wooya masih terdiam dan berkedudukan memeluk tubuhnya sendiri di penjuru dinding. minhee dan kyung ree berpandangan sayu dan mengemas semula baju mereka.
yeona menghampiri wooya dan memeluknya. yeona tahu perkara itu berat buat wooya setelah kehilangan orang yang dicintainya.
" aku jahat , yeona. aku tak suci dan aku memang tak layak kahwin dengan minho. semuanya aku tak layak untuk dia " , kepalanya dipukul pukul sehinggalah mereka marahkan wooya.
" kalau keluarga minho tak terima kau , wooya mesti dorang tak terima kami juga. jangan risau kami ada dengan kau " , jawab kyung ree sambil tersenyum dari jauh.
" kita lari dari sini " , jawapan pendek minhee membuat semua tersentak.
yeona mengangguk kerana mereka berdua telah merancang untuk kenakan jungkook kembali. alamat di kertas yang ditulis yeona diberi pada wooya.
" jimin ? " , tertera nama yang dikenalinya di situ.
" kita buat apa yang jungkook buat pada kau tadi tapi lagi teruk "
mulut minho terkunci kerana kata kata jungkook yang menjerat mereka semua ke permainannya. minho mahu beredar pergi tetapi kakinya ditarik wooya.
" minho... aku tak bersalah. maafkan aku... " , kaki minho dipeluk lantas air mata laju keluar dari tumbir mata.
" jangan sentuh aku perempuan ! kau memang jijik dekat mata aku "
minho menendang tangan wooya sehingga terkena wajahnya. straykids mahu menolong tetapi minho memberi jelingan tajam sehingga mereka tidak berani.
akhirnya , minho keluar tanpa mengendahkan apa yang berlaku. jungkook dan dohyun perlahan lahan mendekati mereka.
" suka main permainan dengan aku ? kan aku dah cakap dulu , jangan lari dari genggaman aku. tengok , sekarang apa dah jadi ? kesian aku tengok kau... "
belum sempat jungkook menghabiskan ayatnya , minhee menumbuk wajah jungkook yang berada dekat dengan wooya lalu mereka mengambil kesempatan untuk lari.
" jabatan bahagian pelancongan baru call hye jin pasal passport kita and guess what , dorang dah siapkan passport kita " , minhee tidak memandang malah sibuk mengemas.
mereka semua hairan kerana passport yang hendak disiapkan perlu mengambil masa seminggu. tetapi ini baru 3 hari dan ianya terlalu cepat.
" kau ada buat perkara bodoh ke ? " , soal maera dan dia berginjak jauh dari minhee.
" tak banyak , aku tunjuk pisau dekat staff tu je. tak mati pun lah perempuan tu and aku sendiri bagitahu yang kita terdesak "
kyung ree mengeleng kepala dengan sikap minhee yang bersahaja itu. tiba tiba , hye jin menelefon. kelam kabut mereka mengemas semua dan ninin mengangkat panggilan.
" apa nyah ? kami tengah kemas lagi ni " , jawab ninin yang duduk berehat.
di talian terdengar hye jin yang mendecit geram lalu dia mulai membebel dari A to Z sehinggalah minhee sendiri mematikan panggilan tersebut.
" aku tahu dia bising sebab flight ke Amerika lagi 1 jam " , selamba minhee menjawab.
" HAH ?! "
____________________________________
studio yang dibuat khas untuk straykids berlatih , terlihat minho menari dengan cara yang agak kasar bagi melepaskan semua kemarahannya.
straykids hanya memandang dari belakang dan tidak berani menelefon teman wanita mereka kerana takut minho terdengar. harini mereka tidak bercakap walau sepatah pun.
tiba tiba , telefon bangchan berdering dan pemanggilnya dari nombor yang tidak dikenali. bangchan memandang mereka lalu perlahan lahan menjawab.
" maafkan aku tapi aku kena cakap benda ni. aku dohyun , bodyguard jungkook. boleh aku bercakap dengan minho sekejap ? "
hairan dengan tingkah laku dohyun yang tiba tiba menelefon. minho tidak mahu bercakap tetapi menyuruh bangchan mengendalikan panggilan tersebut.
" sebenarnya... wooya masih suci. aku tak rogol dia dan yeona tak terlibat sebab aku suntik dia dengan ubat pelali. sebenarnya aku ada tujuan sendiri dan bukan untuk sakitkan korang " , jelas dohyun segala galanya.
minho yang tadinya mengendahkan sahaja kini merampas telefon tersebut dari tangan bangchan. straykids terkejut juga dengan berita tersebu lalu duduk berdekatan minho.
" sekarang ni yang aku tahu dorang semua dalam perjalanan ke Amerika and dorang pergi sana ada tujuan sendiri. aku rasa baik korang pergi ikut. aku harap korang percayakan aku " , tiba tiba panggilan tersebut dimatikan.
straykids berpandangan antara satu sama lain untuk seketika. changbin menepuk nepuk bahu minho kerana sudah melihat bahunya terhinjut hinjut seperti ingin menangis.
" aku tak tahu nak cakap apa bila jumpa dengan wooya. aku tak guna " , minho meletakkan kepalanya di bahu changbin.
rambut minho diusap lembut changbin sehingga perlahan lahan mendengar tangisan keluar dari minho. jeongin dan hyunjin mencari flight yang ada pada waktu sekarang.
" alamak , flight yang dorang naik tu flight terakhir untuk hari ni " , kata hyunjin.
" tak apa , kejap nak pergi pujuk untuk pesawat private " , bangchan cepat cepat pergi sambil menarik felix juga.
" jom kita kemas baju " , arah changbin sambil memeluk minho.
____________________________________
to be continued...
YOU ARE READING
Glass Shoes [ Straykids ]
Fanfiction" i didnt know how hurt am i until i meet someone kind to me "