Tanpa disangka-sangka ada sebiji bola terkena tangan Maryam sekaligus buatkan biskut kesukaan jatuh mencium tanah. Padahal sikit saja lagi nak masuk ke dalam mulut. Habis hilang ingatan antara dia dan ummi.
Maryam mengelar pandangan ke arah seorang budak lelaki yang sedang mengorak langkah kaki ke arahnya. Wajah Maryam terus cemberut marah.
"Sorry, Yam bulat. Tak sengaja," pinta budak lelaki yang Maryam tidak tahu namanya apa itu dengan sebuah senyuman.
"Ish, sepaklah betul-betul. Tengok, habis jatuh biskut Yam. Yam lapar tau tak!" Kemarahan yang mula mengambil alih isi hati, Maryam luahkan dengan wajah tidak berpuas hati. Biskut Oreo yang jatuh itu dipandang sayu. Sukalah semut nanti sebab dapat makan makanan percuma.
"Kan ada banyak lagi biskut dalam plastik tu." Mulut budak lelaki yang mungkin sebaya atau tua daripada Alfan itu memuncung ke arah biskut Oreo di dalam plastik.
"Mana cukup. Dahlah, pergilah sana. Jangan sepak sampai kena Yam lagi. Kalau tak ..." Malas pula Maryam mahu berbalah panjang-panjang, nanti lemau pula biskut Oreonya. Tak sedap!
"Kalau tak apa?" Seorang lagi budak lelaki muncul. Wajahnya kerek sangat. Wajah yang bisa buatkan sesiapa yang memandang rasa sakit hati, menyampah.
"Eeeiii ... sibuk je nak menyampuk apa orang cakap.".
"Aku tanya ni, kalau tak apa?" Soalan diulang dengan nada yang lebih kuat daripada tadi. Seperti mahu semua yang berada di taman permainan memandang ke arah mereka.
"Ish, tak ada apa-apalah! Pergilah sana, janganlah kacau Yam nak makan ni."
"Kau anak Cikgu Azlinakan? Yang ajar subjek Bahasa Melayu dekat sekolah menengah sana tu?" Budak lelaki yang berwajah kerek itu lontarkan pertanyaan lagi dengan sengihan sinis.
Dahi Maryam berkerut. Kalau tengok daripada badan, ketinggian macam sebaya dengan Abang Alfan tapi kenapa tanya pasal ummi? Kecik-kecik macam ini pun dah boleh masuk sekolah ummi ke?
"Mak kau jandakan?"
"Ummilah! Bukan mak!" Sangkal Maryam senada budak lelaki tersebut.
"Samalah tu. Mak kau jandakan?"
"Janda tu apa?"
Budak lelaki dengan wajah kerek itu ketawa. Ketawa mengejek! "Janda tu, macam mak kaulah. Ada anak tapi tak ada suami. Kau tak ada ayahkan? Ke kau ni anak luar nikah?"
Makin berkerut dahi Maryam. Apa benda ini? Kenapa dia tak faham apa pun yang budak lelaki ini sebut?
"Entah. Tak fahamlah." Biskut Oreo dicapai. Malas dia nak melayan budak lelaki tersebut. Baik dia layan kehendak perut. Ada juga yang kenyang nanti. Kenyang perut, suka hati.
"Eish, kau ni. Apasal tak cerdik sangat. Nanti balik, kau tanyalah dekat mak kau tu, ayah kau pergi mana? Kau ni anak sah ke tak sah."
"Kenapa Yam kena tanya semua tu?" Begitu naif soalan yang meluncur laju daripada bibir Maryam.
"Kau tak pernah teringin nak jumpa ayah kau ke? Kau pernah tengok gambar ayah kau? Kita orang semua ada ayah. Kau ... ada ayah?"
Maryam diam. Memanglah dia perasan juga, orang lain ada ayah, ada ummi. Tapi dia ada ummi saja. Dan Maryam sikit pun tak kisah. Sekarang ini, Maryam pelik, kenapa budak lelaki ini kisah sangat pasal dia ada ayah ke tak ada ayah ke?
"Errrmmm ... awak nak kasi ayah awak dekat Yam ke?"
"Apahal pula?!" Tempik budak lelaki itu secara tiba-tiba. Terhinjut sedikit bahu Maryam akibat rasa terkejut. Terus rasa macam nak menangis. Dan Maryam bertambah pelik. Kenapa tiba-tiba nak naik angin pula, yang dia memalak orang boleh pula.
YOU ARE READING
Abang Please... (TERBIT)
RomanceTiada sambungan. Bukan Cerita Matured content "Apa agaknya jari Yam rasa bila sentuh hidung abang? Bibir abang? Janggut abang? Halkum abang?..." Maryam ketap bibir bawahnya sambil merenung manja ke arah Alfan. "Astagfirullah al azim... MasyaAllah...