13

50 12 17
                                    

ninin terbangun dari tidurnya setelah 1 jam terbuai dalam mimpi. tangan kanannya terasa digenggam kemas dan bila dia beralih ke kanannya , ternyata jeongin tertidur di sisi katil.

ninin mahu mengalihkan tangan jeongin tetapi terhenti apabila melihat wajah jeongin yang lembut dibuai mimpi. ninin terus khayal menatap wajah jeongin.

" terima kasih jeongin atas segalanya tapi aku tahu kau buat semua benda ni terpaksa. aku minta maaf sebab dah jatuh hati dekat kau "

sepintas lalu ingatan ninin muncul dan membuatkan kepalanya sedikit sakit. ingatan di mana dia terdengar perbualan jeongin dan straykids ketika di kelas.

" kau biar betul , ayen ? sampai hati kau buat ninin macam tu. kau tak faham ke perasaan seorang perempuan tu bila diberi harapan palsu ? sakit tau... " , bangchan mengeleng kepala.

" tiba tiba aku macam tak kenal kau ayen " , kata seungmin.

straykids ketika itu seperti kecewa dengan perangai jeongin. perangainya sudah melampaui batasan sehingga sanggup hancurkan hati wanita.

" selama ni kau suka ninin secara terpaksa ? kenapa kau boleh berfikir ke arah macam tu ? kenapa ? " , hyunjin seperti mahu marah saja tetapi dia fikir tentang persahabatan sahaja.

" sebab apa ? sebab hoshi sunbaenim suruh. memang aku tak cintakan dia , dia tu tak layak untuk aku kan ? jadi buat apa ? dia miskin aku kaya " , kata jeongin.

ninin menitiska air mata lalu segera beredar dari situ. hari ini dia mahu menyatakan cintanya pada jeongin tetapi semuanya sudah hancur.

" bangun dah , ninin ? sorry , ayen terlelap " , matanya digosok gosok dan ketika itu ninin mengesat air matanya.

" tak apa. terima kasih sebab jaga ninin tau. mesti ayen rasa menyusahkan sebab ninin , tak apa ayen boleh pergi "

gelas di rak meja sebelah katilnya cuba dicapainya tetapi gagal. jeongin di sebelah cuba memerhati ninin dan menunggu ninin meminta tolong.

" tengok apa ? tolong lah ambilkan " , marah ninin.

" aik , ingatkan nak juga ambil cawan dekat situ. ambil lah , kejap lagi saya pergi dah jadi baik awak practise dulu " , perli jeongin.

ninin menyepetkan matanya kerana geram dengan kata kata jeongin. jeongin tertawa , dan gelas diambil lantas dia menuang air untuk ninin.

" terima kasih walaupun terpaksa " , perlahan ninin berkata.

jeongin mendengar kata kata dari ninin sebenarnya lalu dia menatap wajah ninin. ninin berasa sedikit terganggu lalu menoleh ke arah bertentangan.

" kau dengar perbualan aku dengan straykids pasal kau ? kau tak dengar habis sayang " , barulah ninin menoleh secara perlahan lahan.

sejurus selepas ninin berlari pergi , bahu jeongin dipengang felix dan bangchan. merrka tahu keperitan yang dilalui jeongin sehingga diugut bunuh.

" kau sayangkan dia kan ? itu lah maksudnya pengorbanan cinta ayen. kau kena pilih sama ada ninin atau kami tapi kau sanggup korbankan cinta kau " , kata bangchan.

" aku sayangkan dia.... kenapa hoshi sunbaenim buat macam itu dekat aku ? " , tangis jeongin di bahu felix.

mereka berpandangan sesama sendiri kerana mereka tahu hoshi sangat baik dengan straykids. hyunjin berfikir sejenak tentang perkara yang berlaku.

" hoshi kumpulan dengan joshua sunbaenim kan ? kalau ada ugutan tu maksudnya arahan tu dari ketua kan ? maksudnya... "

" joshua sunbaenim ada rancangan ! " , kata mereka serentak.

" kita tengok apa yang joshua and the gang rancang " , kata minho sambil tersenyum sinis.

" sebab itu lah kami cuba selidik sampailah berita pasal keluarga joshua dibunuh sampai dekat kami " , kata jeongin.

jeongin berlari ke arah mereka sambil menunjukkan artikel yang dihantar oleh kawan yang diupah straykids. gambar seorang lelaki dan perempuan berlumuran darah di ruang tamu terpapar.

" takkan ni salah joshua ? i mean , joshua memang jahat and kejam tapi aku tak rasa sampai dia sanggup bunuh parents dia " , kata seungmin.

" aku rasa mesti ada benda yang tersembunyi lah. aku tak sedap hati " , hyunjin mengosok gosok dadanya.

" yang penting , jangan tunjuk pada kyung ree and the gang " , arah bangchan.

ninin hanya mengangguk dan mulutnya membulat. kini , baru mereka tahu tentang kisah semua ini dan mereka perlu mencari dalang sebalik semua ini.

tidak lama kemudian , telefon ninin berdering dan terlihat pemanggilnya minhee. serentak dengan itu , telefon jeongin berbunyi dan minho pemanggilnya.

" ye ? minhee ? "

" ye minho "

" tunggu hospital aku pergi ambil kau " , serentak pesanan yang sampai dilontarkan dan panggilan ditutup.

" apa dah jadi ? " , serentak mereka menyoal dan berpandangan antara satu sama lain.

____________________________________

to be continued...

Glass Shoes [ Straykids ]Where stories live. Discover now