menyumbat pelbagai snack kegemaran kawan kawannya dan dia sendiri. kadang kadang dia melihat sekeliling supaya kerjanya licin sahaja.

" minhee suka snack ni , aku amik ni... pastu ni maera suka. banyak pula sampai aku nampak terlebih gemuk nyah "

" nak aku tolong ? "

tergamam kyung ree melihat bangchan di sebelahnya sambil menghulurkan bantuan. lambat sangat menunggu respon kyung ree , bangchan merebut snack pada tangannya.

" kau... aku- "

" nanti kau cerita. jom aku bayarkan "

minhee juga dihentikan jisung dari mengoda penjaga kaunter tersebut dengan memulakan lakonan. jisung menarik minhee pergi dengan menarik telingannya.

" berapa semua ni ? "

bangchan meletakkan semua snack yang diambil kyung ree di atas kaunter. kyung ree merasa bersalah kerana orang yang baru dikenalinya berbuat begitu.

" 50 won "

" saya pakai black card "

____________________________________

yeona dan wooya lalu di loromg kecil dan gelap yang jarang dilalui orang pada waktu malam malam. mereka sibuk bercerita tentang keluarga mereka.

" aku rindu omma appa aku. sampai bila kita nak lari dari jungkook tu ? semak betul dasar hiok " , wooya membuat bunyi babi.

yeona menunjal dahinya yang suka sangat berbuat begitu. tiba tiba terdengar suara gadis menjerit dan seperti pergaduhan berlaku.

mereka berdua segera berlari ke lebih dalam lorong tersebut dan menemui dua gadis yang sudah terkulai di tanah dan berlumuran darah.

" apa benda bodoh ? korang buat jenayah pukul pukul eh dekat sini ?! " , jerit yeona.

yeona berlari ke arah dua gadis tersebut dan mengejut mereka berdua untuk bangun. tampak sangat mereka berdua teruk dipukul.

" jangan sibuk boleh tak ? sebelum koraang dua aku pukul pula "

" cubalah " , berani sahaja wooya menyahut cabaran.

sekumpulan gadis itu menyerang wooya dan yeona tidak mampu melakukan apa apa kerana ditahan. tiba tiba , datang dua lelaki dari belakang dan menumbuk gadis yang menyerang wooya.

" kau okey ke wooya ? yeona mana ? yeona ! " , jerit hye jin selepas melihat keadaan wooya.

" sudah ! jangan gaduh ! " , jerit maera bersama minhee dan kyung ree. bangchan da jisung juga bersama mereka.

minho dan seungmin berhenti menumbuk fadis gadis tersebut. minho dan seungmin melepaskan mereka lalu mereka semua berlari pantas dari situ.

" perempuan macam tu baik aku tumbuk sampai mati je ! akhlak tak ada langsung "

" sudah minho , jom kita balik semua tuan lee marah kita. em , kami balik dulu. tapi jom kami hantarkan ke rumah dengan dua orang tu "

mereka membawa dua gadis tersebut pulang ke rumah minhee kerana keadaan mereka berdua yang agak parah. hye jin dan kyung ree merawat dan meletakkan mereka di bilik yang sama.

" siapa nak jaga dorang dua ni esok ? kita sekolah kan ? dah lah esok ada pemilihan kejohanan sekolah " , soal yeona.

" esok kita semua pergi tapi dua budak ni kita kena kejut juga. tapi bangchan dah tau yang aku mencuri " , kyung ree menundukkan kepalanya.

rasa malu sudah tidak terkata kerana sebelum ini tiada siapa yang tahu dia ini mencuri barang. minhee pula mungkin akan diejek kerana jisung nampaknya mengoda lelaki.

" kami minta maaf sebab tak tolong korang. maafkan kami lagipun tadi kami lari dari minho dengan seungmin , last last terserempak juga " , maera mencebik.

" tak ada apa lah. aku yakin yang dorang tu baik. tak ada punyalah nak bukak aib kita " , jawab yeona.

sibuk mereka bercerita , dua gadis tadi sudah terjaga dari tidur mereka. kepala yang dibalut dipegang dan kyung ree senyum melihat mereka.

" apa nama korang ? jangan risau , kami baik "

" saya ninin , ini yeran " , jawab gadis bernama ninin itu.

" esok siap sedia ke sekolah. ada pemilihan kejohanan esok " , kata minhee lalu keluar dari bilik itu.

" aku wooya. jom yeona , tidur "

" selamat datang ! saya yeona. bye nak tidur ! " , yeona melambai lambai dan lehernya dirangkul wooya.

" terima kasih selamatkan kami " , kata yeran.

kyung ree menepuk lembut bahu mereka berdua dan keluar. hye jin dan maera juga tersenyum kepada mereka dan menyuruh untuk berehat kerana esok hari persekolahan.

____________________________________

to be continued...

Glass Shoes [ Straykids ]Where stories live. Discover now