11

54 13 14
                                    

badan ninin ditendang sehingga menyebabkan badannya terhempap ke dinding rumah joshua. rambut ninin ditarik kuat sehingga terlihat urat dahinya.

geram joshua melihat teman wanitanya bersama jeongin semalam di funfair bersama straykids dan kawan kawannya yang lain.

" KAU DAH KENAPA ? AKU CAKAP JANGAN RAPAT DENGAN JEONGIN KAN ? ! BODOH KE APA ? ! PEKAK EH ? "

" sorry... ninin tak berniat tapi dia- "

" dia apa ? scandal baru kau ?! "

kepala ninin dihentuk berkali kali ke dinding sehingga berdarah. joshua masih tidak puas mendera ninin kerana geram melihat hubungan ninin dan jeongin.

hentakan terakhir membuatkan ninin seperti hilang nyawanya. matanya berpinar dan kali terakhir yang dilihatnya senyuman jahat joshua di hadapannya.

" ingat ninin , kau tu milik aku seorang. tak ada siapa boleh rapat dengan kau. kalau aku cakap tak boleh rapat so mean tak boleh. faham ? "

perlahan lahan ninin mengangguk kemudian dunianya terus menjadi gelap. dia berharap ada yang menyelamatkannya dari joshua ini.

" ninin ? sayang ? ninin ? "

joshua mula mengelabah melihat ninin yang sudah terkulai dengan berlumuran darah di kepalanya. rambutnya dikusutkan dan dia berjalan ke hulu hilir mencari jalan penyelesaian.

" tak... tak... aku tak salah. joshua , kau baik. kau cuma marah dia sikit je " , joshua cuba menenangkan dirinya sendiri.

" ahh ! lantak kau lah perempuan ! ingat aku hairan dengan kau ?! "

ditinggalnya ninin seorang diri di penjuru dinding yang berlumuran darah. joshua keluar tanpa mengunci pintu , kasut dipakainya dan satu tempat ditujunya.

kelab malam minhee.

____________________________________

" aku nak tanya mana ninin ? sumpah aku tak larat tunggu dia dengan mamat joshua dekat sini " , bebel maera.

mereka menunggu ninin sejak dari petang tadi sehinggalah ke senja dan bayangan masih tidak muncul. ninin berjanji mahu berjumpa mereka bersama joshua memandangkan dia keluar bersama joshua.

" aku tak sedap hati lah. aku kenal joshua tu macam mana sebab aku pernah nampak dia dengan hyerin , bekas gf dia dulu "

" maksud kau ? " , soal minhee.

hye jin menarik dan menghembus nafas. akhirnya cerita tentang latar belakang joshua mula dibuka oleh hye jin. walaupun dia budak baru tetapi dia melihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

joshua seorang yang kelihatan baik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan sikap yang tidak diingini semua wanita. panas baran , ego dan kuat cemburu sudah tersemai dalam dirinya.

" aku tak rasa ninin selamat bila dengan dia. ayen , cuba telefon ninin " , pinta kyung ree kerana bateri mereka kehausan.

" tak jawab.. ninin.. " , jeongin sudah terpaku di situ.

wajah mereka semua kelihatan pucat kerana terlalu risaukan ninin. tiba tiba , wooya teringat sesuatu tentang perkara yang ninin beritahunya.

" aku tahu ninin ada mana " , terus wooya berlari dan diikuti minho sambil menarik bajunya

memandangkan bus stop yang mereka menunggu ninin itu dekat dengan tempat yang ingin dituju wooya , mereka hanya perlu berlari sahaja.

masih terngiang kata kata ninin di benak wooya. air matanya mula turun bila teringat ninin ketika itu. tetapi hati wooya masih berdendam dengan joshua.

" kau tahu wooya ? sebenarnya aku cintakan ayen tapi joshua sunbaenim dah minta dulu jadi aku perlahan lahan sukakan dia " , kata ninin sambil tersenyum.

gelang milik jeongin diberi ninin pada wooya dan wooya menunjukkan riak wajah kehairanan. tangan wooya digenggam kemas.

" kalau apa apa jadi , aku mesti ada dengan joshua. mana joshua ada mesti ada aku. kalau nak cari , aku ada dengan joshua "

itu kata kata terakhir ninin sebelum dia keluar bersama joshua pagi tadi. mereka berhenti di hadapan apartmen joshua yang berdiri megah.

straykids dan yang lain sudah tercungap cungap kerana kepenatan tetapi tidak wooya. dia terus berlari menaiki tangga dan nasib diikuti minho. jeongin juga tak berputus asa walau kepenatan.

" ninin... jangan pergi dulu " , katanya dalam hati.

rumah joshua dicari satu persatu sehinggalah wooya terjumpa kasut sneakers ninin yang diberi jeongin. tidak menunggu lama , pintu rumah itu dirempuh wooya.

" NININ !! "

____________________________________

to be continued...

Glass Shoes [ Straykids ]Where stories live. Discover now