BAB 7

2.3K 53 5
                                    

Maryam tunduk pandang kaki sendiri. Tidak berani nak pakukan kornea matanya pada wajah Alfan yang menggerunkan. Tajam sangat pandangan bebola mata Alfan kepadanya. Maryam rasa macam kena tenung dengan hantu yang dia tengok dalam cerita seram pun iya juga sebab jantung dia laju sangat berlari. Rasa sesak nafas Maryam saat ini. Maryam berharap sangat situasi sekarang berlalu dengan sangat pantas.

"Tak payah nak pandang Yam macam tu, Alfan. Ayah bukan suruh kau orang dua duduk dekat sini sebab nak Alfan marah-marah dekat Yam lagi." Suara Encik Abu Bakar kedengaran. Memecah suasana tegang di antara Maryam dan Alfan. Kerusi di sebelah Alfan, Ustaz Abu labuhkan punggungnya. 

Maryam sebenarnya dah lapar ini tapi itulah, tak boleh balik lagi. Tiba-tiba Ustaz Abu ajak jumpa pula. Masa tengah makan ais krim waktu maghrib tadi, hidung Maryam hidu sesuatu yang wangi. Maryam syak, ummi mesti masak ayam goreng kicap.  Maryam dan ayam berpisah tiada.

"Alfan tak suka dia, ayah. Alfan ada sebab kenapa Alfan benci sangat dekat Yam ni." Wajah Maryam dijeling tajam. Ikutkan hati Alfan, nak saja dia penyet-penyet pipi Maryam. Nak cubit-cubit mulut Maryam. Dia geram!

Demi mendengar ayat yang baru Alfan luahkan, air wajah Maryam mula berubah sendu. Air mata mula membentuk dan memenuhi empangan mata. Maryam rasa hidung panas, dia nak menangis lagi.

"Tak suka pun janganlah layan Yam macam tu. Tak baik. Ibu cerita, Yam menangis lepas balik daripada taman permainan tadi petang. Dia sedih sangat sebab Alfan berkasar dengan dia. Kenapa tak boleh nak cakap baik-baik dengan Yam?" Wajah masam anak teruna di sebelah ditatap. Jujurnya, Uztaz Abu terkejut bila hal sebegini diceritakan oleh isterinya. Sebelum- sebelum ini rasanya hubungan Alfan dan Maryam baik sahaja. 

Wajah merah padma akibat menanggung isi hati yang geram  itu memandang Maryam dengan mata yang sengaja dibuntangkan,  macam nak diselotep mulut yang suka sangat mengadu itu. Budak perempuan ini memang kaki mengadukan? Sikit-sikit nak mengadu. Menyampah!!!

"Alfan." Encik Abu Bakar memanggil dengan nada tegas sekaligus menegur perbuatan Alfan yang dirasakan terlalu keras untuk Maryam terima. Pandangan mata Ustaz Abu juga tajam. Dia cukup tak suka Alfan berkasar dengan Maryam. Dia perlu ajar anak lelakinya ini supaya tidak mengasari perempuan.

"Alfan malu sebab Yam suka sangat ikut mana je yang Alfan pergi. Yam tu perempuan, mana boleh main dengan Alfan. Kak Nadiahkan ada, Nabila pun ada, pergilah main dengan budak-budak perempuan." Wajah Maryam dijeling. Dia rasa macam nak kunyah-kunyah pipi gebu itu. 

"Alfan rasa rimas sebab mulut Yam ni bising. Suka sangat tanya macam-macam benda. Tak tenang Alfan nak main apa-apa." Sambung Alfan lagi. Biar ayah tahu kenapa dia menyampah, meluat dengan budak perempuan di sebelah rumahnya ini.

"Lepas tu, dah dia ikut Alfan, Alfan kena jaga dia pula. Alfan nak main tanpa gangguan!" Tinggi suara Alfan. Dia benar-benar marah dengan Maryam.

Encik Abu Bakar memandang ke arah Maryam pula. Yang kelihatan terkebil-kebil. "Yam ada apa-apa nak cakap?"

Maryam pandang Encik Abu Bakar kemudian pandang pula ke arah Alfan tapi seketika cuma sebab dia dah cuak.

"Errrmmm ... Yam tak ada abang sebab tu Yam ikut mana je Abang Alfan pergi. Lagipun, Kak Nadiah cakap, isteri kena ikut mana je suami dia pergi." Perlahan suara itu dengan jari yang menggulung hujung tudung yang dia pakai.

Encik Abu Bakar tersenyum. Polos sungguh anak ini, Nadiah pula suka menyakat. Alahai, anak-anak.

"Abang tak suka Yam ikut abang. Abang malu tau tak." Bentak Alfan, urat di leher juga mula kelihatan. 

"Kenapa malu?" Laju sahaja pertanyaan itu keluar daripada mulut Maryam.

"Sebab kawan-kawan abang cakap abang berkawan dengan alien sebab mata Yam sebelah warna lain, sebelah lagi warna lain. Kami semua mata warna hitam. Tak ada yang sebelah warna hitam sebelah lagi warna biru.”

"Astagfirullah al azim, Alfan. Alfankan dah lama berkawan dengan Yam ni. Kenapa kena malu dengan Yam? Tak baik gelar-gelarkan orang. Allah yang kasi, Allah yang berikan keunikan."

Maryam terdiam. Lupa pula dia mahu tanya hal alien ini kepada ummi tadi. Sempat ajukan soalan tentang janda dan anak sah atau tidak sahaja. Susah juga hidup bila tak ada ayah ini kan? Perlu ke dia minta ummi carikan ayah untuk dia? Ayah olok-olok?

Tapi, betullah apa yang Abang Alfan cakap ini, mata dia tak macam orang lain. Mata ummi pun tak sama macam mata dia. Semua orang warna mata hitam. Adakah betul yang dia ini sebenarnya alien? Tapi ... alien itu apa? Tak pernah dengar pun selama ini.

"Yam nak baliklah Ustaz Abu. Yam lapar." 

"Iyalah, Yam. Ustaz minta maaf ya sebab Alfan dah buat Yam terluka."

Maryam hanya mengangguk. Tubuh Encik Abu Bakar didekati oleh Maryam. Maryam hulurkan tangan kanannya. Kebiasaan setiap kali selepas mengaji. 

"Yam janji, lepas ni, Yam tak ikut lagi dah mana abang nak pergi. Yam tak kacau dah abang lepas ni," tutur Maryam dengan pandangan mata tepat menikam bebola mata Alfan. Usai berkata Maryam berlalu pergi. Ikutkan hati Maryam, dia nak lari sebab perut dia dah berbunyi. Dia lapar nasi!!!

"Alfan sikit pun tak minta maaf dekat Yam. Alfan tak kesian ke dekat Yam tu? Dia mana ada adik beradik lain dah. Dia tak ada ayah dah. Dia ada ummi dia je. Patutnya bila kawan-kawan cakap buruk pasal Yam, Alfan kena pertahankan Yam. Yam kan adik Alfan." Ustaz Abu memberikan nasihat sekaligus mahu lembutkan hati Alfan yang mungkin masih bersisa amarah.

"Yam pun tak minta maaf dekat Alfan juga tadi. Dia dah buat Alfan rasa annoyying. Satu lagi, Yam tu bukan adik Alfan. Adik Alfan cuma Nabila dengan Anas je. Alfan dengan dia bukan kongsi ibu dengan ayah pun."

"Mana belajar cakap annoyying? Pasal alien semua ni? Alfan berkawan dengan siapa yang suka sangat mengejek orang ni?"

"Daripada Asri. Kawan yang sama-sama  main bola dekat padang tu. Tapi betullah apa yang Asri tu cakap. Orang kalau lain daripada manusia lain, kita kena panggil dia alien."

"Masya Allah ... umur berapa Asri tu?”

“ Dia dah darjah empat. Dekat padang bola tu semua orang ikut je apa yang dia cakap sebab Asri tu kata dia lagi tua daripada kita orang.”

Ustaz Abu menggeleng kepala perlahan-lahan. Macamana pemikiran budak darjah empat boleh jadi sebegitu? Terlalu muda dan sukar mahu Ustaz Abu cerakinkan kata-kata Alfan seketika tadi. Alien? Janda? Mana Asri dengar perkataan-perkataan macam ini? Siapa mak dan bapak kepada Asri ini? Tak selidik ke perangai anak sendiri?

"Tak payah berkawan dah dengan orang macam tu. Nak jadi baik kena berkawan dengan orang yang baik, kalau berkawan dengan orang yang tak berapa baik, nanti kita pun jadi macam tu juga. Pernah dengar tak ayat ni? Berkawan dengan saudagar minyak wangi, kita pun terpalit rasa wangi?"

Alfan hanya diam. Mengangguk tidak, mengiyakan juga tidak. Dia pun tak tahu harus bersetuju ke tidak dengan nasihat ayahnya itu.

"Dah, pergi masuk tidur. Esok nak sekolah."

Alfan mengeluh. Bangun daripada duduk dan terus berlalu ke tingkat atas. Encik Abu Bakar meraup wajahnya dengan sebelah tangan. Kepala tergeleng-geleng selepas itu. Urusan anak-anak ... sentiasa memeningkan kepala.

Abang Please... (TERBIT)Where stories live. Discover now