"Kenapa orang pacak khemah depan rumah abang?" Satu soalan terluah untuk budak lelaki yang berdiri di sebelahnya.
"Sebab esok abang nak lepaskan burung." Malas-malas Alfan berikan jawapan balas. Wajah budak perempuan montel disebelahnya dijeling sebelum pandangan dihalakan kepada pekerja yang sedang menyusun atur kerusi dan meja untuk para tetamu nanti.
Dahi Maryam bentukkan sebuah kerutan. "Burung? Abang nak lepaskan burung apa?"
Wajah Maryam, Alfan tatap. "Burunglah. Dekat badan abang ni ada burung.” Tegas sedikit suara kali ini. Dia paling meluat nak bersoal jawab dengan budak perempuan di sebelahnya saat ini. Rasanya inilah salah satu perkara yang dia paling meluat dalam dunia mungkin.
Mulut kecil Maryam membentuk 'O'. "Abang sorang jelah yang nak lepaskan burung tu?" Pertanyaan lainnya dilontarkan Maryam. Dia bukannya tahu pun kalau orang tidak suka padanya.
"Ramai, sebab sekarangkan cuti sekolah." Air kotak di tangan disedut sehingga kosong. Biar tidak bersisa supaya bila Maryam minta untuk minum dia boleh berikan air kotak yang kosong itu. Biar padan muka! Suka sangat nak makan, minum hak orang lain.
"Ibu dengan ayah abang cakap, lepas abang lepaskan burung tu, abang dah tak boleh nak main dengan Yam lagi dah." Alfan bersuara. Tiba-tiba idea sebegini melintas di fikiran. Sengaja Alfan sepi sejenak dengan senyuman yang disimpan rapi. Suka bila air wajah Maryam berubah.
"Dah tak boleh cakap-cakap macam ni dengan Yam. Duduk rapat-rapat pun tak boleh." Sambung budak lelaki yang tua 2 tahun daripada Maryam itu Dia suka kalau Maryam menangis sekaligus buatkan dia rasa aman selepas ini.
Maryam mencebik sedih. "Kenapa pula tak boleh?" Soalan diiringi dengan sebutir demi sebutir air mata menuruni pipi yang polos itu.
"Sebab abang dah besar. Yam kena main dengan Kak Nadiah dan Nabila je nanti. Tak boleh main dengan abang dah." Alfan tersenyum senang hati. Lebar bukan main senyuman dia. Ketawa jahat mula kedengaran di dalam dada. Dia berjaya buatkan budak perempuan yang montel, yang becok mulutnya menangis! 'Rasakan! Padan muka!
"Alaaa ... tak seronoklah macam tu. Siapa nak jadi suami Yam nanti?"
"Entah. Dahlah, abang nak masuk mandi. Yam pun pergilah balik. Muka Yam buruk." Usai berbicara sebegitu kejam, terus Alfan melangkah masuk ke dalam rumah. Tinggalkan Maryam yang semakin teruk menangis.
Figura tubuh Alfan yang semakin menghilang itu dipandang dengan pandangan mata yang berbalam.
"Ummi ... Abang Alfan cakap Yam buruk." Aduan ke udara dengan suara yang separuh menjerit, dalam tangisan sambil dia berlari masuk ke dalam rumah. Abang Alfan jahat!!!
Tergeleng-geleng kepala pekerja yang masih belum selesai tugasan yang diberi. Ada juga yang tersenyum melihat telatah dua anak kecil itu.
YOU ARE READING
Abang Please... (TERBIT)
RomanceTiada sambungan. Bukan Cerita Matured content "Apa agaknya jari Yam rasa bila sentuh hidung abang? Bibir abang? Janggut abang? Halkum abang?..." Maryam ketap bibir bawahnya sambil merenung manja ke arah Alfan. "Astagfirullah al azim... MasyaAllah...