HDO 1

43K 1K 91
                                    

Seorang gadis kecil memeluk erat sebuah boneka besar berambut emas sambil melihat sekeliling yang riuh rendah. Setiap orang berjantina lelaki berpakaian smart casual berjalan dengan pantas di dalam rumah mewah tersebut tanpa menegur gadis kecil berumur lima tahun yang hampir menangis.

" Olivia! ".

Jeritan seorang wanita berumur tiga puluhan berlari ke arah gadis kecil tersebut yang bernama Olivia. Olivia menoleh ke arah wanita yang berlari merupakan mamanya. Bibirnya yang sedia melengkung semakin ke bawah bersama air mata yang mula bertakung penuh.

Olivia takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Wanita yang merupakan mama kepada gadis kecil itu segera melutut lalu menarik anaknya untuk di bawa masuk ke dalam dakapan hangatnya. Demi memujuk gadis kecil anaknya agar tidak memecahkan tangisan.

" Mama.. Oliv takut.. ". Gadis kecil yang bernama Olivia Freya menggelar dirinya sendiri sebagai Oliv dengan nada yang rendah dan sayu. Dia tidak faham dengan situasi sebegini. Di mana ramai orang berbaju sama keluar masuk di dalam rumah kedua orang tuanya.

" Jangan takut sayang. Mama dekat sini, mama dekat sini ". Pujuk Melati wanita yang merupakan mama kepada Olivia. Olivia mengangguk seraya mengeluarkan tangisan di balik bahu mamanya. Melati mengusap belakang anaknya lalu mengangkat Olivia ke dalam dukungan.

" Melati! Masuk dalam kereta sekarang kita akan bergerak pergi! ". Arah seorang lelaki yang berumur lebih kurang dengan mama Olivia. Olivia yang mengenal suara tegas itu mengangkat kepala untuk melihat. Bibirnya bergumam tanpa suara menyebut papa. Iya lelaki yang baru mengeluarkan arahan tadi adalah ayah kepada Olivia.

" Papa! ". Jerit Olivia apabila melihat tubuh papanya di sebelah mamanya. Melati yang mendengar arahan suaminya lekas ingin bergerak pergi.

" Olivia sayang ikut mama dulu okay. Sekejap lagi papa keluar kita pergi sama sama ". Michael yang merupakan nama kepada Olivia mengucup dahi anak perempuannya sekilas sebelum menolak tubuh kedua buah hatinya agar bergerak seperti yang di suruh seketika tadi.

Olivia hanya memerhati papanya yang berdiri tegak sambil menatap dirinya yang pergi di bawa oleh mama. Michael bergerak laju mengambil segala barang penting untuk di bawa pergi bersama. Bodyguard keluarganya sibuk berkeliaran hanya untuk mengawasi sesuatu.

Bunyi letupan bom kuat berasal dari rumah mewah tersebut kedengaran hebat mengegar semua benda di situ. Nasib baik Melati dan Olivia sudah berada di luar hampir menuju ke arah kereta yang pintunya terbuka dengan dua orang bodyguard menunggu di tepi kereta menanti kehadiran tuan dan puan mereka.

Semasa letupan tadi Olivia semakin ketakutan sehingga mengenggam kuat lengan baju mamanya. Kepalanya tersembam pada bahu Melati.

" A—bang ". Bisik Melati sebaik mendengar bunyi letupan tadi. Kakinya terhenti dengan badan berpusing ingin melihat. Letupan tadi mungkin berasal dari bom yang telah di letakkan di belakang rumah mereka.

Namun api yang merebak sudah memakan suku rumah kediaman mereka. Melati tidak boleh menunggu, kakinya lekas bergerak berlari masuk ke dalam kereta sambil menatap pintu rumah dengan harapan suaminya Michael akan berlari keluar dari situ.

Dan tidak berapa lama kemudian susuk tubuh suaminya kelihatan berlari membawa sebuah beg di belakanh tubuh bersama beberapa fail dalam tangannya di ikuti oleh beberapa orang bodyguard. Sampai di dalam kereta, Michael terus melompat masuk dengan menutup rapat pintu kereta.

Bodyguard yang lain ikut masuk ke dalam kereta yang telah mereka sediakan. Michael berpandangan bersama Melati dengan nafas yang tercungggap laju. Beberapa saat keretanya meluncur pergi, satu letusan dan bunyi letupan bergema kuat.

Henry's Dark ObsessionWhere stories live. Discover now