" sejujurnya chan minta maaf bagi pihak straykids sebab selalu menyibuk hal kamu semua. maafkan kami "
bangchan tadi pagi pagi sudah menelefon kyung ree untuk berjumpa. kyung ree dengan tidur lambat melayan kawan kawannya , ikutkan sahaja.
" aku tak kisah pun tapi aku rasa baik kita jauhkan diri antara satu sama lain. kita tak sama dan tolong jangan keruhkan keadaan , please " , pinta kyung ree.
" maafkan chan , chan memang tak guna. tapi tolonglah , kali ini ja kita berpakat "
" tolong jauhkan diri dari aku , kau tak faham bahasa ke ?! dan jangan formal sangat dengan aku " , kyung ree meninggikan suaranya sedikit.
" kyung ree tak nampak langsung ke ?! "
kyung ree malas berbahas lagi banyak dengan bangchan. memang dia tidak mengerti tindak tanduk bangchan.
beg silang berwarna hitam ditariknya. bangchan tetap mahu berbincang dengan kyung ree dan dia terpaksa lafazkan sesuatu supaya kyung ree mendengar katanya kali ini.
nafas ditarik sedalam dalam yang mungkin. mereka di tempat awam dan ini mungkin memalukan sedikit. mulutnya tergagap gagap tetapi dia cuba membina keyakinan dalam diri.
" aku suka kau , kyung ree ! "
mendengar lafaz sebegitu , terus langkahnya terhenti. entah bagaimana mahu beriak. ini pertama kali lelaki melafazkan kata kata cinta padanya.
dia berpusing dan bangchan merasa lega. air matanya laju turun melihat wajah bangchan. mungkin selama ini dia buta tidak melihat keikhlasan bangchan.
____________________________________
" kau senyap boleh tak ? aku mengantuk bodoh ! " , jerit minhee.
yeona menekup wajah minhee dengan bantal peluk. wooya pula cuba meleraikan pergaduhan itu sementara kyung ree keluar dari pagi tadi.
maera dan dan ninin sibuk bermain game sehinggakan tidak kisah apa yang terjadi sekarang. hye jin juga hilang baru sahaja tadi selepas mendapat panggilan.
" anak anak , apa yang jadi ? MINHEEE ! WOI YEONA ! APAHAL KAU TEKUP MUKA BUDAK TU ? MAMPUS NANTI ! "
yeona masih geram dengan minhee sehinggalah kyung ree duduk atas yeona. wooya lagi terkejut , ingatkan mahu leraikan rupanya menambahkan kemarahan.
" YE ANAK ANAK BABUN EH " , suara hye jin menyapa dan terhenti mereka.
minhee menarik rambut hye jin tetapi mereka tidak perasan yang hye jin membawa tetamu iaitu straykids. mereka masih bergaduh tetapi maera dan ninin sudah terdiam.
" patut kita balik ke macam mana ? aku rasa keadaan sekarang tak stabil " , changbin mahu berpatah balik tetapi hyunjin menariknya.
" oh my baby- " , tidak terkata jisung melihat minhee seperti pyshopath.
____________________________________
straykids membawa mereka ke sebuah restoren mewah. pada mulanya mereka menolak tetapi disebabkan minhee menunjukkan card credit ada padanya , mereka hanya ikut.
sudah 30 minit mereka seperti patung cendana disitu. yang buka mulut hanyalah kyung ree , bangchan , hye jin dan felix. yang lain main telefon sahaja.
" kita datang sini bukan nak tengok telefon tau. sebelum aku campak telefon masing masing masuk dalam kolam ikan , baik letak dalam beg " , marah kyung ree.
minhee menjelir pada kyung ree kerana malas mendengar cakapnya. geram dengan minhee , kyung ree merampas telefon minhee dan meletakkan dalam begnya.
" tak guna betul perempuan ni. aku sepak kau kejap lagi baru kau tahu "
yeona ternampak satu kelibat yang dia dan wooya sangat kenali. yeona sudah menunjukkan kelibat jejaka tersebut pada wooya tetapi wooya hanya endahkan sahaja.
" wooya , sekali ini je. jom kita balik. aku tahu dia cari kau "
" mampus je la jantan tu. ingat aku hairan sangat ? apa je dia boleh buat "
minho cuba menangkap apa yang mereka bualkan sehinggalah changbin menarik telinganya.
" tak baik dengar perempuan bergosip. kalau kau nak kena tumbuk dengan wooya nanti , cubalah " , pesan changbin.
minho memperlekehkan kata kata changbin dan mengangapnya bergurau sahaja. baginya , mana ada perempuan yang dapat bertahan dengan perangainya.
dia cuba mendengar lagi sekali sehingga wooya perasan dengan tindakan minho. kolar baju minho ditarik dan wajahnya didekatkan dengan wooya.
" kau apahal dengar gosip kami ? pergilah bergosip dengan jisung ! dasar "
badan minho dihentak pada kerusinya dan membuatkan minho terbatuk sedikit. straykids yang melihat kejadian itu hanya terdiam. sempat lagi jisung membuat tanda 'peace'.
" kami sebenarnya ada benda nak cakap dengan kamu semua. tapi kami harap kamu semua tak marah ye " , kata bangchan.
" cakap je lah jangan separuh jalan je " , bebel maera.
" kami nak berbaik dengan kamu semua jadi tolong- "
" saya setuju sangat itu , encik christopher bangchan " , tiba tiba sahaja hye jin memotong percakapannya.
baju he jin ditarik minhee supaya duduk. malu dengan tindakan hye jin yang terlalu peramah itu. felix pula senyum memandang bangchan.
" tengoklah kalau kami nak bekerjasama ke tak " , kata yeona sambil memandang changbin.
entah kenapa hatinya begitu terikat pada changbin sejak pertama kali dia berjumpa changbin. tetapi dia mengangap mereka hanya kawan baik sahaja.
" baguslah macam itu. kami harap kita boleh kenal lebih rapat "
" harap je lah " , sambung minhee.
____________________________________
to be continued....
YOU ARE READING
Glass Shoes [ Straykids ]
Fanfiction" i didnt know how hurt am i until i meet someone kind to me "