Last Call

590 14 2
                                    

"Abanggg ..." sapa Maryam. Ini memang Abang Alfan. Tahi lalat di tengah leher itu dia kenal.

Berkerut dahi lelaki itu. "Hang siapa?"

"Ni Abang Alfan, kan?" Cuak pula Maryam rasa bila slang utara keluar daripada mulut lelaki ini.

"Yalah. Aku Alfanlah." Jawapan balas dengan kening yang berkerut. Perempuan mana pula ini datang menyapa? 

"Anak Ustazah Nani dengan Ustaz Abu Bakar?"

Sekali lagi lelaki itu mengangguk.

Maryam tersenyum senang hati. Dia betul!!! Kata hati dia tepat!!! Makanya usaha ke sini tidak sia-sia. 

"Abang tak kenal ni siapa?" Hujung baju Alfan digulung-gulung dengan jari.

Lama Alfan tatap wajah gadis di hadapannya. Betul ke apa yang dia tengok ni? "Yam, kan?"

Pantas Maryam mengangguk dengan ketawa kecil. Degup jantung Alfan mula tidak senada. Hampir sepuluh tahun tidak berjumpa, Maryam dah lain. Mana pergi pipi pau? Mana pergi badan yang montel itu? Mana pergi semua kecomelan itu?!!! Kenapa yang sekarang ni cantik sangat? Kecik-kecik comot, dah besar macam ni ... kenapa jadi cantik sangat?! Maryam ... Yam ...

"Jangan gulung hujung baju abang macam tu!" Tegas suara Alfan menegur. Terus bajunya ditarik kasar.

"Sorry. Terbiasa."

"Tudung mana? Ni baju siapa Yam pakai?" Entah kenapa Alfan rasa nak naik angin.

Maryam pandang pakaian yang tersarung. Tshirt putih berlengan pendek dengan jeans saja pun. Tiba-tiba tangan Maryam ditarik. Ke hujung khemah.

"Baliklah, Yam. Jangan datang cari abang lagi."

"Kenapa? Yam rindu."

"Abang malu kalau kawan-kawan abang tengok Yam. Apa dia orang akan cakap nanti. Yam ... Yam ... Yam dah ..." Alfan mengeluh.

"Abang nampak warna apa di dalam. Yam tak malu ke?” bisik Alfan ke telinga Maryam. Membongkok sikit tubuhnya ketika itu. Mahu kata-kata itu terus menerobos ke gegendang telinga. 

Maryam tersengih. Tangan yang Alfan masih tidak lepaskan itu digenggam erat. Bahagia!!! Baru sahaja Maryam nak bersuara, ada salah seorang kawan Alfan datang menyapa.

"Sapa ni?” Teguran tiba-tiba daripada salah seorang rakan sepasukan Alfan.

Isteri olok-olok zaman main pondok-pondok dulu." Laju Maryam menjawab dengan bibir yang tergarit senyuman lebar.

"Hang pun main pondok-pondok, Alfan?" Kata-kata yang diringi dengan senyuman mengejek. Terserlah braces yang dipakai oleh lelaki tersebut. Jarang-jarang Maryam nampak budak lelaki mahu memakai braces.

"Diamlah, hang." Botol air yang sudah kosong itu dibaling ke arah rakan sepasukannya itu atau orang mengelarnya dengan nama Gigi Besi. 

"Lawa ...seksi noh ... tak sangka pilihan hati hang macam ni. Ingat nak stok-stok tudung labuh macam kawan dia. Tu ... tangan tu ... tak reti nak lepas ka? Bukan mahram, Alfan," tegur kawan itu dengan tepukan di bahu sebelum berlalu.

Alfan pandang tangan dia dan Maryam yang bersatu erat. Allahuakbar!!! Pantas dileraikan tangan mereka berdua.

"Pergi baliklah, Yam. Abang malu."

"Malu? Kalau Yam pakai macam Khadijah ni baru abang tak malu?"

Alfan pandang Khadijah. Tersenyum sedikit dia kepada kawan kepada Maryam itu. "Ermmm ... kalau nak buat bini pun, abang nak yang macam ni. Bukan macam Yam sebab Yam nampak murah. Ada bini macam Yam boleh buat abang jadi suami dayus."

Terkedu Maryam. Dia pandang Khadijah di sebelah.

"Balik dan jangan datang cari abang lagi. Cukup-cukuplah Yam malukan abang masa kita kecik-kecik dulu. Abang tak nak kawan-kawan ejek abang lagi."

"Ta ..."

Tubuh Maryam ditolak keluar daripada khemah sebelum Alfan berlalu pergi. Mata Maryam berkaca. Memori di zaman kanak-kanak menyapa lagi. Alfan memang bencikan dia. Lelaki itu memang benar-benar maksudkannya.

Hari last pre order.

Boleh wassap :  0111 1421 801

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Boleh wassap :  0111 1421 801

Kalau nak beli di shoppe pun boleh.

Ahashoppe : https://shp.ee/ztt5mgt

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Abang Please... (TERBIT)Where stories live. Discover now