01 :: Bad boy

958 91 0
                                    

■💎■

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

■💎■

Jiseol's Pov

" yah  ! Park Jiseol  ! Asal kau curi buku aku ha  ! Memang dah tak ada kerja lain ke  ?! Buku aku juga kau nak buat eksperimen bagai  " aku sekadar hanya buat-buat pekakkan telinga saja , dia yang baru tiba dekat bilik sains dengan keadaan yang tercungap-cungap berdiri dihadapan aku .

" kyah  ! BUKU AKU SIAL  ! sampai hati kau rendamkan buku aku dalam air  ! DASAR TAK GUNA  PUNYA PEREMPUAN ! " habis bingit gegendang telinga aku dek dengar suara nyaring dia yang ber—highnote tu  . Aku pandang budak lelaki tu  , dia Park jihoon  . Merupakan rakan sekelas aku yang langsung tak berguna  . Dia ni spesis yang nakal dan suka mengusik aku macam-macam  . And , aku ni pula tak suka bila orang duk usik-mengusik aku ni  . So  , aku nak balas dendam dengan merendamkan buku latihan matematik dia dekat dalam kolam ikan yang berada dekat bilik sains  , hehe kejamkan aku ni  ..

Itulah siapa suruh dia menyakat aku macam-macam , ha memang kena balasan lah  .. Dia fikir yang aku ni bahan yang boleh dibuat untuk anjing-mengajing ke apa  .. Ini bukan kali pertama but ni dah masuk entah berapa kali dia selalu menyakat aku  .. By the way  , dia menyakat aku tu bukan cara biasa-biasa tau  .. Ni dia libatkan nama ex-crush aku iaitu Kim Junkyu  . Merupakan budak kelas sebelah  , lelaki tu dia ceria sikit tu sebabnya aku ter—on crush dengan dia  .. Tapi sekarang  , aku dah move on dengan dia  .. Hehe  , adalah sebab-sebab tertentu  ..

Aku tak tahu lah macam mana budak Jihoon ni boleh dapat tahu rahsia aku ni  , walaupun aku langsung tak share-share dengan budak kelas  . Entahlah dia tu guna sihir apa sampai rahsia tu dia boleh tahu  .  Lepastu bila dia dapat tahu yang aku ni on crush dengan junkyu habis dia bongkarkan tanpa rasa bersalah  . Disampaikan junkyu pun dapat tahu juga , ah senang ceritanya habis semua budak-budak dekat sekolah tu tahu  . Malu  .

Aku masa tu tak tahu nak tanam muka ni dekat mana lagi , sampaikan waktu tu aku tak datang sekolah sampai 1 bulan yang nak hampir dengan 2 bulan sebab nak bersembunyikan diri daripada kes tu  , tapi nasiblah sekarang benda tu dah tak jadi bahan untuk dibawang lagi and then aku datanglah ke sekolah seperti biasa  . Aku bersyukur sebab junkyu tak kisah tentang tu  . Selamat aku—

" oh no , my book  .. Kau ganti balik jiseol  .. Kalau tak aku makin ejek kau , biar kau malu tujuh keturunan  .. " ugut Jihoon sambil memandang sayu ke arah buku latihan miliknya yang terapung didalam air kolam  . Aku mencebik perlahan  .

" Ha kau beranilah ejek aku  , nanti aku buat lebih teruk lagi ha biar padan muka kau  .. " aku pula mengugut dia  , sempat aku pamirkan sebuah penumbuk yang akan bakal mendarat pada wajah dia yang acah comel tu  .

" heh kau fikir aku takut ke  ? Disebabkan kau dah hancurkan buku latihan aku ni  , aku akan buat aduan dekat Saem Kim han  .. Yang kau dah buli aku dan juga mengugut aku dengan menggunakan keganasan  .. Padan muka kau  " katanya dan terus mengatur langkah menapak keluar daripada bilik sains  , dia meninggalkan aku yang terkaku dan terdiam dekat situ.  Amboi  , berani kau eh park jihoon .. Sebab tu lah aku benci gila dengan dia tu  . Nak saja aku bunuh dia malam ni  , geram sial  .

■💎■

" so what you're problem ? Jihoon ada report with me yang you buli dia dan cuba mengugut orang menggunakan keganasan  , it's right  ? " tanya Saem Han sambil memandang aku dengan wajah ingin minta explain daripada aku  . Yea  , i know jihoon memang akan jadi winner dalam masalah ni  . Sebab dia tu suka reka-reka cerita  . Hesy  , nak saja aku siat-siat mulut lahanat dia tu . Memadai je kata yang aku nak ugut dia dengan guna keganasan  , eh excuse me aku ni walaupun kuat simpan perasaan dengki tak pernah aku lepaskan dekat orang lain .
Mahupun nak guna keganasan  , aku ni hanya manusia lemah saja  .

Aku menunduk wajah ke bawah sambil mengetap bibir geram  . Kalau aku ni dah budak rude memang aku lawan je cakap saem but aku ni hanya manusia yang nampak lemah  , jadi kita quit saja lah  .

" hey , saya sekarang bercakap dengan you , right  ? So now angkat kepala tu look at me " arah Saem Han dengan nadanya sedikit tegas  , perlahan-lahan aku menongkat dagu memandang wajah baran dia tu  , yang tak pernah nak sejuk  .

" okay saya mengaku saem , semua salah saya  .. " Ucap aku perlahan  , seraya cuba untuk tidak bertentangan mata dengan saem Han yang muka serupa macam singa tu .

" okay—ermm .. disebabkan awak dah mengaku kesalahan so saya maafkan awak dan jangan lakukan lagi  .. Awak tahu mengunakan cara ugutan itu adalah bahaya buat seseorang  .. Araesso  , and one more sebagai hukuman saya nak awak ganti balik buku latihan jihoon , yang awak basahkan tu  .. " Dengan panjang lebarnya dia berkata  , didalam hati aku ni dah menyumpah seranah budak jihoon tu  . Gembira lah dia tu  , wait jihoon wait nanti aku tendang muka kau sampai dekat Bangladesh sana tu  . Eiii aiii geramnya aku—

" sudah you boleh pulang ke kelas semula  .. " arah saem Han sambil menunjukkan ke arah pintu  , eh—dia ni halau aku pula dah  . Aku menunduk hormat terlebih dahulu sebelum mempamitkan diri dengan muka tunggu engkau anak park  ...

Dengan perasaan geram yang membuak-buak  , aku menguak daun pintu pejabat saem Han dan menapak keluar  , hati ni masih belum dibawa tenang lagi  . Kemudian  , pintu pejabat saem Han aku menutup rapat semula  . Tanpa memandang kiri dan kanan  , aku terus meluru ke hadapan sehinggalah aku terasa seperti tubuh aku terlanggar dengan seseorang  . Menyebabkan tubuh aku menjadi tidak seimbang namun aku dapat merasai ada sebuah tangan yang telah melingkari pada pinggang aku  . Wait  , asal aku tak jatuh .. Ada hero selamatkan aku lah  ..

Waktu-waktu macam ni lah  , aku cuba untuk melirik anak mata mahu memandang wajah insan yang menyelamatkan aku tu daripada jatuh ke bawah lantai koridor  . Kelihatan wajah seorang lelaki yang terpapar di dalam anak mata aku  , wajah ni seperti aku kenal  .

Dia... 

Bukan ke  ...

💎—■TBC
























【C】Bad Boy :: Save ME  |I 요시Where stories live. Discover now