08

54 14 17
                                    

usai jungkook mengejar wooya sehinggalah mereka bertemu di rooftop. sekali pun wooya tidak memandang wajah jungkook yang tidak lepas memandangnya.

" apa motif kau datang sini dengan pembunuh upahan kau ni ? aku dah cakap jangan cari aku dengan yeona "

memang betul. dohyun ialah pembunuh upahan merangkap bodyguard jungkook yang diupah keluarga jeon sejak dia masuk sekolah menengah lagi.

" sayang ? mana kau yang dulu. ini bukan jeong wooya yang aku kenal. yang lembut , periang , comel. mana ? "

jungkook mengelus lembut rambut wooya yang berterbangan dek kerana angin di atas rooftop itu tetapi wooya menepis tangannya.

" kita dah tak ada apa apa. kau nak apa lagi ? tak penat kejar cinta yang takkan kau dapat lepas apa yang kau buat "

jungkook tersenyum nakal lalu dia mendekatkan diri kepada wooya. wooya masih tidak berganjak dan tangannya kasar menolak dada jungkook menjauh.

" ingat wooya , aku kenal kawan kau yeran yang dekat amerika. perempuan tu duduk mana , sekolah mana. jangan ingat aku bodoh wooya "

" kisah pula aku " , ringkas sahaja balasan wooya.

jungkook berdehem sedikit dengan perbuatan wooya yang sudah berubah 360 darjah. kalau dahulu mungkin wooya cepat gelabah tetapi kini tidak.

beberapa minit kemudian , straykids dan yang lain tiba dengan tercungap cungap kepenatan.

minho yang baru sampai terus mengapai tangan wooya untuk berdiri di belakangnya. jungkook pula menolak bahu minho secara kasar tetapi minho hanya berlagak biasa.

" wooya , aku nak ajak kau keluar malam ni ? kau free tak malam ni ? "

minho memandang wooya seketika dan berharap wooya tidak pergi bersama lelaki itu. harapannya hanya mengharap wooya hanya ada dengannya.

" ingat wooya , aku ada sini " , sambung dohyun yang tersenyum jahat.

wooya hanya takut dohyun apa apakan kawan kawannya dengan straykids. dia pergi ke sisi jungkook tetapi minho menahannya. dari mata minho , wooya tahu dia tak mahu wooya pergi.

____________________________________

" apa kau nak , mina ? kau tak penat ke ? "

" AKU NAK KAU , HAN JISUNG ! "

gadis itu tiba tiba sahaja menangis lalu melutut di hadapan jisung. jisung terkaku dengan perbuatan mina yang sudah seperti orang gila.

kebetulan ketika itu minhee disuruh oleh kyung ree untuk mencari keberadaan jisung. tadi mereka berkumpul untuk berbincang tentang wooya dan jungkook.

" kau ni menyusahkan aku betul ! aku dah lah penat dengan ini lah itulah. dasar- "

" AKU NAK KAU , HAN JISUNG ! "

terhenti langkah minhee sebaik sahaja mendengar jeritan dari lorong yang bersambung dengan kelas junior. sebaik sahaja mendengar jeritan jisung , terus dia berlari tanpa takut.

kelihatan seorang gadis mengacukan pisau ke leher jisung sambil dia mencium leher jisung. gadis itu dibuai dan ketika itu minhee menendang kakinya dan menolak jisung sehingga terhempap ke dinding.

" kau siapa huh perempuan ? ITU JISUNG AKU LAH BODOH !! "

" sah sah sakit mentel " , perli minhee.

minhee menarik tangan jisung untuk bangun dan pergi dari situ. minhee menyangka gadis itu tak mampu berbuat apa apa padanya tetapi sangkaanya salah.

" baik kau berhenti perempuan sebelum aku tembak kau dekat sini "

____________________________________

" lambat lah minhee ni. aku dah lapar nak mampus ni " , yeona mencebik.

" pergilah beli makanan. kami tunggu sini " , kata kyung ree sambil menghulurkan wangnya buat yeona.

baru sahaja yeona ingin menarik tangan ninin , changbin terlebih dahulu menampar tangannya dan menariknya pergi. yeona tidak kisah malah mengikut sahaja.

" kenapa kau nak ajak ninin sedangkan aku ada ? aku kan teman lelaki kau "

" eh ? sejak bila kau teman lelaki aku ?"

mengikut fakta stayfam , yeona memang seorang yang pelupa sehinggakan benda yang baru sahaja berlaku pun dia lupa inikan changbin.

mereka tiba di kantin dan yeona mengeluarkan wang yang diberi kyung ree untuk membeli ttaebokki kegemarannya. sudah lama yeona mengidamkannya dan baru hari ini dia dapat merasa.

" sejak pertama masuk sekolah , tak pandai membaca mengira... "

" itu lagu lah bodoh " , selamba sahaja yeona berkata begitu.

" well , well. changbin sunbae dan perempuan murahan yang kawan dengan minhee yang murahan jugak kan ? "

tiba tiba sahaja tegur seorang gadis dari sekumpulan mereka yang lalu disitu. changbin sudah menjeling pada gadis itu tetapi yeona hanya memerhati.

" hey hey , perempuan murahan makan ttaebokki je ? memang sesuai dah dengan ttaebokki tu murah "

ketawa mereka semua sambil menutup mulut. changbin mahu sahaja menampar tetapi tangannya dipegang erat yeona tanpa gadis gadis itu nampak.

" biarkan perempuan jalang tu diam , baru kita pergi "

changbin menghelakan nafas berat dan hanya menuruti kata kata yeona sehinggalah mereka semua pergi. mungkin yeona sudah terbiasa jadi tidak hairan lah jika dia hanya tenang bila dicaci

____________________________________

to be continued...

- happy birthday yang minhee ♡ enhypvff

Glass Shoes [ Straykids ]Where stories live. Discover now